Cari Maklumat Yang Berkaitan


Thursday, 11 December 2014

Hari Keluarga Malaysia Al Khor 2014 - Kumpulan & Aturcara





Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan yang telah mendaftar Warna Warni Hari Keluarga Malaysia Al Khor 2014.
Disertakan senarai ahli dan kumpulan anda pada Hari Keluarga 2014 nanti.

Warna Warni Keluarga Al Khor

Tarikh: 13hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa: 7:00pagi hingga 3:00petang
Lokasi: Padang Bola Lama AKIS BS (seperti Lokasi.jpg)

Aturcara;
7:00am ~ 7:45am - Pendaftaran, penyerahan baju & sarapan pagi 
8:00am ~ 8:15am - Tiup Belon (15 orang setiap rumah x 4 hadiah) - Kategori Kanak-kanak 6 tahun ke bawah
8:15am ~ 8:30am - Junjung Buku (10 orang setiap rumah x 3 hadiah) X 2 - Kategori Remaja 7 ~ 12 tahun (lelaki/wanita)
8:30am ~ 8:45am - Isi Air Dalam Botol: Straw (15 orang setiap rumah  x 4 hadiah) - Kategori Kanak-kanak 6 tahun ke bawah
8:45am ~ 9:15am - Tarik Bola Dalam Gelung  (10 orang setiap rumah  x 4 hadiah) - Kategori Remaja 7 ~ 12 tahun (lelaki/wanita)
9:00am ~ 10:00am - Pertandingan Mewarna ( Hadiah kepada semua peserta) - Kategori Kanak-kanak 6 tahun ke bawah
9:15am ~ 9:30am - Air Atas Dulang  (10 orang setiap rumah x 3 hadiah) - Kategori Wanita 13 tahun ke atas
9:30am ~ 10:00am - Lari Dalam Guni  (10 orang setiap rumah x 3 hadiah)  x 2 - Kategori Remaja 7 ~ 12 tahun (lelaki/wanita)
10:00am ~ 10:30am - Pancing Botol  (10 orang setiap rumah x 3 hadiah)  x 2 - Kategori Lelaki/Wanita 13 tahun ke atas
10:30am ~ 10:45am - Mencari Harta Karun  - Kategori Kanak-kanak 6 tahun ke bawah
10:45am ~ 11:30am - Bowling Padang (10 orang setiap rumah x 3 hadiah)  X 2 - Kategori Lelaki/Wanita 13 tahun ke atas
11:30am ~ 12:30pm - Rehat/Solat/Makan Tengahari
12:45pm ~ 1:15pm - Sabit rumput tikus lari (10 orang setiap rumah x 3 hadiah) X 2 - Kategori Remaja 7 ~ 12 tahun (lelaki/wanita)
1:15pm ~ 1:45pm - Sepak Raga Kain Pelikat  (6 orang setiap rumah x 4 hadiah)  - Kategori Lelaki 13 tahun ke atas
1:45pm ~ 2:00pm - Talian Hayat  (10 orang setiap rumah x 3 hadiah)  X 2 - Kategori Keluarga
2:00pm ~ 2:30pm - Jantung Hatiku  (20 Pasangan x 3 hadiah) - Kategori Keluarga
3:00pm - Gotong royong kemas padang & bersurai

Semoga acara Hari Keluarga kali ini lebih meriah dan bersantai.
Sebarkan kepada kawan-kawan/ahli kumpulan yang tidak baca email ini.

Terima kasih,






b/p Sukarelawan Hari Keluarga MAK 2014

Saturday, 6 December 2014

Pendaftaran Hari Keluarga Malaysia Al Khor 2014 - DITUTUP





Assalamualaikum & salam sejahtera,

Untuk makluman semua, pendaftaran Hari keluarga Malaysia Al Khor 2014 telah DITUTUP mulai hari ini.
Sebanyak 85 keluarga telah mendaftar dan akan melibatkan seramai 430 orang ahli keluarga Malaysia Al Khor.

