Cari Maklumat Yang Berkaitan


Tuesday, 27 March 2012

Ceramah remaja 12 tahun ke atas bersama Ustaz Salman pada 20hb April 2012( Jumaat )

Assalamualaikum wrt wbt,

Untuk makluman ibu bapa yang dihormati dan dirahmati Allah swtsatu sesi ceramah bersama Ustaz Salman akan diadakan pada bulan April 2012.

Penyertaan hanya terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke atas. Tuan/puan boleh mendaftar dengan Hajah Siti Hajar di pengajian ibu-ibu, Hj Amir/Hajah Azie atau email kepada: zamrie@qatar.net.qa


Berikut adalah agenda:

Tarikh: 20hb April 2012(Jumaat )

Tempat: Indian Stream Education Hall.

Yuran penyertaan: QR 10.

Waktu: Selepas solat Jumaat. ( makan tengahari disediakan )

Ceramah bermula: 1.15 petang.

Sesi soal jawab: 2.30 petang.

Tajuk ceramah: Akan diumum dalam masa terdekat.

Solat Asar berjemaah sebelum bersurai.


Remaja perempuan diminta bawa telekung solat.


Wassalam,

b/p Penganjur

Tuesday, 20 March 2012

Kejohanan Sukan Warga Malaysia di Qatar, SUKMA-Q 2012

Kepada Seluruh Warga Malaysia di Qatar :

Sukacita dimaklumkan, MAQ dengan kerjasama wakil-wakil komuniti Malaysia di Doha, Al-Khor dan Dukhan bercadang untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Warga Malaysia di Qatar untuk tahun 2012 atau singkatannya "SUKMA-Q" 2012. Ini adalah tahun kedua SUKMA-Q dianjurkan. Seperti tahun lepas, objektif utama penganjuran ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama rakyat Malaysia di Qatar melalui aktiviti riadah dan sukan. Ianya juga diharapkan dapat memupuk semangat harmoni dan setiakawan sesama kita yang berada di perantauan.

FORMAT KEJOHANAN
Kejohanan akan dipertandingkan antara tiga penjuru iaitu :
- Kontinjen Doha (bagi mereka yang tinggal di kawasan Doha, Wakra, Mesaieed dan sekitarnya)
- Kontinjen Al-Khor (bagi mereka yang tinggal di Al-Khor, Simaisma, Al-Dhakhira dan sekitarnya)
- Kontinjen Dukhan (bagi mereka yang tinggal di Dukhan dan sekitarnya)

Pemain-pemain boleh menyertai untuk mana-mana kontinjen, tanpa terhad kepada kawasan seperti yang dinyatakan di atas. Akan tetapi, bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan, seseorang pemain dibenarkan untuk mewakili satu kontinjen sahaja.

Perlawanan akan diadakan di tiga lokasi dan tarikh yang berbeza iaitu di Doha, Al-Khor dan Dukhan sekitar April 2012. Setiap kontinjen akan diketuai oleh seorang ketua pasukan atau "Chef-de-Mission" yang bertanggungjawab dalam pembentukan kontinjen dan pengurusan pemain.

Semua permainan adalah pertandingan antara kontinjen. Untuk sistem pemarkahan, pembahagian mata bagi setiap permainan adalah seperti berikut; 

- Tempat Pertama (5 mata)
- Tempat Kedua (3 mata)
- Tempat Ketiga (1 mata)

Pemenang kejohanan akan ditentukan oleh jumlah kutipan mata keseluruhan selepas melengkapkan semua perlawanan. Pasukan yang memenangi setiap permainan akan dihadiahkan pingat dan juara keseluruhan akan membawa pulang sebuah piala pusingan.

