Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah setakat ini ada seramai 61 pelajar sudah mendaftar untuk memasuki kelas bimbingan Bahasa Malaysia yang akan bermula pada hari Ahad, 2 Oktober 2011 ini. Terima Kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang memberi sokongan untuk menjayakan rancangan ini supaya anak-anak kita mendapat peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia, Insha Allah. Jadual Kelas | Hari | Masa | Tempat | Umur |
02 Oktober | Ahad & Rabu | 5.00 – 6.30 Petang | Video Arcade, Al Waha Club | 6 hingga 9 Tahun |
02 Oktober | Ahad & Rabu | 7.00 – 8.30 Malam | Video Arcade, Al Waha Club | 13 Tahun dan ke atas |
04 Oktober | Selasa & Rabu | 7.00 – 8.30 Malam | Video Arcade, Al Waha Club Function Room, Al Nakhel Club | 10 hingga 12 Tahun |
Pendaftaran
Al Waha Club Reception
Yuran
QR100 sebulan seorang
Saya mewakili komiti dan tenaga pengajar ingin berkongsi maklumat serba sedikit mengenai kelas bimbingan Bahasa Malaysia ini supaya ibu bapa lebih jelas objektif yang ingin di capai, Insha Allah.
Objektif
GOAL: " Anak-Anak Malaysia di Qatar Lulus dengan minima kredit 6 atau lebih baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia-Kertas Bahasa Malaysia"
• Membimbing pelajar lepasan GCSE/ IGCSE (O-Level) & GCA (A-Level) menduduki peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia, bagi memberi peluang memasuki IPTA atau IPTS yang di iktiraf di Malaysia.
• Mendapat peluang memohon PTPTN atau lain-lain bantuan kewangan daripada MARA, JPA atau badan-badan swasta yang lain.
Cara-cara menduduki peperiksaan SPM – Bahasa Malaysia (bulan November)
• Pendaftaran di buka bermula pada bulan Mac setiap tahun di Malaysia
• Kelayakan calon berumur 17 tahun ke atas
• Berdaftar sebagai calon persendirian di Pejabat Pendidikan Negeri atas pilihan sendiri.
• Peperiksaan lisan antara bulan Mei hingga Julai setiap tahun di Malaysia.
• Peperiksaan bertulis pada bulan November setiap tahun di Malaysia
• Calon yang gagal mendapat kepujian C6 masih berpeluang mengulangi peperiksaan subjek Bahasa Malaysia pada bulan Julai setiap tahun sebagai calon persendirian di Malaysia. Kelayakan umur 18 tahun ke atas.
Rumusan
• Kelas bimibingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar Malaysia dan tiada kaitan dengan pembelajaran Bahasa Malaysia yand sedia ada di AKIS, dari segi objectif dan pengurusannya. Kelas bimbingan ini bergantung penuh kepada keperluan anak anak Malaysia dan sokongan dari pihak ibubapa.
• Memberi pelajaran asas yang kukuh kepada calon sebagai persediaan menduduki subjek Bahasa Malaysia peringkat SPM walaupun tidak menduduki peperiksaan semasa berada di Qatar atau pada masa terdekat.
• Silibus yang dipakai guna adalah selari dengan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia di Malaysia. Walaupun sukatan pelajaran dalam bahasa klasik akan menggunakan sukatan pelajaran dari satu zon sahaja, ini tidak akan menjejaskan calon untuk menghadapi peperiksaan kerana soalan SPM Bahasa Malaysia merangkumi sukatan pelajaran seluruh Malaysia. Calon masih boleh memilih soalan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang dipelajari.
• Menempatkan anak-anak yang berumur 16, 17 & 18 tahun di dalam satu kumpulan, di mana mereka akan mendapat tunjuk ajar dari seorang tenaga pengajar yang berpengalaman menjawab soalan-soalan peperiksaan Bahasa Malaysia peringkat SPM.
• Anak anak yang masih belajar diperingkat bawahan akan didedahkan dengan pengetahunan asas supaya bersedia menduduki SPM Bahasa Malaysia bilamana mancapai umur yang ditetapkan.
Perancangan Komiti
• Mendaftar secara berkumpulan untuk peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia bagi calon-calon yang layak mendaftar untuk tahun 2012.
• Mendapatkan kelulusan supaya peperiksaan lisan dan penulisan dapat di adakan di Qatar, sebagai perancangan masa panjang.
Seperti yang sudah sedia maklum, anak-anak yang sudah berumur 17 tahun ke atas mempunyai masa yang singkat untuk menghadapi peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia untuk tahun hadapan 2012. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha yang ikhlas ini akan dimakbulkan Allah. Semoga dengan kemampuan tenaga pengajar dan sokongan ibubapa, anak-anak ini akan berjaya mendapatkan keputusan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Insha Allah.
Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada komiti - En Asri, En Wahab, Pn Rosini, Pn Abidah dan Pn. Sathia. Atau kepada tenaga pengajar Pn. Fauzana, Pn. Wan Mahfuzah, Pn Khairul Aini dan Pn. Nurain.
Terima kasih.