Mohon semua dapat membuat semakan samada jumlah ahli keluarga, saiz baju, bayaran dan lain-lain adalah betul.
Sebarang pembetulan boleh dihantar kepada saya melalui email amir@malaysiaqatar.net atau Whatsapp di 0199857276.

Kami akan sertakan aturcara program dalam masa terdekat. 


Terima kasih,

b/p Sukarelawan HK 2014

Wednesday, 3 December 2014

"Kecuali Golongan Kanan" - Ust Amer Hassan 5hb Dis 2014

Assalamualaikum,

Tuan/puan sekeluarga dijemput ke majlis ilmu seperti di bawah;

Tarikh : 5hb Disember 2014 (Jumaat)
Masa: 7:30pm ~ 10:00pm
Lokasi: Dewan Utama, Kelab Al Waha, AKC
Tajuk: "Kecuali Golongan Kanan"

Penceramah: Ust Amer Hassan.

Jamuan ringan disediakan.


b/p Usrah Malaysia Al Khor
 

Tuesday, 25 November 2014

Jelajah Ustaz Mat Esa Deraman (UMED) Di Qatar 27hb~29hb Nov 2014


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Gabungan USRAH Malaysia di Qatar menjemput anda ke program “JELAJAH USTAZ MAT ESA DERAMAN (UMED) DI QATAR” dalam kita merangka, menghayati, menimba, menilai dan mengamalkan dalam kehidupan harian berpandukan Sunnah dan Al Quran.

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
TAJUK
27-Nov-14
Khamis
Pagi:
(08.30am – 10.30am)
DOHA
Party Hall, Al-Bayan  Garden
GPS : 25.269247N, 51.482657E
Majlis Ilmu bersama USRAH MUSLIMAH
"Isteri Solehah Perhiasan Dunia"
27-Nov-14
Khamis
Selepas Isya:
(07.00pm - 10.00pm)
DOHA*
Palm City Garden, Al Waab
GPS : 25.2557722N, 51.4625651E
Ceramah PERDANA
"Diskusi Buku Wasiat IBNU QADAMAH"
*Aqeqah oleh Hj. Mahadzir 
28-Nov-14
Jumaat
Pagi:
(08.00am – 11.00am)
DOHA**
Palm City Garden, Al Waab
GPS : 25.2557722N, 51.4625651E
Umrah & Seerah Rasulullah SAW
"Adab Khilaf"
**Aqeqah oleh Hj Firdaus 
28-Nov-14
Jumaat
Selepas Isya:
(07.00pm - 10.00pm)
AL KHOR
Al Waha Ball Room
GPS : 25.7144756N, 51.5330445E
Ceramah PERDANA
"Membenteng Diri Dari Syaitan"
29-Nov-14
Sabtu
Pagi:
(08.30am - 11.00am)
DUKHAN
Jinnan Recreation Center (JRC)
GPS:N25°25'06.60, E50°47'04.39
"Adab Khilaf dan Pegangan"
29-Nov-14
Sabtu
Selepas Isya:
(07.00pm - 09.00pm)
AL WAKRA
Sunrise Residence 2
GPS:25°10'15.8"N, 51°36'05.9"E
"Nilai Masa Dalam Kehidupan Orang Beriman

 * Majlis TAHNIK untuk anak Hj Mahathir dan Hj Firdaus yang baru lahir akan disempurnakan oleh UMED sebelum ceramah bermula. Jamuan Aqeqah dari Hj Mahathir akan disediakan pada program malam 27hb.

** Jamuan Aqeqah dari Hj Firdaus akan disediakan pada program pagi 28hb.


Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai ke program-program di atas, mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.

