Cari Maklumat Yang Berkaitan


Monday, 10 December 2012

UMRAH bersama MAQ - Feb 2013



Assalamualaikum,

Tuan/puan dijemput hadhir ke Majlis Taklimat dan Pendaftaran Perjalanan Umrah bersama MAQ bagi bulan Feb 2013 nanti. Jadual perjalanan Umrah Feb 2013 ada di sini untuk rujukan tuan/puan.

You are invited to attend Umrah Briefing and Registration, which will be held at follows. The Umrah program is here for your perusal.

Date :       Friday, 14 Dec 2012
Time :       8.00 - 11.00 am
Venue :     Ladies Club, Al Bayan Garden, Al-Sadd.

Aturcara :
8.00 to 9.30 am                Taklimat Umrah dan Pendaftaran (Umrah Briefing & Registration)
9.30 to 10.00 am                Rehat / Refreshments (sila bawa sedikit juadah untuk dimakan bersama)
10.00 to 11.00 am        FALSAFAH UMRAH oleh Ustaz Salman Mohd. Ali

Mansor Rahmat,
b/p MAQ



Wednesday, 5 December 2012

Program bersama Ustaz Ghazali Ibrahim pada 7 & 8hb Disember 2012







Assalamualaikum warahmatullah, 
Tuan-tuan dan puan-puan yg dirahmati Allah sekalian, 
Terdapat beberapa perubahan pada butiran di bawah (sila lihat teks yg ditandakan terang) berkaitan dengan siri program pengisian umum bersama penceramah jemputan dari Malaysia, Ustaz Md Ghazali bin Ibrahim (adik Vokalis Kumpulan Rabbani, al-marhum Ustaz Asri Ibrahim) : 
1.
Tarikh : 7 DISEMBER 2012 (Jumaat Pagi & Petang)
Tempat: Green Village Compound Clubhouse, Doha. GPS 25.266722 N, 51.464295 E
Google Maps : Green Village Clubhouse
Masa: 8.00 am - 4.40 pm (Program akan bermula dgn sarapan, Makan tengahari juga akan disediakan)
Tajuk 1: Derita Harta Pusaka (Isu-isu berkaitan faraid, hibah, dll)
Tajuk 2: Memberi tanpa dipinta, itulah Falsafah Zakat
2.
Tarikh : 8 DISEMBER 2012 (Sabtu pagi)
Tempat:  AKSI BS Old Sport Hall (Sila rujuk lampiran utk peta, GPS 25° 42' 46.43", 51° 31' 47.34").
Google Maps : AKIS BS Old Sport Hall
Masa: 8.30 am - 10.30 am 
Tajuk:  Antara Ibadat dan Adat

Sedikit maklumat berkenaan dengan penceramah:
Ustaz Ghazali Ibrahim merupakan antara pengamal konsultasi dalam bidang faraid dan harta pusaka, juga banyak mengisi slot ceramah di TV1, Astro Oasis, TV AlHijrah dan lain-lain forum. Telah menghasilkan beberapa penulisan berkaitan pengurusan harta pusaka dan zakat.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat "flyer" yang dikepilkan atau klik http://usrahali.wordpress.com
Diharapkan Tuan/Puan tidak melepaskan peluang ini untuk bersama sama dalam usaha menuntut ilmu. 
Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua. 
Wassalam,
Jazakumullah khairan kathira
b.p AJK Usrah Ali 
Usrah Ali di Facebook: http://www.facebook.com/usrahali

UMRAH bersama MAQ - Feb 2013

Assalamualaikum tuan2 yang saya hormati.

Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai jadual perjalanan Umrah bersama MAQ untuk tahun 2013. Berdasarkan kepada jadual cuti persekolahan bagi sekolah2 di Qatar (lihat table attached), kami bercadang untuk menganjurkan Perjalanan Umrah bersama MAQ pada tarikh berikut :

Rabu, 13 Feb           Mula perjalanan dari Doha
14 - 17 Feb              Madinah (3 malam)
17 - 22 Feb              Mekah (5 malam)
Jumaat, 22 Feb        Bertolak dari Mekah
Sabtu, 23 Feb           Tiba Doha



InsyaAllah satu Taklimat Perjalanan Umrah serta Pendaftaran Jemaah akan diadakan pada :
Tarikh:        Jumaat, 14 Dec 2013
Masa:         8.30 - 10.30 pagi
Tempat:     Ladies Club, Al Bayan Garden, Al-Sadd.

Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi, In Shaa Allah.

Mansor Rahmat b/p MAQ

+++
SCHOOL BREAKS IN FEBRUARY 2013
Schools School Breaks School Resumes
1 Newton Int'l , D-Ring Sunday, 24 Feb Sunday, 03 Mar
2 Cambridge Sunday, 17 Feb Sunday, 24 Feb
3 Qatar Int'l Sunday, 17 Feb Sunday, 24 Feb
4 Al Khor Int'l Sunday, 17 Feb Sunday, 24 Feb
5 Doha Academy Sunday, 10 Feb Sunday, 24 Feb
6 Mesaieed Int'l Sunday, 10 Feb Sunday, 17 Feb
7 Dukhan Int'l Sunday, 10 Feb Sunday, 17 Feb

Friday, 16 November 2012

Bazaar Malaysia & Futsal

Bazaar Malaysia kembali lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malaysian Al-Khor sekali lagi akan menganjurkan Bazaar Malaysia seperti maklumat dibawah;

Tarikh: 30/11/2012 (Jumaat)
Masa: 2pm - 7pm
Tempat: Sebelah Padang Futsal 1, Al-Khor Komuniti (coordinate: 25°42'55.08"N 51°31'20.90"E)
Google Maps: http://goo.gl/maps/FwLPZ

Serentak dengan itu juga satu pertandingan Futsal anjuran MAQ akan diadakan di tempat yang sama.
Oleh itu marilah sama-sama kita memeriahkan acara dan bersama-sama beramah mesra dengan seluruh rakyat Malaysia di Qatar.

Kepada yang berminat untuk menyertai Bazaar, boleh lah hubungi En. Khairul Amir (55067240), En. Zulkhairi (55593520) atau Pn. Samsiah (33934031). 
Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak QR50 untuk satu meja. Tempat adalah terhad. 

Kepada yang berminat untuk bermain Futsal boleh lah menghubungi AJK MAQ melalui e-mail event@malqatar.com .

SALAM MUHIBBAH, SALAM SATU MALAYSIA

Yang Berusaha;
b/p Pihak Penganjur

Saturday, 20 October 2012

Majlis Ramah Mesra Eid Adha Malaysian Al Khor 1433 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia;
Kepada semua rakyat Malaysia di Al Khor, anda sekeluarga di jemput ke;

Majlis Ramah Mesra Eidul Adha Malaysian Al Khor Komuniti.

Tarikh: 26/10/2012 (Jumaat)
Masa: 0730-1100 pagi
Tempat: Perkarangan Block C-207 dan C-208
Menu: Satay dan Potluck.

Semua Rakyat Malaysia di jemput hadir untuk memeriahkan suasana.

Sessi gotong royong/rewang membuat satay pada Rabu 24/10/2012 di lobby bangunan C206. Sessi membakar satay pada 25/10/2012
Untuk membiayai program ini, kami pihak AJK meminta jasa baik dengan sifat pemurah penduduk Al Khor Malaysian untuk menderma setiap keluarga QR50
Jika terdapat lebihan dari derma ini kami akan menggunakannya untuk program Malaysian Al Khor yang akan datang. 
Sama sama kita menyumbang untuk kesejahteraan komuniti kita.

Derma boleh di serahkan kepada AJK MAK seperti berikut;
1. Hisham Abdul (55634435)
2.  Yusmizar (55400642)
3. Zulkhairi (55593520)/Samsiah (33934031)
4.  Amir (33225904)/Norazilawati (33467134)
5.   Mustafirin (33691898)
6.    Che Wan (55598402)
7.  Muhamad Hafi (66559084)
8. Khairul Amir (55067240)
9.  Ahmad Hasnan (66816628)
10. Noorazman Roslaini (66933215)
11. Azmanshah (33212243)



Monday, 23 July 2012

Infak untuk juadah berbuka puasa

Gambar oleh http://www.facebook.com/IamMuslimAndProud

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

InsyaAllah Komuniti Malaysia Al Khor akan mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) pada 5hb Ogos 2012 (Ahad) di Ballroom Al Waha Club. Berberapa program tazkirah dan ceramah Ramadhan juga akan diselitkan pada hari tersebut.

Mengambil kira fadilat dan kelebihan memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka kami beri peluang tersebut kepada semua yang ingin memberi sumbangan untuk majlis iftar kali ini.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". - (At-Tirmidzi)

Kepada tuan/puan yang ingin berikan sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan kepada AJK Malaysia Al Khor 2012/2014. Rujuk di sini untuk senarai AJK MAK http://blog.malaysiaqatar.net/2012/06/keputusan-pengundian-ajk-baru-mak.html

Selain dari majlis iftar di Al Khor, insyaAllah beberapa orang rakan dari Al Khor akan mengerjakan ibadah umrah pada Ramadhan kali ini. Kepada tuan/puan yang ingin berikan sumbangan dan infak untuk juadah berbuka puasa di Masjidil Haram, juga boleh serahkan sumbangan ikhlas tersebut kepada wakil AJK Malaysia Al Khor.

Jazakallahu khairan kathira,

b/p Malaysia Al Khor

Thursday, 19 July 2012

Pengumuman Puasa Ramadhan 1433H Di Radio Qatar

Pengumuman ini telah dirakam lebih kurang 5 minit sebelum Isyak 19hb Julai 2012.


If you cannot hear the sound, your computer or browser doesn't support the sound format.
Or, you have your speakers turned off.

1hb Ramadhan 1433H bersamaan 20hb Julai 2012 (Jumaat).

Selamat menyambut Ramadhan 1433H.

Friday, 29 June 2012

Keputusan Pengundian AJK Baru MAK 2012/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah keputusan pengundian untuk Ahli Jawatankuasa baru Malaysia Al Khor 2012/2014 yang dijalankan hari ini;

1. Pengerusi : En Johadey Bin Hashim 

2. Timbalan Pengerusi : En Noor Hisham Abdul

3. Setiausaha : En Amir Bin Ali

4. Bendahari : En Yusmizar Bin Yob

5. AJK Lelaki : 
a) En Azmanshah Bin Jamaludin
b) En Marodzi Bin Abd Rahman
c) En Ahmad Hasnan Bin Mohd Zaki
d) En Zulkhairi Bin Abdul Rahman
e) En Muhamad Hafi Bin Abu Bakar
f) En Leozarin Bin Morshidi
g) En Che Wan Mohd Ramli Bin Che Wan Ismail
h) En Mohd Rushaidi Bin Rahman
i) En Mustafirin Bin Ali
j) En Affendi Bin Ahmad
k) En Khairul Amir Bin A Rashidi
l) En Noorazman Bin Roslani 
m) En Zamri Bin Abu Bakar 

6. AJK Wanita :
a) Pn Nor Azilawati Binti Alias
b) Pn Shazwany Binti Shamsudin
c) Pn Samsiah Binti Samsudin
d) Pn Nur Azra Binti Abdullah  

Kami sertakan fail lampiran untuk rujukan tuan/puan. Kami terima banyak pencalonan tetapi ianya telah ditolak oleh calon berkenaan kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada semua pengundi hari ini, pencadang serta calon-calon yang menang dan belum menang. 


b/p Malaysian Al Khor 2012/2014

Friday, 22 June 2012

Bazaar Amal, Perlantikan AJK MAK, Majlis Tahnik anak Mohd Khairulniza, Jamuan Meraikan Pengantin Baru Ust. Salman & Ust. Abdullah dan Ceramah Agama Dato' Dr MAZA

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, kami amat berbesar hati ingin menjemput hadirin-hadirat seisi keluarga ke Bazaar Amal (Aneka Selera Malaysia-Indonesia), Perlantikan AJK Baru Malaysia Al-Khor (Tertutup), Majlis Tahnik anak Mohd Khairulniza, Jamuan Meraikan Pengantin Baru Ust. Salman & Ust. Abdullah dan Ceramah Agama Dato' Dr MAZA. Berikut adalah aturcara Majlis.

