Cari Maklumat Yang Berkaitan


Tuesday, 29 June 2010

Kejayaan Pasar Malaysia 26.06.2010

Assalamualaykum,
Kepada semua penduduk AKC-Malaysia.
Kita telah berjaya menganjurkan Pasar Malaysia pertama di AKC.

Promosi kali ini agak terhad kerana saya rasa perlu set kan "bench mark" pada kali ini untuk kita perbaiki mutu Pasar Malaysia pada masa akan datang dari segi jumlah pembeli dari kalangan Malaysia sendiri adakah juadah disediakan memadai, mutu sajian dengan cara bungkusan, tempat yaitu didalam dewan, cara susunan meja atau setup dan sistem jualan kita "beli dan bawa pulang" tidak lupa juga kutipan derma bagi tabung Palestine.


Tuesday, 22 June 2010

Pasar Malaysia Al Khor 26hb Jun 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Warga Malaysia di Qatar, marilah luangkan masa anda ke Pasar Malaysia yang julung-julung kali diadakan di Al Khor.
Muat turun poster dari sini.

Tarikh: 26hb Jun 2010,
Masa: 6.00pm - 8.00pm
Tempat: Al Khor International School (Indian Stream) Hall (GPS N25° 42' 46.63", E51° 31' 33.55")

Objektif utama pasar malam ini adalah untuk mengurangkan kerinduan kita kepada masakan Malaysia, disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan kita.

Antara menu yang ada disediakan :

Pengajian Muslimah 23hb Jun 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pengajian pertama kita telah mendapat sambutan yang baik. InsyaAllah pengajian seterusnya akan diadakan pada hari Rabu ini dengan tajuk Wuduk dan Solat  cara Rasullullah s.a.w.


Tarikh : 23 Jun 2010 (Hari Rabu)
Tempat : Villa A32, Street 44 (Rasgas Villa) .. Google Maps http://go.malaysiaqatar.net/villa
Waktu  : 08:00 pagi

Memandangkan ramai yang berada di sini pada cuti musim panas ini, insyaAllah pengajian ini akan diteruskan sehingga 14 Julai 2010. Semoga kita mendapat menafaat daripada ilmu yang kita pelajari di samping dapat menyiapkan diri kita untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba.


Thursday, 17 June 2010

Majlis Pengisian Agama Al-Khor Jumaat 18hb Jun 2010

Salam Semua,

Sepertimana kita sedia maklum, usrah bi weekly Al-Khor bersama Ustaz Hasnol  akan diteruskan lagi pada minggu ini. Butir-butir majlis adalah berikut:

Tarikh dan Masa: Jumaat, 18th Jun 2010 jam 7.30 malam.
Tempat: Villa A-32 Street 44, Al-Khor Community.
Tajuk: Kupasan daripada buku 'Spiritual Desease and It's Cure' oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah ( 751 Hijrah) - Penyakit Jiwa dan Cara Rawatannya. 
  

Tuesday, 15 June 2010

Rakaman Video: Aktiviti Mingguan Wanita Komuniti Malaysia Al Khor

Fadhilat Menuntut Ilmu Oleh Ustaz Wadi
Tempat  :  Villa A32 , Street 44 (Rasgas Villa)
Tarikh   :   14 June 2010(Isnin)
Waktu   :   08:00 pagi







Tuesday, 8 June 2010

Kelas KAFA cuti pada hari Jumaat ini - 11th June, 2010

Assalamualaikum,
Dimaklumkan bahawa kelas KAFA pada hujung minggu ini (11th June, 2010 - Jumaat) akan ditangguhkan/cuti bagi memberi laluan kepada program bersama Ustaz Abdullah Bin Yassin (10 June - 12 June). Bersama-samalah kita mengambil peluang untuk menambah ilmu dan menafaatkan kedatangan beliau di Qatar ini.
InsyaAllah kelas KAFA akan di sambung semula seperti biasa pada Jumaat 18-June-2010 (Jam 8:00 - 10:30 pagi)

Wassalam
Mohd Bahrin Asmawi

Sunday, 6 June 2010

Program Ustaz Dr Abdullah bin Yasin di Qatar 10 Jun - 12 Jun 2010

Hebahkan kepada semua. Terima kasih 
 
Tarikh
 
 
Tempat
 
Tajuk
 
Penugasan
 
Catatan
10 Jun 2010
7.30 mlm
Al-Khor Community – Masjid Al-Huda



Google Maps
Islam : Ummatan Wasata
( Islam : Agama Sederhana )
AJK Al-Khor
Masjid di Gate 1, Al-Khor Community
Jemputan Malaysia & Indonesia
11 Jun 2010
2.00 – 6.00 ptg
 
