Cari Maklumat Yang Berkaitan


Saturday, 1 October 2011

Susulan Taklimat Kelas Bimbingan Bahasa Malaysia


 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah setakat ini ada seramai 61 pelajar sudah mendaftar untuk memasuki kelas bimbingan Bahasa Malaysia yang akan bermula pada hari Ahad, 2 Oktober 2011 ini.

Terima Kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang memberi  sokongan untuk menjayakan rancangan ini supaya anak-anak kita mendapat peluang yang lebih  baik untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia, Insha Allah.

 

Jadual Kelas

Tarikh Mula

Hari

Masa

Tempat

Umur

02 Oktober

Ahad & Rabu

5.00 – 6.30 Petang

Video Arcade, Al Waha Club

6 hingga 9 Tahun

02 Oktober

Ahad & Rabu

7.00 – 8.30 Malam

Video Arcade, Al Waha Club

13 Tahun dan   ke atas

04 Oktober

Selasa & Rabu

7.00 – 8.30 Malam

Video Arcade, Al Waha Club Function Room, Al Nakhel Club

10 hingga 12 Tahun

 

Pendaftaran

Al Waha Club Reception

 

Yuran

QR100 sebulan seorang

 

Saya mewakili komiti dan tenaga pengajar ingin berkongsi maklumat serba sedikit mengenai kelas bimbingan Bahasa Malaysia ini supaya ibu bapa lebih jelas objektif yang ingin di capai, Insha Allah.

 

Objektif

GOAL:  " Anak-Anak Malaysia di Qatar Lulus dengan minima kredit 6 atau lebih baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia-Kertas Bahasa Malaysia"

 

        Membimbing pelajar lepasan GCSE/ IGCSE (O-Level) & GCA (A-Level) menduduki peperiksaan SPM subjek Bahasa  Malaysia, bagi memberi  peluang  memasuki  IPTA atau IPTS yang di iktiraf  di Malaysia.

        Mendapat peluang memohon PTPTN atau lain-lain bantuan kewangan daripada MARA, JPA atau badan-badan swasta yang lain.

 

Cara-cara menduduki peperiksaan SPM – Bahasa Malaysia (bulan November)

        Pendaftaran di buka bermula pada bulan Mac setiap tahun di Malaysia

        Kelayakan calon berumur 17  tahun ke atas

        Berdaftar sebagai calon persendirian di Pejabat Pendidikan Negeri atas pilihan sendiri.

        Peperiksaan lisan antara bulan Mei hingga Julai setiap tahun di Malaysia.

        Peperiksaan bertulis pada bulan November  setiap tahun di Malaysia

        Calon yang gagal mendapat kepujian  C6 masih berpeluang mengulangi  peperiksaan subjek Bahasa Malaysia pada bulan Julai setiap tahun sebagai calon persendirian di Malaysia. Kelayakan umur 18   tahun ke atas.

 

 

Rumusan

        Kelas bimibingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar Malaysia dan  tiada kaitan dengan pembelajaran Bahasa Malaysia yand sedia ada di AKIS, dari segi objectif  dan pengurusannya.  Kelas bimbingan ini bergantung penuh kepada keperluan anak anak Malaysia dan sokongan dari pihak ibubapa.

        Memberi pelajaran asas yang kukuh kepada calon sebagai persediaan menduduki subjek Bahasa Malaysia peringkat SPM walaupun tidak menduduki peperiksaan  semasa berada di Qatar atau pada masa terdekat.

        Silibus yang dipakai guna adalah selari dengan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia di Malaysia. Walaupun sukatan pelajaran dalam bahasa klasik akan menggunakan sukatan pelajaran dari satu zon sahaja, ini tidak akan menjejaskan calon untuk menghadapi peperiksaan kerana soalan SPM Bahasa Malaysia merangkumi sukatan pelajaran seluruh Malaysia. Calon masih boleh memilih soalan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang dipelajari.

        Menempatkan anak-anak yang berumur 16, 17 & 18 tahun di dalam satu kumpulan, di mana mereka akan mendapat tunjuk ajar dari seorang tenaga pengajar yang berpengalaman menjawab soalan-soalan peperiksaan Bahasa Malaysia peringkat SPM.

        Anak anak yang masih belajar diperingkat bawahan akan didedahkan dengan pengetahunan asas supaya bersedia menduduki SPM Bahasa Malaysia bilamana mancapai umur yang ditetapkan.

 

Perancangan Komiti

        Mendaftar secara berkumpulan untuk peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia bagi calon-calon yang layak mendaftar untuk tahun 2012.

        Mendapatkan kelulusan supaya peperiksaan lisan dan penulisan dapat di adakan di Qatar, sebagai perancangan masa panjang.

 

Seperti yang sudah sedia maklum, anak-anak yang sudah berumur 17 tahun ke atas mempunyai masa yang singkat untuk menghadapi peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia untuk tahun hadapan 2012. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha yang ikhlas ini akan dimakbulkan Allah. Semoga dengan kemampuan tenaga pengajar dan sokongan ibubapa, anak-anak ini akan berjaya mendapatkan keputusan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Insha Allah.

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada komiti - En Asri, En Wahab, Pn Rosini, Pn Abidah dan Pn. Sathia. Atau kepada tenaga pengajar  Pn. Fauzana, Pn. Wan Mahfuzah, Pn Khairul Aini dan  Pn. Nurain.

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment