Cari Maklumat Yang Berkaitan



Thursday, 10 February 2011

Penting: Tabung Kemasyarakatan Malaysian Al-Khor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/puan Malaysian Al-Khor,
Untuk memantapkan lagi komuniti Malaysia di Al-Khor, para ahli Jawatankuasa Malaysian Al Khor telah sebulat suara bersetuju untuk melancarkan "Tabung Masyarakat Malaysia Al-Khor".
Tujuan / objektif : Mengadakan satu tabung atau dana simpanan untuk membantu masyarakat Malaysia di Al Khor dari segi kewangan bagi mengerakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan secara kolektif.
Ianya termaktub kepada semua warga Malaysia (tanpa mengira Agama, Bangsa atau Negeri) yang menetap di Al-Khor Community dan juga kawasan luar yang berdekatan dengannya.
Kutipan sebanyak QR50.00 (Yuran Pendaftaran) dan QR100.00 (Yuran Tahunan) dari setiap keluarga termasuk mereka yang bujang.
Berikut adalah anggaran agihan dari dana yang dikutip (masih tertaktuk kepada keputusan pemegang Amanah);

Tujuan

Kekerapan

Jumlah

1. Sumbangan untuk pembelian sebahagian hadiah untuk acara sukan kelolaan penduduk Malaysia Al-Khor.

5 X QR300

QR1500

2. Sumbangan untuk pembelian hadiah untuk acara bukan berbentuk sukan

4 X QR250

QR1000

3. Memberi bantuan kecemasan sebanyak QR500 kepada individu yang dia atau ahli keluarga mereka mendapat kecelakaan.

10 X QR500

QR5000

4. Sumbangan untuk mengadakan Hari Keluarga Tahunan atau Jamuan Tahunan untuk Masyarakat Malaysia Al-Khor .

2 X QR1000

QR2000

5. Sumbangan untuk Majlis Jamuan untuk tetamu yang datang berkunjung ke Al-Khor

1 X QR500

QR500

Jumlah Penuh

QR10000

Peringatan: Tabung ini tidak tertakluk kepada Aktiviti Keagamaan dan Majlis kelolaan Individu.

Sebuah akaun akan dibuka untuk tujuan pengendalian akaun ini.

3 invidividu telah dilantik sebagai "Trustee" atau Pemegang Amanah untuk pengendalian Dana ini;

A. Haji Bahrin Bin Asmawi (RasGas)

B. Haji Abdul Wahab Deraman (Dolphin)

C. En.Jasmin Bin Selamat (QatarGas)

Sejumlah wang kutipan yuran tahunan akan diguna pakai sepenuhnya pada atau sebelum tarikh kutipan yang baru.

Sejumlah yuran pendaftaran akan dikekalkan simpanannya sehingga dana atau tabung ini dibubarkan dan individu tidak mahu lagi menyertai tabung ini.

Yuran pendaftaran hanya akan digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja jika perlu.

Berikut adalah individu yang ditanggungjawabkan untuk pungutan tabung ini;

Kawasan Block C: Yusmizar (C20712 - 55400642), Kamaruzaman (C20613 - 66910561), Injak Cherri (C20413 - 55776018), Mohd Khairunizam (C20603 - 55419712), Haji Hisham (C20203 - 55634435)

Kawasan Block QG: Haji Ahmad Hasnan (66816628), Ariff (C18821 - 33266095), Jasmin (C18902 - 66631514)

Kawasan Block A, B Baru & Lama: Zamri Abu Bakar (55283042), Haji Bahrin ( B334 - 55861356)

Kawasan Luar Community: Saudara Asrul (Al-Thakira - 33477836), Saudara Mohd Hikmi (55141226)

Kawasan Perumahan Lama: Jamal - RG (C12601 - 66794241) & Khairu Amir - QG (C3211 - 55067240)

Tarikh tutup kutipan adalah 28.02.2011

Sekian, semoga dapat kerjasama dari semua untuk menjayakan tabung ini dan seterusnya menjayakan program–program kemasyarakatan kita di Al-Khor.

Sila sampaikan kepada yang lain yang tiada dalam e-mail ini /tidak terima email ini .

Terima kasih.

b/p Malaysian Al-Khor

No comments:

Post a Comment