Tarikh  : 29 Jun 2012 ( Jumaat)

Tempat : AKIS Sport Hall (Depan Medical Center – Rujuk lampiran)


Aturcara Majlis:

1300 – 1700    Bazaar Amal, Aneka Selera Malaysia-Indonesia (Terbuka kepada semua) dan Perlantikan AJK Baru Malaysia Al-Khor (Tertutup).
Note: Tempat solat disediakan.

1800 – 1830    Ketibaan semua hadirin & Penceramah jemputan

1830 – 1900    Solat Maghrib berjemaah di AKIS Sport Hall

1900 – 1915    Majlis Tahnik anak En Khairulniza oleh Dato' Dr. MAZA

1915 – 2000    Jamuan makan meraikan Pengantin baru (Ustaz Salman & Ustaz Abdullah)

2000 – 2100    Ceramah dan sesi soal jawab oleh Dato' Dr MAZA yang dipengerusikan oleh Ustaz Salman Ali  
"Keperluan Kehidupan Muslim yang memenuhi tuntutan Sunnah Nabi Muhammad SAW"

2100 – 2115    Solat Isyak berjemaah & Majlis bersurai.


Semua Muslim Malaysia di Qatar dijemput hadir. Mohon sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Jazakallah Khairan Khathira.

P/S: Untuk semua jemputan luar dari Community, sila guna Gate 2, beritahu security untuk pergi ke AKIS Sport Hall.
Mohon supaya datang lebih awal kerana Gate 2 biasanya sesak di waktu Maghrib.



Jazakallah Khairan Khathira.

Noor Hisham Abdul
HP:55634435

Tuesday, 12 June 2012

Pencalonan Ahli Jawatan Kuasa Baru Malaysian Al Khor 2012/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/puan yang dihormati,

Untuk meneruskan kerja-kerja berpersatuan, Komuniti Malaysia Al Khor akan mengadakan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa yang baru untuk sesi tahun 2012/2014. Tuan/puan dijemput untuk memberikan senarai cadangan calon-calon yang dijangka mampu meneruskan kerja-kerja sukarela ini. Senarai jawatan yang akan dipilih nanti adalah seperti dalam borang pencalonan "Borang Pencalonan AJK Malaysia Al Khor 2012 2014.doc".  Tuan/puan dikehendaki mengisi borang pencalonan tersebut dan hantar kepada wakil-wakil AJK yang lama seperti lampiran "AJK Lama 2010 2012.pdf" ATAU dihantar melalui email ke alamat ajk_alkhor@malaysiaqatar.net sebelum 24hb Jun 2012 jam 5.00petang. Kami sertakan senarai nama Komuniti Malaysia di Al Khor seperti dalam lampiran "Malaysian Al Khor.xls" untuk rujukan. Setiap warganegara Malaysia yang tinggal di Al Khor adalah layak untuk dicalonkan sebagai ahli jawatan kuasa yang baru walaupun TIADA dalam senarai "Malaysia Al Khor.xls". Tuan/puan juga layak untuk mencalonkan diri sendiri. Penglibatan tuan/puan dalam menyenaraikan calon-calon yang berpotensi diucapkan ribuan terima kasih.

Sesi pemilihan dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru akan diadakan pada 29hb Jun 2012 selepas waktu solat Jumaat. Tuan/puan dijemput hadir pada hari tersebut untuk buat pengundian. Maklumat lanjut dan aturcara penuh majlis akan diberitahu kemudian.