Club House, Beverly Hills Ar-Rayyan


Google Maps
Kursus/Workshop Falsafah Ibadah Haji
  • Pedoman Ibadat
  • Haji Dan Falsafahnya
  • Ciri-ciri Haji Mabrur
AJK Usrah Ali dan Osman
Cadangan Haji Fairuz sebagai Pengurusi Majlis. Refreshment disediakan.
12 Jun 2010
9.00 – 11.00pagi

 
Al-Khor Community – Masjid Al-Huda


Google Maps
Tafaqquh Fee Al-Deen
(Mendalami Selok Belok Agama )
AJK Al-Khor
Jemputan Malaysia & Indonesia

Apply Visit Visa VS An Arrival Visit Visa

Assalamuálaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga2 Malaysia khasnya diQatar,

Berikut adalah info. yang mungkin sebahagian dari kita yang telah sedia maklum dan mungkin masih ada  lagi yang 'blurr' dengan procedure berkaitan dengan visit visa ini. Saya ringkaskan seperti dibawah bagi mengelakan kepada yang mungkin terpaksa bayar 'penalty''just for nothing! Dah ada dah kawan kita diQatar terpaksa habiskan QR1,500 hanya kerana nak 'extent one of his family member visit visa just for another 2 weeks.

Secara ringkasnya,  terdapat 2 visit visa; (a)'Apply visit visa'  (b) 'On arrival visit visa'  

Apply visit visa
- Permohonan dibuat melalui syarikat yang anda bekerja atau membuat permohonan sendiri dengan Qatar Immigration (moi.gov.qa).
- Ambil masa antara 2 minggu hingga lebih dari sebulan baru visa dikeluarkan. bergantung kepada keadaan i.e. public holiday, etc.
- Fee kalau bayar sendiri lebih kurang QR100.00 tapi kalau melalui syarikat anda bekerja dan visa untuk closed family biasanya free tak payah bayar apa2.
- Apabila visa dikeluarkan, ia akan luput selepas 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.
- Visa ini valid hanya untuk sebulan dari tarikh arrived kat Qatar. (tarikh arrived yang di'stamp' dalam passport.
- Kalau ada perancangan untuk tinggal lebih dari sebulan, maka selepas seminggu/dua minggu arrived kat Qatar, terus kena pergi buat medical check-up di Hospital kerajaan i.e. Al Khor heath centre, Ras Abu Abouit, etc. bayar QR 100 untuk medical dan QR10 upah typist taip borang dalam arabic.
- Result medical check-up akan ambil masa 5 hingga 10 hari. (bergantung kepada public holiday, etc.)
- Setelah dapat medical check-up baru lah boleh pergi ke immigration office (main Al Ghraffa/branch Al Khor) untuk extent 'apply visit visa'. Sebaiknya seminggu sebelum visa expire.
- Boleh di extent 1,2,3 hingga maksimum 6 bulan. QR100 + berapa bulan nak extent. *lebih kurang macam tulah figure nya. 
 

On arrival visit visa

- Kemudahan ini telah dilanjutkan kepada 33 buah negara termasuklah Malaysia, Brunei, Singapura, etc.
- Bayar QR100 dikaunter 'on arrival visa'.  Kad credit visa/Master card, QR, GCC, USD, Euro diterima. Lain2 matawang tak sure!
- Visa valid untuk satu bulan sahaja.
- Boleh extend for another one month. - Seminggu sebelum visa expire, just pergi ke Immigration kat Airport. Bayar guna kad QR100. Sungguh mudah!
- Selepas tamat visa untuk bulan kedua, maka bolehlah balik. Kalau masih nak tinggal diqatar, boleh lah keluar sekejab ke Baharin, Dubai, Abu Dhabi, etc. dan kemudian masuk semula keQatar. Refresh semula. Boleh buat macam ni sampai bila2. (Duduk diqatar 1+1 bulan kemudian keluar, kemudian masuk semula,...................... Tak ada jangkamasa yang dihadkan.)


Wassalam/salam hormat.
Marod
B-463, Sub street 10, Al Khor Community.