Assalamuálaikum Warga Malaysia Al-Khor/Al-Thakira,
Tuan-puan dan keluarga dijemput menghadiri siri pengisian ilmu oleh Sheikh Hussain Yee pada 23hb – 25hb Oktober 2014. Program julung kali ini merupakan gabungan kumpulan Usrah dan Assunah Qatar yang mewakili Komuniti Malaysia and Indonesia di Qatar.
Untuk pengetahuan, satu program khas akan diadakan di Al-Khor adalah seperti berikut;
Tarikh: Jumaat, 24hb Okt 2014
Masa: 7.30Malam hingga 10.00Malam
Tempat: Dewan Utama AKIS-Indian Stream School, Al Khor Komuniti
Tajuk: Kefahaman Tentang Hadis Dan Cabaran Masa Kini.
Semoga tuan/puan dan keluarga diberi kelapangan untuk menghadiri majlis ilmu ini.
Mohon juga disebarkan kepada sahabat-sahabat muslim Malaysia dan Indonesia yang tinggal di Qatar umumnya dan di Al-Khor/Al-Thakira khasnya.
Wassalam,
Jazakumullah khairan kathira
b/p Usrah Al-Khor
Assalamualaikum warahmatullah,
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan-puan dan keluarga dijemput menghadiri siri pengisian ilmu oleh Sheikh Hussain Yee pada 23 – 25hb Oktober 2014, anjuran gabungan kumpulan Usrah dan Assunah Qatar yang mewakili Komuniti Malaysia and Indonesia di Qatar.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sheikh Hussain Yee adalah pendakwah masa kini dan kami sangat berbesar hati atas kesudian beliau untuk datang ke Qatar disebalik jadual beliau yang sangat sibuk dan padat.
Jadualnya adalah seperti berikut:
No
|
TARIKH
|
HARI
|
MASA
|
TEMPAT
|
TAJUK
|
1
|
23-Oct-14
|
Khamis
|
Pagi:
(09.00am – 11.00am)
|
Palm City Garden, Al WaabGPS : 25.2557722N, 51.4625651E
|
Muslimat
KECANTIKAN WANITA - PERSPEKTIF MENURUT ISLAM
|
2
|
23-Oct-14
|
Khamis
|
Selepas Isya:
(07.30pm - 10.00pm)
|
Palm City Garden, Al WaabGPS : 25.2557722N, 51.4625651E
|
Daurah Umum
BAGAIMANA KITA MESTI BERTAUHID |
3
|
24-Oct-14
|
Jumaat
|
Pagi:
(07.30am – 10.00am)
|
Villa 15, Less Roses 1 Compound, Al WaabGPS: 25.263199N, 51.461143E
|
Daurah Umum
MENITI JALAN ISTIQAMAH |
4
|
24-Oct-14
|
Jumaat
|
Pagi:
(11.00am – 12.30pm)
|
Aspire Mosque, Khalifa Stadium
GPS: 25.2607612N, 51.4481845E
|
Khutbah Jumaat
EMBRACING ISLAM AND WHY |
5
|
24-Oct-14
|
Jumaat
|
Selepas Isya:
(07.30pm - 10.00pm)
| Al Khor Indian Stream School -Sport HallGPS: 25.713331N, 51.526198E |
Daurah Umum
KEFAHAMAN TENTANG HADIS DAN CABARAN MASA KINI |
6
|
25-Oct-14
|
Sabtu
|
Pagi:
(08.30am - 11.00am)
|
Dukhan - Jenan Club HouseGPS: 25.4183758N, 50.7845885E
|
Daurah Umum
MASIH ISLAM ATAU SUDAH BERIMAN |
7
|
25-Oct-14
|
Sabtu
|
Selepas Isya:
(07.30pm - 09.30pm)
|
Masjid Hamza Bin Abdul Mutolib - Al WakraGPS: 25.102683N, 51.361743E
|
Daurah Umum
MENGAPAI HIDAYAH |
- Jamuan akan disediakan, Potluck amatlah dialu-alukan kecuali pada Khutbah Jumaat (24hb Oktober 2014) dan Daurah di Masjid Hamza Bin Abdul Mutalib, Al Wakra (25hb Oktober 2014).
- Masa yang tertera adalah waktu bermulanya program di mana jamuan akan di sediakan selama 30 minit sebelum bermulanya ceramah kecuali pada Khutbah Jumaat (24hb Oktober 2014) dan Daurah di Masjid Hamza Bin Abdul Mutalib, Al Wakra (25hb Oktober 2014).
Semoga kehadiran Muslimin dan Muslimat beramai-ramai dapat dimanafaatkan seoptimum mungkin bagi mendidik aqidah kita, jiwa, keluarga dan masyarakat dengan ilmu yang benar dan beramal di dunia yang kian mencabar, InshaAllah.
Wassalam,
Jazakumullah khairan kathira
Anjuran bersama;
USRAH ALI
ASSUNAH QATAR
USRAH ALKHOR
USRAH MUSLIMAT
USRAH DUKHAN
AL-FANAR
No comments:
Post a Comment