Kami berharap tuan/puan boleh sebarkan maklumat ini kepada teman-teman yang tinggal di Al Khor.
Sekian, terima kasih.

b/p AJK Pemilihan 2012/2014

Monday, 30 April 2012

Pemilihan AJK Malaysian Al-Khor 2012

Assalamulaikum and salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkam bahawa semua AJK Malaysia Al-Khor yang telah dilantik secara separa rasmi dua tahun lepas kini telah dimansuhkan dan meletakkan semua jawatan. Ini adalah seiring dengan peraturan berpersatuan yang mana perlantikan semula jawatan kuasa- jawatan kuasa yang dikenalpasti harus dibuat dan diperbaharui bagi menentukan persatuan Malaysian Al-Khor mempunyai pimpinan dan sokongan dari AJK-AJK baru yang bakal dilantik. 

Bagi pihak diri saya dan AJK-AJK yang lain, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di Al-Khor, khasnya kepada semua AJK dan 'focal point' di atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang perjalanan kita sejak beberapa tahun yang lepas. Saya juga memohon maaf bagi pihak semua AJK diatas segala kekurangan dan kelemahan yang ada.

Pihak tenaga pengurusan perlantikan AJK yang baru akan mengeluarkan makluman dan arahan tentang undian dan struktur AJK akan datang berdasarkan keputusan yang telah dipersetjui didalam mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Malaysian Al-Khor diatas segala sokongan, inisiatif, komitmen dan pengorbanan yang diberikan sepanjang tempoh kita berada di sini.

Selamat maju jaya kepada semua.

Yang tulus ikhlas,
Abdul Basit

Thursday, 26 April 2012

Program Usrah Al-Khor bersama Ustaz Hj Salman Ali 27hb April 2012

Assalamualaikum ,

Insya'Allah Usrah Al-Khor, kelas Tafsir (Surah Al-Baqarah), sirah dan soal jawab agama akan diteruskan. Semua Malaysian Muslim dijemput hadir :

    Program Usrah  Al-Khor bersama Ustaz Hj Salman Ali

    Tarikh    :    27 hb April 2012 

    Hari       :    Jumaat

    Waktu    :   Selepas Solat Maghrib

    Tempat  :   Villa EX 05 ( Rumah Hj. Johadey Hashim Tel: 5581-8691 / 4472 1464

    (Note: Jamuan ringan Konsep Pot Luck di alu-alukan)               

Sila bawa bersama Tafsir Al-Quran sebagai rujukan utama. Mohon disampaikan kepada rakan-rakan yang lain . 

" Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)" (Al-Baqara [2:10])

 

Sent using iQuran (www.GuidedWays.com)

 

 Jazakallah Khairan Khathira.

