Cari Maklumat Yang Berkaitan


Monday, 9 June 2014

Pencalonan Exco MAK 2014/16 dan Hari Sukan Al Khor/Dakhira

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan warga Malaysia Al Khor/Dakhira,

Untuk perhatian semua, Ahli Jawatankuasa Komuniti Malaysia Al Khor/Dakhira sesi 2012/14 telah dibubarkan pada 2hb Jun 2014 (Isnin) setelah berkhidmat secara sukarela selama dua tahun. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan semua program untuk warga Malaysia Al Khor/Dakhira selama tempoh tersebut. 

Dalam mesyuarat AJK MAK 2012/14 yang terakhir pada 2hb Jun 2014, mesyuarat telah memutuskan beberapa jawatan  perlu diisi seperti dalam borang pencalonan “Nomination Form MAK 2014.doc” yang disertakan bersama email ini. Mesyuarat juga telah melantik Tuan Haji Johadey sebagai Penasihat MAK 2014/16. Sehubungan dengan itu, beberapa orang bekas AJK 2012/14 telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilihan yang ditetapkan pada 21hb Jun 2014 (Sabtu).

Tuan/puan yang dihormati,

Untuk memeriahkan hari pengundian Exco MAK 2014/16 pada 21hb Jun 2014 (Sabtu), beberapa program akan diadakan seperti Hari Sukan Rakyat dan Mini Pasar Malam Malaysia Al Khor/Dakhira 2014.

Berikut adalah beberapa tarikh penting untuk menjayakan Hari Pengundian Exco MAK 2014/16;
13hb Jun 2014   - Tarikh tutup penyertaan acara sukan
16hb Jun 2014   - Tarikh tutup pencalonan Exco baru MAK 2014/16
19hb Jun 2014   - Tarikh tutup penerimaan pencalonan oleh semua calon
21hb Jun 2014   - Hari Pengundian, Sukan Rakyat dan Pasar Malam Mini 2014

Kami dengan ini membuka peluang kepada semua untuk mencalon semua/sebahagian jawatan seperti dalam borang pencalonan “Nomination Form MAK 2014.doc”. Setiap keluarga (suami & isteri) dibenarkan mencalonkan sesiapa sahaja warga Malaysia seperti senarai warga Malaysia Al Khor/Dakhira 2014 “Malaysia Al Khor 2014.pdf” yang disertakan. Semua calon akan dimaklum dan diberi tempoh sehingga 19hb Jun 2014(Khamis) untuk beri jawapan balas penerimaan pencalonan tersebut. 

** Perhatian: Sila maklum kepada kami sekiranya ada warga Malaysia yang tinggal di Al Khor/Dakhira tetapi nama beliau tiada dalam senarai “Malaysia Al Khor 2014.pdf”.

Semua borang pencalonan boleh diserahkan terus kepada bekas AJK MAK 2012/14, atau dihantar melalui email ke   SEBELUM 16hb Jun 2014 (Isnin).  

Antara acara sukan yang akan diadakan pada 21hb Jun 2014 adalah seperti berikut;

(A)  Kategori Lelaki/Remaja/Kanak-Kanak Lelaki:
Badminton, Bola Tampar dan beberapa acara Sukan Rakyat
Konvenor Induk – En.Ahmad Hasnan (Tel: 66816628, email: )

(B)   Kategori Wanita/Remaja/Kanak-Kanak Perempuan:
a.    Badminton,
                                          i.    Konvenor – Pn Shirley (Tel: 33449320, email: )
b.    Bola Jaring,
                                          i.    Konvenor 1 – Pn Ina Haris (Te: 55492186, email: )
                                         ii.    Konvenor 2 – Pn Hadziemah (Tel: 77935189, email: )
c.     Sukan Rakyat,
                                          i.    Konvenor 1 – Pn Syam Zul (Tel: 33934031, email: )
                                         ii.    Konvenor 2 – Pn Azie (Tel: 33467134, email: )

Sila hubungi segera wakil-wakil konvenor untuk urusan pendaftaran sebelum 13hb Jun 2014(Jumaat).

Berikut adalah beberapa maklumat Hari Mengundi Exco MAK 2014/16, Hari Sukan Rakyat dan Pasar Malam Mini;

Tarikh: 21hb Jun 2014 (Sabtu)
Masa: 1:00pm sehingga 8:00pm
Lokasi: Dewan Sukan, AKIS Indian Stream, Al Khor Community   

Peti mengundi semua jawatan Exco MAK 2014/16 akan disediakan di pintu masuk dewan dan dibuka dari jam 1:00pm sehingga 8:00pm.


Terima kasih,

b/p Wakil Pemilihan MAK 2014/16

No comments:

Post a Comment