Jazakumullah khairan kathira
b.p Gabungan Usrah Malaysia di Qatar

Biodata Ustaz Mat  Esa Deraman

BA Hons Universiti Al Azhar Kaherah Mesir 1999. Syariah Islamiah, KPLI Maktab Perguruan Islam 2000 Bahasa Arab,  MA Syariah dan Usul. Univ. Islam Antarabangsa Malaysia 2008,  Pengasas Pusat Talaqqi Hadis dan Turath Pasir Gudang 2013,  Pengasas dan Penasihat Pusat Tahfiz Riyadus Solihin 2014,  Pendakwah dan Penulis dan penyemak buku2 Agama Pustaka Azhar Karangan kitab-kitab : At Tawakkul,  Adab2 Menuntut Ilmu,  Mengenali dosa2 besar,  Bimbingan Mukmin,  Wasiat Imam Al Ghazali,  Wasiat Imam Ibnu Qudamah dll.

Monday, 24 November 2014

Sesi Senamrobik Kaum Ibu Al Khor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua kaum ibu yang tinggal di Al Khor dan sekitarnya dijemput ke sesi senamrobik yang akan diadakan pada;

Tarikh: 29hb Nov 2014 (Sabtu)
Masa: 8:00am hingga 10:00am
Lokasi: Bilik Aerobik, Kelab Al Nakheel, Al Khor Community

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Abidah, B-449 di talian 3351 4280.


Terima kasih,

b/p Hal Ehwal Wanita MAK





Wednesday, 19 November 2014

Pendaftaran Hari Keluarga Malaysia Al Khor

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan warga Malaysia di Al-Khor dan sekitarnya, program “Hari Keluarga Malaysia Al Khor” datang lagi tahun ini.
Semoga program ini akan lebih meriah, dapat mengeratkan lagi silatulrahim, berkenal-kenalan serta beramah mesra sesama warga Malaysia yang tinggal Al Khor dan sekitarnya.


Berikut adalah beberapa maklumat ringkas program Hari Keluarga ini yang telah dipersetujui oleh Sukarelawan & Exco MAK 2014/16;

Tarikh:  13hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa:    07:00 pagi hingga 03:00 petang
Lokasi: Padang Lama, AKIS, Al Khor Community
Tema: Warna Warni Keluarga Al Khor

Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan beberapa permainan rakyat, sarapan pagi & makan tengahari untuk Hari Keluarga MAK kali ini.  
Tuan/puan akan dikenakan QR100/keluarga atau QR50/bujang. Setiap ahli keluarga akan disediakan sehelai t-shirt mengikut warna rumah kumpulan.   

Kami berharap tuan/puan dapat mengisi borang pendaftaran yang disediakan dengan segera untuk tempahan t-shirt, makanan/minuman pagi & tengahari .

Tarikh tutup penyerahan borang pendaftaran ialah pada;  5hb Disember 2014(Khamis). Borang yang lengkap berserta wang pendaftar hendaklah diserahkan kepada Exco MAK 2014/16 atau melalui email kepada hk2014@malaysiaqatar.net atau diserahkan kepada Sukarelawan seperti di bawah ;
·         En Jamal tel: 66794241 C126-01, AKC
·         En Hasnan tel: 66816628 D4-01, AKC
·         En Asrul tel: 33477836 Villa 33, Dakhira
·         En Yusmizar tel: 55400642 C207-12, AKC
·         YM Tengku  Zainal tel: 33268914 A35, AKC
·         Pn Faezah tel: 66469205 B469, AKC
·         Pn Sathiarani tel: 77479674 Shell Community
·         Dr Zubaidah tel: 55164296 No.19, Al Khor

Mohon disebarkan email ini kepada kawan-kawan yang tinggal di Al Khor dan sekitarnya.


Terima kasih.

b/p Sukarelawan Hari Keluarga MAK 2014



Saturday, 15 November 2014

Pendaftaran semula warga Malaysia Al Khor & barisan EXCO baru MAK 2014/16




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan, sepertimana email dari Hj Jamal di bawah, semua warga Malaysia di Al Khor dan sekitarnya dikehendaki mendaftar semula seperti borang yang disertakan.

