Cari Maklumat Yang Berkaitan


Monday, 23 July 2012

Infak untuk juadah berbuka puasa

Gambar oleh http://www.facebook.com/IamMuslimAndProud

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

InsyaAllah Komuniti Malaysia Al Khor akan mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) pada 5hb Ogos 2012 (Ahad) di Ballroom Al Waha Club. Berberapa program tazkirah dan ceramah Ramadhan juga akan diselitkan pada hari tersebut.

Mengambil kira fadilat dan kelebihan memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka kami beri peluang tersebut kepada semua yang ingin memberi sumbangan untuk majlis iftar kali ini.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". - (At-Tirmidzi)

Kepada tuan/puan yang ingin berikan sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan kepada AJK Malaysia Al Khor 2012/2014. Rujuk di sini untuk senarai AJK MAK http://blog.malaysiaqatar.net/2012/06/keputusan-pengundian-ajk-baru-mak.html

Selain dari majlis iftar di Al Khor, insyaAllah beberapa orang rakan dari Al Khor akan mengerjakan ibadah umrah pada Ramadhan kali ini. Kepada tuan/puan yang ingin berikan sumbangan dan infak untuk juadah berbuka puasa di Masjidil Haram, juga boleh serahkan sumbangan ikhlas tersebut kepada wakil AJK Malaysia Al Khor.

Jazakallahu khairan kathira,

b/p Malaysia Al Khor

No comments:

Post a Comment