Cari Maklumat Yang Berkaitan


Tuesday, 12 June 2012

Pencalonan Ahli Jawatan Kuasa Baru Malaysian Al Khor 2012/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/puan yang dihormati,

Untuk meneruskan kerja-kerja berpersatuan, Komuniti Malaysia Al Khor akan mengadakan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa yang baru untuk sesi tahun 2012/2014. Tuan/puan dijemput untuk memberikan senarai cadangan calon-calon yang dijangka mampu meneruskan kerja-kerja sukarela ini. Senarai jawatan yang akan dipilih nanti adalah seperti dalam borang pencalonan "Borang Pencalonan AJK Malaysia Al Khor 2012 2014.doc".  Tuan/puan dikehendaki mengisi borang pencalonan tersebut dan hantar kepada wakil-wakil AJK yang lama seperti lampiran "AJK Lama 2010 2012.pdf" ATAU dihantar melalui email ke alamat ajk_alkhor@malaysiaqatar.net sebelum 24hb Jun 2012 jam 5.00petang. Kami sertakan senarai nama Komuniti Malaysia di Al Khor seperti dalam lampiran "Malaysian Al Khor.xls" untuk rujukan. Setiap warganegara Malaysia yang tinggal di Al Khor adalah layak untuk dicalonkan sebagai ahli jawatan kuasa yang baru walaupun TIADA dalam senarai "Malaysia Al Khor.xls". Tuan/puan juga layak untuk mencalonkan diri sendiri. Penglibatan tuan/puan dalam menyenaraikan calon-calon yang berpotensi diucapkan ribuan terima kasih.

Sesi pemilihan dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru akan diadakan pada 29hb Jun 2012 selepas waktu solat Jumaat. Tuan/puan dijemput hadir pada hari tersebut untuk buat pengundian. Maklumat lanjut dan aturcara penuh majlis akan diberitahu kemudian.

Kami berharap tuan/puan boleh sebarkan maklumat ini kepada teman-teman yang tinggal di Al Khor.
Sekian, terima kasih.

b/p AJK Pemilihan 2012/2014

No comments:

Post a Comment