Tuan/puan boleh serahkan borang yang telah diisi kepada AJK MAK yang sedia ada atau dihantar melalui email kepada register@malaysiaqatar.net .

Kaunter pendaftaran juga dibuka pada sesi Bazaar & Car Boot Sale hari ini 14hb Nov 2014.

Kami akan padam semua email yang ada dalam mailing list alkhor@malaysiaqatar.net dan diganti semula dengan email yang telah didaftar melalui borang yang disediakan. Sila pastikan tuan dan puan memasukkan email yang betul.

Terima kasih,

b/p EXCO MAK 2014/16


---------- Forwarded message ----------
From: Sulaiman, Jamal M
Date: 2014-11-13 14:59 GMT+03:00
Subject: EXCO MALAYSIA AL-KHOR 2014/2016
To: alkhor@malaysiaqatar.net

Salam sejahtera,

Kepada semua warga Malaysia Al-Khor. dengan sukacita mengumumkan senarai exco/jawatan kuasa baru Malaysia Al-Khor bagi sesi 2014-2016.

Tujuan/matlamat jawatankuasa ini adalah menyatu padukan semua masyarakat Malaysia yang menetap di kawasan Al-Khor (Al-Khor Komuniti, luar Al-Khor Komuniti, kawasan dari Ras Laffan hingga Simaisma) tanpa mengira bangsa, negeri asal dan syarikat bekerja melalui aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, bazaar Malaysia, pendidikan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua ahli jawatan kuasa yang menyertai barisan exco kali ini adalah secara sukarela demi perpaduan masyarakat Malaysia di al-khor khasnya dan Qatar umumnya.

Kami berharap supaya anda semua memberi kerjasama, bantuan, sumbangan dan sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang akan diadakan.

Kami juga menjadi mediator antara pengurusan Al-Khor komuniti dan sekolah di dalam Al-Khor komuniti.

Kami berharap anda mengemaskinikan data anda semua supaya kami dapat berkomunikasi dengan anda tentang aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang telah dirancang serta pemberitahuan informasi tertentu.

Juga kami meminta bayaran sumbangan sebanyak QR100 sekeluarga atau individu bagi membantu menjalankan aktiviti-aktiviti dan juga menghulur sumbangan bantuan kecemasan kepada sahabat kita yang memerlukan setelah disaring oleh para ahli jawatan kuasa (exco).



Sekian,
bagi pihak Exco MAK 2014/2016

Jamal Mohamed bin Sulaiman


Tuesday, 11 November 2014

Bazaar Malaysia & Futsal MAQ di Al Khor


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan sekeluarga dijemput ke Bazaar Malaysia & Car Boot Sale Al Khor sempena acara Futsal anjuran MAQ seperti di bawah  ;

Tarikh: 14hb Nov 2014 (Jumaat)
Lokasi: Padang Futsal (bersebelahan Masjid Al Huda), AKC
Masa: 1:00pm ~ 4:30pm (acara futsal bermula jam 7:00am)


Sebarkan pada kawan-kawan.

Terima kasih

Wednesday, 5 November 2014

Bazaar Malaysia Al Khor & Car Boot Sale Nov 2014




Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sempena Pertandingan Futsal 6 Sebelah anjuran MAQ di Al Khor pada 14hb Nov 2014, kami membuka ruangan untuk peniaga di Bazaar Malaysia & Car Boot Sale.
Kepada tuan/puan yang berminat untuk berniaga, sila hubungi segera Hj Engku Ahmad Nasri di 5509 2813 atau email bazar@malaysiaqatar.net sebelum 10hb Nov 2014.


Maklumat lanjut seperti dalam poster yang disertakan.

Terima kasih,


b/p MAK 2014/16

Sunday, 2 November 2014

Pengisian Bersiri 'Sirah Rasulullah SAW' oleh Ustaz Salman Ali pada 7-Nov-2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Muslimin/Muslimat yang dikasihi semua,
Tuan-tuan/puan-puan dan keluarga dijemput beramai-ramai kemajlis santapan rohani seperti berikut;
Tajuk :  Sirah Rasulullah SAW
Tarikh:  7-Nov-2014 (Jumaat)
Masa:    7:30 mlm hingga 9:30 mlm
Lokasi:  Bilik Perbagaiguna, Al Dhakira Club- AKC
Penceramah: Ustaz Salman Ali
Moga Allah SWT memberi tuan/puan sekeluarga kelapangan untuk hadir ke majlis ilmu, insyallah. 
Mohon juga disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain. Moga kita sama-sama mendapat manafaat serta keberkatan.

Dilampirkan juga 'flyer' majlis untuk tujuan hebahan.
Jamuan ringan disediakan.


Jazakumullah khairan kathira
b/p Usrah Al-Khor



Wednesday, 29 October 2014

Kemudahan Riadah/Sukan Masyarakat Malaysia Al-Khor (Bulan November 2014)



Salam,

Buat semua warga Malaysia Al-Khor,

Kemudahan Riadah dan Sukan telah ditempah untuk semua untuk bulan November 2014:


Riadah / Sukan
Hari
Masa
Lokasi
1
Futsal
Setiap Isnin
08.00 – 10.00 mlm
Old Astro Turf

2
Badminton
Setiap Isnin & Rabu
08.00 – 10.00 mlm
Indian Stream Sports Hall (3 Gelanggang) kecuali 05.11.2014 (Rabu) – Pemain dikehendaki membawa Bulu Tangkis sendiri.

3
Sepak Takraw
Setiap Isnin
08.00 – 10.00 mlm
Indian Stream Sports Hall


Pemberitahuan:
Padang Bola Sepak masih dalam keadaan pembaik pulih oleh pihak AKC.


Sekian

JAMAL MOHAMED BIN SULAIMAN
A Proud Muslim & Malaysian & Ras Gas






Pengisian Ilmu 'Hijrah Menuju Kesucian' oleh Yg Bhg Ustaz Amir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Muslimin/Muslimat yang dikasihi semua,
Tuan-tuan/puan-puan dan keluarga dijemput beramai-ramai kemajlis santapan rohani seperti berikut;
Tajuk :  Hijrah Menuju Kesucian
Tarikh:  31-Okt-2014 (Jumaat)
Masa:    7:30 mlm hingga 9:30 mlm
Lokasi:  Bilik Perbagaiguna, Al Dhakira Club- AKC
Penceramah: Yg Bhg Ustaz Amir
Moga Allah SWT memberi tuan/puan sekeluarga kelapangan masa untuk hadir ke majlis ilmu, insyaAllah. 
Mohon juga disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain. Moga kita sama-sama mendapat manafaat serta keberkatan.

Dilampirkan juga 'flyer' majlis untuk tujuan hebahan.
Jamuan ringan disediakan.


Jazakumullah khairan kathira
b/p Usrah Al-Khor


Wednesday, 22 October 2014

Siri Majlis Ilmu bersama Sheikh Hussain Yee di Qatar Pada 23hb hingga 25hb Oktober 2014

Assalamuálaikum Warga Malaysia Al-Khor/Al-Thakira,

Tuan-puan dan keluarga dijemput menghadiri siri pengisian ilmu oleh Sheikh Hussain Yee pada 23hb – 25hb Oktober 2014. Program julung kali ini merupakan gabungan kumpulan Usrah dan Assunah Qatar yang mewakili Komuniti Malaysia and Indonesia di Qatar.

Untuk pengetahuan, satu program khas akan diadakan di Al-Khor adalah seperti berikut;

    Tarikh: Jumaat, 24hb Okt 2014
    Masa: 7.30Malam hingga 10.00Malam
    Tempat: Dewan Utama AKIS-Indian Stream School, Al Khor Komuniti
    Tajuk: Kefahaman Tentang Hadis Dan Cabaran Masa Kini.

Semoga tuan/puan dan keluarga diberi kelapangan untuk menghadiri majlis ilmu ini.

