Cari Maklumat Yang Berkaitan


Tuesday, 27 September 2011

Hari Keluarga Dan Sukan Rakyat Malaysian Al-Khor 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semua warga Malaysian Al Khor dijemput untuk menyertai "Hari Keluarga Dan Sukan Rakyat Malaysian Al-Khor 2011".


Butiran lanjut adalah seperti berikut :-


Tarikh : 08hb Oktober 2011 (Sabtu)

Masa : 08:00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Padang Bola AKIS - British

Penyertaan : Dijemput semua Warga & Keluarga Malaysia di Al-Khor Community dan kawasan sekitarnya.


Rasai suasana muhibbah antara masyarakat seperti di Malaysia dengan pelbagai aktiviti "Sukan Rakyat".

Nota : Kepada ketua keluarga yang bekerja pada hari tersebut, penyertaan ahli keluarga (isteri dan anak-anak) amatlah di alu-alukan.


Bayaran QR50 per Keluarga diperlukan bagi menampung kos makan tengahari yang akan disediakan oleh Al-Waha Club.

Borang pendaftaran boleh diserahkan kepada penama berikut selewat-lewatnya hari Isnin malam, 3hb Oktober 2011.


1. Aslim -66598918

2. Amir Ali -33225904

3. Elmi -33614822

4. Hj Hasnan -66816628

5. M Hikmi -55141226

6. Hafi -66559084

7. Jasmin -66631514

8. Intai -55593181

9. Jamal - 66794241


Pelbagai Acara Sukaneka akan diadakan seperti:-

1. Sepak raga bulat.

2. Tolak Tali

3. Lari Dalam guni

4. Sumpit beracun

5. Balin belon berisi Air

6. Kepit bola.

7. Terompah panjang

8. Tendangan panalti

9. Tiub belon

10. Bawa bola ping pong.

11. Dan pelbagai lagi.


Agenda :

8.00 pagi -8.30 pagi > Ketibaan / persiapan.

8.30 pagi hingga 11:30 > Acara Sukaneka bermula

11:30 hingga 1:30 tghari > Lunch dan solat Zuhor

1:30 hingga 04 : 30 petang > Acara Sukaneka

4:30 petang > Penyampaian hadiah & Bersurai


Sebarkan kepada kawan-kawan yang tiada dalam mailing list Malaysian Al Khor.


Borang Penyertaan


Terima kasih