Cari Maklumat Yang Berkaitan


Sunday, 30 January 2011

Malam Kebudayaan Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua Malaysian Al-Khor,

Persatuan Ibu Ibu Malaysia Qatar akan mengadakan program Malam Kebudayaan Malaysia seperti berikut;

Tarikh: 10hb Mac 2011 (Khamis)
Masa: 6.30pm
Lokasi: Dewan Sekolah AKIS

Tiket-tiket berharga QR15/seorang akan dijual mulai pertengahan Februari ini.
Untuk makluman, tiket hanya dikenakan kepada yang berumur 7 tahun ke atas sahaja (anak-anak 6 tahun ke bawah adalah percuma).

Persatuan juga memohon sumbangan minimum QR50(akan diberi resit) dari anda semua untuk menampung perbelajaan makanan pada malam tersebut serta pelbagai acara kebudayaan, dan pendidikan anak-anak Malaysia di Qatar.

Kami sangat memerlukan sokongan dan kerjasama dari anda semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

Terima kasih,


b/p Persatuan Ibu Ibu Malaysia Qatar

No comments:

Post a Comment