Salam untuk semua,
Pertandingan mencipta LOGO Komuniti Malaysia Al Khor ini terbuka kepada semua warga Malaysia di Al Khor.
Tarikh tutup ialah 22hb Julai 2010. Tujuan utama ialah untuk melambangkan identiti Komuniti Malaysia di Al Khor. LOGO tersebut akan dijadikan LOGO rasmi Komuniti Malaysia di Al Khor.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:
1. LOGO boleh dilukis dalam bentuk grafik komputer atau lukisan biasa (Saiz A3 atau A4).
2. LOGO mestilah ringkas dan kemas.
3. Pertandingan adalah terbuka kepada semua warga Malaysia di Al Khor.
4. Hantarkan penyertaan anda kepada [email protected] atau kepada Biro Aktiviti sebelum tarikh tutup. Keputusan adalah muktamat.
Komuniti akan menyediakan hadiah untuk pemenang tempat Pertama dan Kedua. Pemenang akan diumumkan melalui Blog MalaysiaQatar.Net. Majlis penyampaian hadiah akan diumumkan kemudian.
Selamat bertanding.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment