Cari Maklumat Yang Berkaitan


Friday, 17 March 2017

Hari Sukan Komuniti Malaysia Al Khor 2017


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan sekeluarga dijemput menyertai dan memeriahkan Hari Sukan Malaysia Al Khor 2017 seperti berikut;

Tarikh: 18hb Mac 2017 (Sabtu)
Masa: 7.00pagi sehingga 05.30petang
Lokasi: Seperti Dinyatakan Di Bawah
Objektif: Beriadah sambil menjalinkan silaturahim


Aturcara Hari Sukan MAK 2017 :

07:30am => Ketibaan peserta / pendaftaran – Ucapan ringkas dari Pengerusi MAK

08:00am => Larian / senaman pagi terbuka untuk semua (sila bawa kasut)
Ibubapa digalakkan bawa sarapan dan tikar seadanya (potluck) sementara menunggu anak-anak bermain. 

Acara Bebas Kanak-kanak
Lokasi: Bouncing Castle
Masa: 8:30am ~ 05:00pm
Peringatan: Anak-anak perlu dikawalselia oleh Ibu/Bapa/Penjaga  

Bola Jaring (Dewan hanya dibuka untuk Wanita sahaja)
Lokasi: Dewan Sukan Lama AKIS British Stream (Depan Klinik AKC)
Masa: 08:00am ~ 11:00am

Karnival Bola Sepak Sesi Pagi (Anak-anak Bawah 12 Tahun, Remaja dan Dewasa)
Lokasi: Padang Bola Lama AKIS British Stream (Belakang Kelab Al Waha)
Masa: 08:30am ~ 11:00am

11:00am ~ 12:30pm => Zohor dan Rehat
12:30pm ~ 04:30pm => Gerai Jualan dan Karnival Bola Sepak Sesi Petang
04:30pm ~ 05:15pm => Penyampaian Hadiah
05:15pm => Ucapan Penutup Pengerusi MAK
05:30pm => Gotong Royong Bersih Padang

Semoga acara kali ini berjalan lancar dan meriah. 

Terima kasih

b/p Komuniti MAK

Saturday, 21 May 2016

Program Bersama Ustaz Dr Mohd Shauqi Di Qatar

Assalamualaikum Warahmatullah,

Muslimin dan muslimat yang dihormati,

InsyaAllah satu majlis ilmu bersama Ustaz Dr Mohd Shauqi akan diadakan seperti berikut.

Tajuk: "Istimewanya Al Quran"
Tarikh :  27hb Mei 2016 (Jumaat)
Masa : 8.15 - 10.00 malam
Tempat : Al Dakhira Club, AKC

Jamuan ringan disediakan. Semoga kita diberikan kelapangan masa untuk bersama majlis ini, insyaAllah.

InsyaAllah Ustaz Dr Mohd Shauqi akan bersama Usrah Ibu Doha dan Usrah Ali pada 26hb Mei 2016 di Doha.
Maklumat lanjut seperti dalam poster. Muslimin & muslimat dijemput hadir. 

b/p Usrah Al Khor

Monday, 18 April 2016

MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ SALMAN ALI - "TANDA-TANDA KIAMAT" (sambungan)

Assalamualaikum warahmatullah,

Muslimin muslimat yang dihormati,


InsyaAllah satu sesi pengkongsian ilmu bersama Ustaz Salman Ali bersambung hujung minggu ini dengan topik "TANDA-TANDA KIAMAT" (sambungan).

Dijemput semua ke "taman syurga" tersebut.


Tarikh : 22hb April 2016 (Jumaat)
Masa : 7.45 - 9.30 malam
Tempat : Al Dakhira Club, AKC


Jamuan ringan akan disediakan.

Semoga diberikan kelapangan masa untuk hadir insyaAllah.


b/p Usrah Al Khor


Sunday, 27 March 2016

Program Bersama Hospital Beyond Boundaries (HBB) di Qatar

Assalamualaikum wrt wbt.

Untuk makluman semua, Malaysian Youth Qatar (Doha) menganjurkan satu program Motivasi untuk anak-anak remaja 13tahun ke atas dan akan diadakan seiringan dengan program Hospital Beyond Boundaries (HBB). Antaranya bertujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak remaja kita mengenai kerjaya dan kerja-kerja kemasyarakatan apabila mereka dewasa kelak.

Program ini antara lain akan memaparkan kerja-kerja kebajikan yang telah dan sedang dijalankan oleh HBB di Kemboja di samping perkongsian pengalaman teknik belajar, persediaan peperiksaan dan kerjaya dari beberapa tetamu undangan. 

Harapan semoga program ini sedikit sebanyak mampu membuka minda dan hati anak-anak untuk minat melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan disamping dapat menimba pengalaman dari abang & kakak yang senior.

Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh: 1 April 2016
Hari :  Jumaat
Masa: 8:00 - 11:00 pagi.
Tempat:  Al Bayan Ladies  Club , Doha. GPS: 25°16'10.5"N, 51°28'56.7"E


* InsyaAllah pengangkutan akan disediakan dan merancang bertolak dari AKC pada jam 6.40 pagi.
* Berkumpul di depan masjid Al Huda pada 6.30 pagi.
*Sedikit yuran ( Qr 15 ) akan dikenakan untuk penyediaan sarapan ringan, air dan tips untuk driver.

# Program motivasi adalah percuma #.

Kepada yang berminat untuk menyertai, sila hantarkan nama melalui PM kepada:-

1. Pn.Engku Nana (6681 6632) / Hj Yem (5509 2813)
2. Pn.Azra (33177459) / Hj Zamri Abu Bakar (5528 3042)

sebelum 28hb Mac 2016 bagi tujuan pelarasan dan persediaan maklumat selanjutnya.

Kami bagi pihak penganjur amat mengharap dan mengalu-alukan penglibatan ibu atau bapa untuk bertindak sebagai pengiring anak-anak ketika program ini berlangsung.

Semoga Allah memberi kemudahan dan ruang kepada kita semua untuk turut sama menjayakan majlis yang penuh ilmu ini, untuk masa depan anak-anak remaja kita dan semoga Allah memberkati usaha kecil kita ini, InsyaAllah.


Pendaftaran untuk program motivasi remaja masih dibuka. Selain dari perkongsian pengalaman dari tetamu undangan HBB, inshaa Allah dua orang pelajar cemerlang Malaysia yang tamat persekolahan di sini akan turut serta berkongsi teknik belajar dan persediaan peperiksaan.

💐💐 Info terbaru dari pihak penganjur, atas permintaan ibubapa & persetujuan dari tetamu undangan, anak-anak berusia 12 tahun dialu-alukan juga ke program ni.💐💐 


Sekian.Terima kasih.

p/p penganjur HBB.