Thursday, 19 April 2012

Jadual SUKMA-Q di Pusingan Al-Khor

Assalamualaykum dan salam sejahtera,
Kepada semua …….
Berikut adalah Aturcara atau Jadual  serta informasi tentang SUKMA Q  Pusingan Al-Khor pada April 20, 2012 (Jumaat)
INFORMASI TENTANG SUKMA Q DI ALKHOR :
*MASUK KE COMMUNITY AKAN DIBERITAHU PADA PIHAK SECURITY OLEH PIHAK KAMI CUMA BERITAHU TUJUAN MASUK KE DALAM COMMUNITY,
SILA MASUK MELALUI GATE 2 UNTUK KEMASUKAN PELAWAT.
**SILA LETAKKAN KERETA ANDA DI TEMPAT LETAK KERETA YANG DISEDIAKAN DAN MEMANDU MENGIKUT KELAJUAN YANG DIBENARKAN DI DALAM COMMUNITY (25 KM/J).
***PETA TELAH DISERTAKAN MENUNJUKKAN LOKASI DEWAN PERMAINAN DAN MESJID UNTUK SOLAT JUMAAT DIDALAM COMMUNITY
****PIHAK KAMI (PENDUDUK AL-KHOR) TELAH MENYEDIAKAN SARAPAN, MAKAN TENGAHARI & MINUM PETANG UNTUK SAJIAN SEMUA TETAMU:
·         UNTUK LELAKI SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN DI INDIAN SPORTS HALL (EDUCATION CENTER)
·         UNTUK WANITA SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN DI BRITISH SPORTS HALL
SILA JAGA KEBERSIHAN, MAKAN & MINUM DI TEMPAT YANG BERSESUAIAN
*****PERMINTAAN SUPAYA KAUM LELAKI TIDAK MEMASUKI DEWAN BRITISH SPORTS HALL SEMASA PERLAWANAN BOLA JARING WANITA DI JALANKAN. (11.30 PAGI HINGGA 03.30 PTG)
******TENTANG PERLAWANAN
·         KETUA PASUKAN SILA LAPORKAN DIRI DGN PENGELOLA SETIAP PERLAWANAN
·         PENERANGAN RINGKAS AKAN DIBERI SEBELUM MEMULAKAN PERTANDINGAN
·         CAJ KEJOHANAN QR20 SETIAP HARUS DISERAHKAN KEPADA PENGELOLA PERLAWANAN
·         MEMANDANGKAN ADA MASAALAH PASUKAN UNTUK MENDAPATKAN PEMAIN TAKRAW PIHAK KAMI MEMBERI KELONGGARAN SETIAP PEMAIN BERMAIN DALAM 2 REGU
TETAPI TIDAK DALAM REGU YANG ASAL.
·         JADUAL TUAN RUMAH BERMAIN DUA PERLAWANAN AWAL SECARA BERTURUT-TURUT SEPERTI DI LANGSUNG DI LOKASI LAIN SEBELUM INI
·         MASA DIDALAM JADUAL ADALAH ANGGARAN SAHAJA
·         DIMINTA SEMUA PASUKAN DATANG PADA MASA YANG DITENTUKAN UNTUK MENGELAKKAN KELEWATAN PERLAWANAN DAN TEMPAHAN DEWAN.
Lokasi : British Sports Hall
Bola Tampar Lelaki  (Pengelola : Muhammad Hafi)
Masa
Penerangan & Perlawanan
07.30 pg hingga 07.45 pg

Pendaftaran dan Penerangan Perlawanan
08.00 pg hingga 09.30 pg

Al-Khor lawan Doha
09.45 pg hingga 11.15 pg

Al-Khor lawan Dukhan
11.30 pg hingga 03.30 ptg

Rehat & NetBall Wanita (sila lihat jadual Netball Wanita)
03.45ptg hingga 05.15 ptg

Doha lawan Dukhan



Lokasi : British Sports Hall
BolaJaring  (Pengelola : Johana / Shazwany)
Masa
Penerangan & Perlawanan
11.30 pg hingga 11.45 pg

Pendaftaran dan Penerangan Perlawanan
11.45 pg hingga 12.50 tgh

Al-Khor lawan Dukhan
01.15 tgh hingga 02.10 ptg

Al-Khor lawan Doha
02.25ptg hingga 03.30 ptg

Doha lawan Dukhan



Lokasi : Indian Sports Hall (Education Center)
Sepak Takraw Lelaki  (Pengelola : Elmi Bin Esa)
Masa
Penerangan & Perlawanan
07.30 pg hingga 07.45 pg

Pendaftaran dan Penerangan Perlawanan
08.00 pg hingga 09.00 pg

Al-Khor lawan Dukhan
09.15 pg hingga 10.15 pg

Al-Khor lawan Doha
10.30 pg hingga 11.30 pg

Doha lawan Dukhan

Lokasi : Indian Sports Hall (Education Center)
Badminton Lelaki  (Pengelola : Choa Ling King)
Masa
Penerangan & Perlawanan
01.00 tgh hingga 01.15 tgh

Pendaftaran dan Penerangan Perlawanan
01.30 tgh hingga 02.45 ptg

Al-Khor lawan Doha
03.00 ptg hingga 04.15 ptg

Al-Khor lawan Dukhan
04.45 ptg hingga 06.00 ptg

Doha lawan Dukhan

SEKIAN
SILA HUBUNGI SAYA DI E-MAIL jamal_sulaiman2001@yahoo.com UNTUK KETERANGAN LANJUT
SEMOGA SUKAN MERAPATKAN SILATUL RAHIM ANTARA KITA DI PERANTAUAN
 JAMAAL

Wednesday, 18 April 2012

Peringatan: Program Remaja Bersama Ustaz Haji Salman (20hb April 2012)

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Peringatan kepada ibubapa / penjaga yang telah mendaftar anak-anak untuk mengikuti program ceramah bersama Ustaz Haji Salman yang akan diadakan pada 20hb April 2012 (Jumaat).


