Cari Maklumat Yang Berkaitan


Monday, 16 August 2010

Ceramah Dan Berbuka Puasa Warga Malaysia Di Al-Khor 18hb Ogos 2010

Assalamualaikum warga Malaysia Al Khor,

Semua dijemput ke majlis iftar dan ceramah anjuran MAQ dan Darul Arqam Al Khor seperti di bawah.

Tarikh: 18hb Ogos 2010 / 8 Ramadhan 1431H (Rabu)
Tempat: Indian Stream School Al Khor

Aturcara Majlis
4.30 petang : Ceramah oleh Penceramah Jemputan Khas dari Malaysia
6.09 petang : Iftar diikuti Solat Maghrib
6.30 petang : Jamuan Makan

Pihak majlis juga akan melancarkan tabung kutipan derma untuk rakyat Palestin pada hari tersebut.

Insya Allah penceramah jemputan khas  yang dibawa dari Malaysia ialah Tuan Hj. Jamaliddin Elias atau dikenali juga dengan “Pak Jamal”.

Pak Jamal berasal dari Batu Pahat dan sekarang ini menetap di Klang, Selangor. Berumur 47 tahun, berkeluarga dan mempunyai 10 orang anak.

Seorang Ahli Perniagaan dan merupakan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia. Beliau sudah terlibat bersama NGO dan aktiviti kemanusiaan semenjak tahun 1983. Beliau juga terlibat secara terus dalam penubuhan Yayasan Amal Malaysia pada tahun 2001. Aktiviti Yayasan adalah misi-misi kemanusiaan serantau dan antarabangsa seperti gempa bumi, perang dan apa jua bencana alam. Pak Jamal telah turut serta dalam pelbagai misi kemanusiaan di 23 buah negara. Yang terbaru adalah ketika bersama NGO (Malaysia dan antarabangsa) yang lain di Missi Flotilla Mavi Marmara untuk membawa bekalan makanan, perubatan dan kelengkapan ke bumi Gaza dan diserang oleh pengganas Israel. Beliau akan berkongsi pengalaman yang beliau tempuhi ketika missi tersebut serta penderitaan rakyat Palestin dalam memperjuang dan mempertahankan tanahair mereka yang harus kita fahami bersama.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi; 

Hj Jamal (66794241)
C12601, AKC  

Amir (33225904)
C20623, AKC

Harap dapat disebarkan kepada rakan-rakan Al Khor yang lain.


Wassalam

Malaysian Al Khor,



From: Al-Khor_Malaysian@yahoogroups.com [mailto:Al-Khor_Malaysian@yahoogroups.com] On Behalf Of jamals
Sent: 15 August 2010 22:03
To: Al-Khor_Malaysian@yahoogroups.com
Subject: [Al-Khor_Malaysian] Ceramah Dan Berbuka Puasa Penduduk Malaysia Di Al-Khor
Assalamualaykum,
Ramadan Kareem untuk semua pendudduk Malaysia di Al-Khor,
Dijemput semua menghadiri ceramah dan majlis berbuka puasa penduduk Malaysia anjuran MAQ dan Darul Arqam Al-Khor dengan jemputan penceramah dari Malaysia;
Butiran Ringkas Seperti Berikut:
1. Tarikh : 18.08.2010 (Rabu)
2. Masa : 04.30 ptg sehingga 07.00 malam
3. Lokasi : Indian Stream School Al-Khor
Ringkasan Aturcara:
Majlis dimulakan dengan ceramah, diikuti majlis berbuka puasa, bersolat Maghrib dan Jamuan Makan.
Juga akan diadakan kutipan derma semasa majlis.

Sekian serba ringkas butiran terperinci akan diedarkan oleh pihak MAQ.

Jazakkallah Khair
Jamal Mohamed Bin Sulaiman
__._,_.___
Recent Activity:
·         New Members 1
.
__,_._,___

No comments:

Post a Comment