Mohon juga disebarkan kepada sahabat-sahabat muslim Malaysia dan Indonesia yang tinggal di Qatar umumnya dan di Al-Khor/Al-Thakira khasnya.


Wassalam,
Jazakumullah khairan kathira

b/p Usrah Al-Khor

alt

Assalamualaikum warahmatullah,
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan-puan dan keluarga dijemput menghadiri siri pengisian ilmu oleh Sheikh Hussain Yee pada 23 – 25hb Oktober 2014, anjuran gabungan kumpulan Usrah dan Assunah Qatar yang mewakili Komuniti Malaysia and Indonesia di Qatar.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sheikh Hussain Yee adalah pendakwah masa kini dan kami sangat berbesar hati atas kesudian beliau untuk datang ke Qatar disebalik jadual beliau yang sangat sibuk dan padat.
Jadualnya adalah seperti berikut:
 No
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
TAJUK
1
23-Oct-14
Khamis
Pagi:
(09.00am – 11.00am)
Palm City Garden, Al WaabGPS : 25.2557722N, 51.4625651E
Muslimat 
KECANTIKAN WANITA - PERSPEKTIF MENURUT ISLAM
2
23-Oct-14
Khamis
Selepas Isya:
 (07.30pm - 10.00pm)
Palm City Garden, Al WaabGPS : 25.2557722N, 51.4625651E
Daurah Umum 
BAGAIMANA KITA MESTI BERTAUHID
3
24-Oct-14
Jumaat
Pagi:
(07.30am – 10.00am)
Villa 15, Less Roses 1 Compound,  Al WaabGPS: 25.263199N, 51.461143E
Daurah Umum 
MENITI JALAN ISTIQAMAH
4
24-Oct-14
Jumaat
Pagi:
(11.00am – 12.30pm)
Aspire Mosque, Khalifa Stadium
GPS: 25.2607612N, 51.4481845E
Khutbah Jumaat
EMBRACING ISLAM AND WHY
5
24-Oct-14
Jumaat
Selepas Isya:
(07.30pm - 10.00pm)
Al Khor Indian Stream School -Sport HallGPS: 25.713331N, 51.526198E
Daurah Umum 
KEFAHAMAN TENTANG HADIS DAN CABARAN MASA KINI
6
25-Oct-14
Sabtu
Pagi:
(08.30am - 11.00am)
Dukhan - Jenan Club HouseGPS: 25.4183758N, 50.7845885E
Daurah Umum 
MASIH ISLAM ATAU SUDAH BERIMAN
7
25-Oct-14
Sabtu
Selepas Isya:
(07.30pm - 09.30pm)
Masjid Hamza Bin Abdul Mutolib -  Al WakraGPS: 25.102683N, 51.361743E
Daurah Umum 
MENGAPAI HIDAYAH
  •  Jamuan akan disediakan, Potluck amatlah dialu-alukan kecuali pada Khutbah Jumaat (24hb Oktober 2014) dan Daurah di Masjid Hamza Bin Abdul  Mutalib, Al Wakra (25hb Oktober 2014).
  •  Masa yang tertera adalah waktu bermulanya program di mana jamuan akan di sediakan selama 30 minit sebelum bermulanya ceramah kecuali pada Khutbah Jumaat (24hb Oktober 2014) dan Daurah di Masjid Hamza Bin Abdul  Mutalib, Al Wakra (25hb Oktober 2014).
Semoga kehadiran Muslimin dan Muslimat beramai-ramai dapat dimanafaatkan seoptimum mungkin bagi mendidik aqidah kita, jiwa, keluarga dan masyarakat dengan ilmu yang benar dan beramal di dunia yang kian mencabar, InshaAllah.
Wassalam,
Jazakumullah khairan kathira
Anjuran bersama;
USRAH ALI
ASSUNAH QATAR
USRAH ALKHOR
USRAH MUSLIMAT
USRAH DUKHAN
AL-FANAR