Cari Maklumat Yang Berkaitan


Monday, 30 April 2012

Pemilihan AJK Malaysian Al-Khor 2012

Assalamulaikum and salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkam bahawa semua AJK Malaysia Al-Khor yang telah dilantik secara separa rasmi dua tahun lepas kini telah dimansuhkan dan meletakkan semua jawatan. Ini adalah seiring dengan peraturan berpersatuan yang mana perlantikan semula jawatan kuasa- jawatan kuasa yang dikenalpasti harus dibuat dan diperbaharui bagi menentukan persatuan Malaysian Al-Khor mempunyai pimpinan dan sokongan dari AJK-AJK baru yang bakal dilantik. 

Bagi pihak diri saya dan AJK-AJK yang lain, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di Al-Khor, khasnya kepada semua AJK dan 'focal point' di atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang perjalanan kita sejak beberapa tahun yang lepas. Saya juga memohon maaf bagi pihak semua AJK diatas segala kekurangan dan kelemahan yang ada.

Pihak tenaga pengurusan perlantikan AJK yang baru akan mengeluarkan makluman dan arahan tentang undian dan struktur AJK akan datang berdasarkan keputusan yang telah dipersetjui didalam mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Malaysian Al-Khor diatas segala sokongan, inisiatif, komitmen dan pengorbanan yang diberikan sepanjang tempoh kita berada di sini.

Selamat maju jaya kepada semua.

Yang tulus ikhlas,
Abdul Basit

1 comment:

  1. Setinggi tinggi perhargaan kepada Tuan Hj Basit dan AJK yang lain ... tahun lepas adalah sangat cemerlang di mana pelbagai aktiviti di susun dan terbukti dengan pujian dari warganegara lain dan di hormati oleh komuniti yang lain ... di harap tahun depan Malaysian Al Khor bertambah erat dan sepakat lagi dengan pelbagai aktiviti ...

    ReplyDelete