KATEGORI PERMAINAN
Permainan adalah terbuka kepada LELAKI & WANITA mengikut jenis permainan dan tiada had umur minima/maksima. Lapan jenis permainan telah dipersetujui oleh jawatankuasa penganjur untuk dipertandingkan pada tarikh dan lokasi seperti dibawah :

6 April  - QATAR BOWLING CENTRE, DOHA
1. BOWLING (3 SEPASUKAN) - 3 pemain setiap kontinjen
2. PING-PONG (3 BEREGU & 2 PERSEORANGAN SEPASUKAN) - 8 pemain setiap kontinjen
3. POOL (TRIO SEPASUKAN) - 3 pemain setiap kontinjen

13 April - QP DUKHAN COMMUNITY
1. BOLASEPAK (11-SEBELAH) -1 pasukan setiap kontinjen, 20 pemain sepasukan (termasuk simpanan)

20 April - AL-KHOR COMMUNITY
1. SEPAK TAKRAW (3 REGU SEPASUKAN) - 12 pemain setiap kontinjen (termasuk simpanan)
2. BOLA TAMPAR (6 SEPASUKAN) - 9 pemain setiap kontinjen (termasuk simpanan)
3. BADMINTON (3 BEREGU SEPASUKAN) - 6 pemain setiap kontinjen

2. BOLA JARING (7-SEBELAH) - 1 pasukan setiap kontinjen, 15 pemain sepasukan (termasuk simpanan)
Butiran lanjut mengenai format perlawanan untuk setiap permainan akan diberikan oleh Chef-de-Mission atau melalui ketua-ketua pasukan yang dilantik.

NOTA :

* Format pertandingan, tarikh dan lokasi adalah tertakluk pada pindaan

CARA PENYERTAAN

Untuk penyertaan, sila hantarkan pendaftaran kepada Chef-de-Mission seperti e-mail dibawah :

- Sdr Ismail Suboh (emel : cdm-doha@malqatar.com) - bagi kontinjen Doha
 
- Sdr Jamal Sulaiman (emel : cdm-alkhor@malqatar.com) - bagi kontinjen Al-Khor 
- Sdr Suhaimi Sumin (emel : cdm-dukhan@malqatar.com) - bagi kontinjen Dukhan

Sila nyatakan nama, nombor telefon dan permainan yang hendak disertai.
 Tarikh tutup penyertaan ialah 28 MAR 2012 (RABU). 

Bagi menampung kos penganjuran (sewaan tempat, pembelian alatan dan lain-lain) yang agak terhad dan mahal, penganjur terpaksa mengenakan sedikit bayaran iaitu QR20.00 untuk setiap penyertaan.

Akhir kata, pihak menganjur mengharapkan sokongan penuh dari seluruh warga Malaysia di Qatar dalam menjayakan kejohanan yang akan diadakan ini. Semoga "SUKMA-Q" ini menjadi satu landasan untuk kita merapatkan silaturrahim dan berkenal-kenalan sesama kita.
 

Terima kasih dan Wassalam.


Jawatankuasa Penganjur
SUKMA-Q 2012



Gambar selingan sahaja..

Monday, 19 March 2012

Program Usrah Al-Khor bersama Ustaz Salman 23hb Mac 2012

Assalamualaikum ,

Insya'allah kita akan sambung Usrah Al-Khor dan kelas Tafsir (Surah Al-Baqarah), kali ini kita akan buat di Al-Dhakira (sila rujuk plan) semua  Malaysian Muslim dijemput hadir :

    Program Usrah  Al-Khor bersama Ustaz Salman

    Tarikh    :    23 hb Mac 2012 

    Hari       :    Jumaat

    Waktu    :   Selepas Solat Isya' (1920)

    Tempat  :   No:2 Al-Dhakira , bersebelahan dengan Masjid Al-Dhakira ( Rumah Mohd Farid Zaidi Fadzil Tel: 6688 1387

    (Note: Jamuan ringan Konsep Pot Luck di alu-alukan)               

Sila bawa bersama Tafsir Al-Quran sebagai rujukan utama. Mohon disampaikan kepada rakan-rakan yang lain . 

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya" Al-Baqarah 1:5

 Jazakallah Khairan Khathira.

 

Saturday, 17 March 2012

Reminder: Parent's Evening on 18th Mar 2012 - Celebration of AKIS "Striving for Excellence"

Assalamualaykum and salam sejahtera,

Dear All Parents,

The Education Manager of Al Khor International School (AKIS) takes great pleasure in inviting all parents to join him and the school's new Senior Leadership Team elected in a community event to celebrate "Striving  for Excellence" as below ;

AKIS Community Open Evening - Celebration of AKIS "Striving for Excellence"
Date: 18th March 2012 (Sunday)
Time: 6.00pm - 9.00pm
Venue: AKIS New Building Sport Hall

Please see the attachment file for detail. 


Best regards,