Tajuk ceramah: AMALAN ANAK SOLEH DAN CARA MENANGANI GEJALA SOSIAL.


Agenda program seperti berikut:

Tarikh: 20hb April 2012 (Jumaat )
Tempat: Al Waha Club Ballroom.
Waktu: 8 pagi hingga 11.15 pagi.

Semakan pendaftaran: 8 pagi hingga 8.30 pagi.
Sarapan pagi; 8.30 pagi ke 9 pagi.
Ceramah bermula: 9 pagi.
Sesi soal jawab: 10.15 pagi hingga 11 pagi.
 Majlis tamat dan bersurai: 11.15 pagi.


Kepada mereka yang belum membuat pembayaran bolehlah menjelaskannya pada hari tersebut.

Thursday, 5 April 2012

Kejohanan Sukan Warga Malaysia di Qatar, SUKMA-Q 2012

Kepada Seluruh Warga Malaysia di Qatar,

 

Lanjutan dari emel kami terdahulu mengenai perkara di atas.

 

Bersama-sama ini disertakan jadual lengkap SUKMA-Q 2012 untuk makluman semua.

Untuk makluman, bola tampar wanita dan badminton wanita terpaksa digugurkan dari kejohanan memandang kekurangan pemain-pemain wanita dari Pasukan Doha & Dukhan. 

 

Jawatankuasa Penganjur juga telah bersetuju untuk memasukkan golf (lelaki) sebagai salah satu acara di dalam SUKMA-Q untuk kali ini.

 

Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut :

Lokasi

Qatar Bowling Centre (QBC), Doha

 

Tarikh

Masa

Permainan

Format

06-Apr-12

1.00pm-5.00pm

Pool

3 pemain

 

1.00pm-2.30pm

Ping Pong (Perempuan)

1 regu, 2 perseorangan

 

2.30pm-6.00pm

Ping Pong (Lelaki)

3 regu, 2 perseorangan

 

6.15pm-8.15pm

Bowling (Lelaki & Perempuan)

3 pemain lelaki, 3 pemain perempuan

 

 

 

 

Lokasi

Dukhan

 

 

Tarikh

Masa

Permainan

Format

13-Apr-12

7.30am-3.30pm

Bolasepak

11-sebelah (20 pemain termasuk simpanan)

 

 

 

 

Lokasi

Dukhan Golf Club

 

Tarikh

Masa

Permainan

Format

14-Apr-12

7.00am-1.00pm

Golf

5 wakil dari setiap kontinjen. 3 pemain terbaik dari setiap kontinjen

 

 

 

 

Lokasi

Al-Khor British Stream Sports Hall, Al-Khor Community

Tarikh

Masa

Permainan

Format

20-Apr-12

7.30am-5.30pm

Bola tampar (Lelaki)

9 pemain termasuk simpanan

 

11.30am-3.30pm

Bola Jaring

15 pemain termasuk simpanan

 

 

 

 

Lokasi

Al-Khor Indian Stream Sports Hall (Education Center), Al-Khor Community

Tarikh

Masa

Permainan

Format

20-Apr-12

7.30am-11.30am

Sepak Takraw

3 regu, 1 regu simpanan

 

1.00pm-6.00pm

Badminton (Lelaki)

3 regu

 

MAQ ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta memberi sokongan kepada pasukan masing-masing sambil berpeluang beramah mesra sesama kita dan mengukuhkan silaturrahim.

 

Terima kasih.

 

 

 

Jawatankuasa MAQ 2011/2012