Cari Maklumat Yang Berkaitan


Tuesday, 25 November 2014

Jelajah Ustaz Mat Esa Deraman (UMED) Di Qatar 27hb~29hb Nov 2014


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Gabungan USRAH Malaysia di Qatar menjemput anda ke program “JELAJAH USTAZ MAT ESA DERAMAN (UMED) DI QATAR” dalam kita merangka, menghayati, menimba, menilai dan mengamalkan dalam kehidupan harian berpandukan Sunnah dan Al Quran.

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
TAJUK
27-Nov-14
Khamis
Pagi:
(08.30am – 10.30am)
DOHA
Party Hall, Al-Bayan  Garden
GPS : 25.269247N, 51.482657E
Majlis Ilmu bersama USRAH MUSLIMAH
"Isteri Solehah Perhiasan Dunia"
27-Nov-14
Khamis
Selepas Isya:
(07.00pm - 10.00pm)
DOHA*
Palm City Garden, Al Waab
GPS : 25.2557722N, 51.4625651E
Ceramah PERDANA
"Diskusi Buku Wasiat IBNU QADAMAH"
*Aqeqah oleh Hj. Mahadzir 
28-Nov-14
Jumaat
Pagi:
(08.00am – 11.00am)
DOHA**
Palm City Garden, Al Waab
GPS : 25.2557722N, 51.4625651E
Umrah & Seerah Rasulullah SAW
"Adab Khilaf"
**Aqeqah oleh Hj Firdaus 
28-Nov-14
Jumaat
Selepas Isya:
(07.00pm - 10.00pm)
AL KHOR
Al Waha Ball Room
GPS : 25.7144756N, 51.5330445E
Ceramah PERDANA
"Membenteng Diri Dari Syaitan"
29-Nov-14
Sabtu
Pagi:
(08.30am - 11.00am)
DUKHAN
Jinnan Recreation Center (JRC)
GPS:N25°25'06.60, E50°47'04.39
"Adab Khilaf dan Pegangan"
29-Nov-14
Sabtu
Selepas Isya:
(07.00pm - 09.00pm)
AL WAKRA
Sunrise Residence 2
GPS:25°10'15.8"N, 51°36'05.9"E
"Nilai Masa Dalam Kehidupan Orang Beriman

 * Majlis TAHNIK untuk anak Hj Mahathir dan Hj Firdaus yang baru lahir akan disempurnakan oleh UMED sebelum ceramah bermula. Jamuan Aqeqah dari Hj Mahathir akan disediakan pada program malam 27hb.

** Jamuan Aqeqah dari Hj Firdaus akan disediakan pada program pagi 28hb.


Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai ke program-program di atas, mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.

Jazakumullah khairan kathira
b.p Gabungan Usrah Malaysia di Qatar

Biodata Ustaz Mat  Esa Deraman

BA Hons Universiti Al Azhar Kaherah Mesir 1999. Syariah Islamiah, KPLI Maktab Perguruan Islam 2000 Bahasa Arab,  MA Syariah dan Usul. Univ. Islam Antarabangsa Malaysia 2008,  Pengasas Pusat Talaqqi Hadis dan Turath Pasir Gudang 2013,  Pengasas dan Penasihat Pusat Tahfiz Riyadus Solihin 2014,  Pendakwah dan Penulis dan penyemak buku2 Agama Pustaka Azhar Karangan kitab-kitab : At Tawakkul,  Adab2 Menuntut Ilmu,  Mengenali dosa2 besar,  Bimbingan Mukmin,  Wasiat Imam Al Ghazali,  Wasiat Imam Ibnu Qudamah dll.

Monday, 24 November 2014

Sesi Senamrobik Kaum Ibu Al Khor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua kaum ibu yang tinggal di Al Khor dan sekitarnya dijemput ke sesi senamrobik yang akan diadakan pada;

Tarikh: 29hb Nov 2014 (Sabtu)
Masa: 8:00am hingga 10:00am
Lokasi: Bilik Aerobik, Kelab Al Nakheel, Al Khor Community

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Abidah, B-449 di talian 3351 4280.


Terima kasih,

b/p Hal Ehwal Wanita MAK





Wednesday, 19 November 2014

Pendaftaran Hari Keluarga Malaysia Al Khor

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan warga Malaysia di Al-Khor dan sekitarnya, program “Hari Keluarga Malaysia Al Khor” datang lagi tahun ini.
Semoga program ini akan lebih meriah, dapat mengeratkan lagi silatulrahim, berkenal-kenalan serta beramah mesra sesama warga Malaysia yang tinggal Al Khor dan sekitarnya.


Berikut adalah beberapa maklumat ringkas program Hari Keluarga ini yang telah dipersetujui oleh Sukarelawan & Exco MAK 2014/16;

Tarikh:  13hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa:    07:00 pagi hingga 03:00 petang
Lokasi: Padang Lama, AKIS, Al Khor Community
Tema: Warna Warni Keluarga Al Khor

Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan beberapa permainan rakyat, sarapan pagi & makan tengahari untuk Hari Keluarga MAK kali ini.  
Tuan/puan akan dikenakan QR100/keluarga atau QR50/bujang. Setiap ahli keluarga akan disediakan sehelai t-shirt mengikut warna rumah kumpulan.   

Kami berharap tuan/puan dapat mengisi borang pendaftaran yang disediakan dengan segera untuk tempahan t-shirt, makanan/minuman pagi & tengahari .

Tarikh tutup penyerahan borang pendaftaran ialah pada;  5hb Disember 2014(Khamis). Borang yang lengkap berserta wang pendaftar hendaklah diserahkan kepada Exco MAK 2014/16 atau melalui email kepada hk2014@malaysiaqatar.net atau diserahkan kepada Sukarelawan seperti di bawah ;
·         En Jamal tel: 66794241 C126-01, AKC
·         En Hasnan tel: 66816628 D4-01, AKC
·         En Asrul tel: 33477836 Villa 33, Dakhira
·         En Yusmizar tel: 55400642 C207-12, AKC
·         YM Tengku  Zainal tel: 33268914 A35, AKC
·         Pn Faezah tel: 66469205 B469, AKC
·         Pn Sathiarani tel: 77479674 Shell Community
·         Dr Zubaidah tel: 55164296 No.19, Al Khor

Mohon disebarkan email ini kepada kawan-kawan yang tinggal di Al Khor dan sekitarnya.


Terima kasih.

b/p Sukarelawan Hari Keluarga MAK 2014



Saturday, 15 November 2014

Pendaftaran semula warga Malaysia Al Khor & barisan EXCO baru MAK 2014/16




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan, sepertimana email dari Hj Jamal di bawah, semua warga Malaysia di Al Khor dan sekitarnya dikehendaki mendaftar semula seperti borang yang disertakan.

Tuan/puan boleh serahkan borang yang telah diisi kepada AJK MAK yang sedia ada atau dihantar melalui email kepada register@malaysiaqatar.net .

Kaunter pendaftaran juga dibuka pada sesi Bazaar & Car Boot Sale hari ini 14hb Nov 2014.

Kami akan padam semua email yang ada dalam mailing list alkhor@malaysiaqatar.net dan diganti semula dengan email yang telah didaftar melalui borang yang disediakan. Sila pastikan tuan dan puan memasukkan email yang betul.

Terima kasih,

b/p EXCO MAK 2014/16


---------- Forwarded message ----------
From: Sulaiman, Jamal M
Date: 2014-11-13 14:59 GMT+03:00
Subject: EXCO MALAYSIA AL-KHOR 2014/2016
To: alkhor@malaysiaqatar.net

Salam sejahtera,

Kepada semua warga Malaysia Al-Khor. dengan sukacita mengumumkan senarai exco/jawatan kuasa baru Malaysia Al-Khor bagi sesi 2014-2016.

Tujuan/matlamat jawatankuasa ini adalah menyatu padukan semua masyarakat Malaysia yang menetap di kawasan Al-Khor (Al-Khor Komuniti, luar Al-Khor Komuniti, kawasan dari Ras Laffan hingga Simaisma) tanpa mengira bangsa, negeri asal dan syarikat bekerja melalui aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, bazaar Malaysia, pendidikan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua ahli jawatan kuasa yang menyertai barisan exco kali ini adalah secara sukarela demi perpaduan masyarakat Malaysia di al-khor khasnya dan Qatar umumnya.

Kami berharap supaya anda semua memberi kerjasama, bantuan, sumbangan dan sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang akan diadakan.

Kami juga menjadi mediator antara pengurusan Al-Khor komuniti dan sekolah di dalam Al-Khor komuniti.

Kami berharap anda mengemaskinikan data anda semua supaya kami dapat berkomunikasi dengan anda tentang aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang telah dirancang serta pemberitahuan informasi tertentu.

Juga kami meminta bayaran sumbangan sebanyak QR100 sekeluarga atau individu bagi membantu menjalankan aktiviti-aktiviti dan juga menghulur sumbangan bantuan kecemasan kepada sahabat kita yang memerlukan setelah disaring oleh para ahli jawatan kuasa (exco).



Sekian,
bagi pihak Exco MAK 2014/2016

Jamal Mohamed bin Sulaiman


Tuesday, 11 November 2014

Bazaar Malaysia & Futsal MAQ di Al Khor


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan sekeluarga dijemput ke Bazaar Malaysia & Car Boot Sale Al Khor sempena acara Futsal anjuran MAQ seperti di bawah  ;

Tarikh: 14hb Nov 2014 (Jumaat)
Lokasi: Padang Futsal (bersebelahan Masjid Al Huda), AKC
Masa: 1:00pm ~ 4:30pm (acara futsal bermula jam 7:00am)


Sebarkan pada kawan-kawan.

Terima kasih

Wednesday, 5 November 2014

Bazaar Malaysia Al Khor & Car Boot Sale Nov 2014




Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sempena Pertandingan Futsal 6 Sebelah anjuran MAQ di Al Khor pada 14hb Nov 2014, kami membuka ruangan untuk peniaga di Bazaar Malaysia & Car Boot Sale.
Kepada tuan/puan yang berminat untuk berniaga, sila hubungi segera Hj Engku Ahmad Nasri di 5509 2813 atau email bazar@malaysiaqatar.net sebelum 10hb Nov 2014.


Maklumat lanjut seperti dalam poster yang disertakan.

Terima kasih,


b/p MAK 2014/16

Sunday, 2 November 2014

Pengisian Bersiri 'Sirah Rasulullah SAW' oleh Ustaz Salman Ali pada 7-Nov-2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Muslimin/Muslimat yang dikasihi semua,
Tuan-tuan/puan-puan dan keluarga dijemput beramai-ramai kemajlis santapan rohani seperti berikut;
Tajuk :  Sirah Rasulullah SAW
Tarikh:  7-Nov-2014 (Jumaat)
Masa:    7:30 mlm hingga 9:30 mlm
Lokasi:  Bilik Perbagaiguna, Al Dhakira Club- AKC
Penceramah: Ustaz Salman Ali
Moga Allah SWT memberi tuan/puan sekeluarga kelapangan untuk hadir ke majlis ilmu, insyallah. 
Mohon juga disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain. Moga kita sama-sama mendapat manafaat serta keberkatan.

Dilampirkan juga 'flyer' majlis untuk tujuan hebahan.
Jamuan ringan disediakan.


Jazakumullah khairan kathira
b/p Usrah Al-Khor