Cari Maklumat Yang Berkaitan


Friday, 2 October 2015

PENCALONAN AJK USRAH AL KHOR

Assalamualaikum warahmatullah,

Warga Muslim Al Khor yang dihormati,

Alhamdulillah, atas inisiatif beberapa individu serta berbekal beberapa orang "AJK tangkap muat", Usrah Al Khor telah berjaya menganjurkan siri ceramah dan aktiviti keagamaan dengan agak aktif dengan pengendalian yang baik dalam masa setahun dua yang lepas.

Untuk mengatur dan mengendali aktiviti usrah dengan lebih baik dan teratur, pihak AJK sekarang berpendapat ada baiknya jika satu jawatankuasa baru dibentuk dengan cara perlantikan secara rasmi sebagaimana contoh baik yang telah ditunjukkan oleh Usrah Ali Doha di mana AJK usrah bersilih ganti setiap 2 tahun.

Untuk tujuan itu, kami mengalu-alukan tuan-tuan untuk membuat pencalonan bagi jawatan utama Usrah Al Khor berikut:
1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. AJK (4 orang)

Untuk pengetahuan, AJK sekarang ialah:
Hj M Fouzi Abd Rahman (Pengerusi)
Hj Zamri Abu Bakar
Hj Bahrin Asmawi
Hj Amir Ali
Hj Asrulefendi Ibrahim
Hj Marodzi Abd Rahman
Hj Mustafirin Ali
Hj Yusmizar Yob
Hj Wan Ahmad Kamal
Hj Zamri Daud

Dengan adanya AJK baru ini, diharapkan agar komuniti muslim Al Khor akan lebih aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaaan bagi menjadikan kita semua sebagai mukmin professional yang lebih mantap insya Allah.

Bagi tujuan pencalonan, tuan-tuan boleh menghantar senarai calon ajak ke email pencalonan@malaysiaqatar.net

Individu yang tercalon akan dihubungi bagi mendapatkan persetujuan bagi memegang jawatan yang dicalonkan (sekiranya menang pengundian nanti). Selepas semua senarai calon yang bersetuju sudah lengkap, sesi pengundian akan diadakan. AJK sekarang juga boleh dicalonkan untuk semua jawatan di atas.

Untuk masa ini, kami amat berharap agar tuan-tuan dapat menghantar senarai pencalonan bagi semua jawatan di atas selewat-lewatnya pada hari Khamis 8 Oktober 2015. 

Sama-samalah kita ambil tangungjawab ini demi kebaikan kita semua insya Allah.

Sekian, terima kasih.


b/p Usrah Al Khor
ASRUL

Wednesday, 24 June 2015

Majlis Iftar Masyarakat Muslim Al-Khor 25hb Jun 2015





Assalamualaykum,

Para Muslimin & Muslimat sekalian,
Diharapkan semua seisi keluarga dapat menghadirkan diri ke Majlis Berbuka Puasa;

Anjuran bersama M.A.K. dan Usrah Al-Khor

Tarikh : 25.06.2015 (Khamis)
Masa : 05.00 Petang ~ 08.00 Malam
Lokasi : Dewan Sukan Indian Stream A.K.C.

Aturcara :
05.00 ptg  : Kehadiran Para Tetamu
05.15 ptg  : Ceramah oleh Bro Kamaruddin
06.30 ptg  : Berbuka Puasa
06.45 mlm : Solat Maghrib
07.00 mlm  : Majlis Makan
07.45 mlm  : Bersurai

Untuk Tujuan ini pihak MAK dan Usrah Al-Khor mengharapkan sumbangan ikhlas anda dalam membantu menjayakan Majlis Iftar ini.

Kepada mereka yang ingin menyumbang makanan & minuman sila hubungi Hj. Mustafirin (3353 7321) & Hjh. Nor Azilawati (3346 7134

Kepada mereka yang ingin menyumbang wang sila hulurkan kepada mana-mana AJK MAK atau AJK Usrah Al-Khor.

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”
HR. Tirmidzi no. 807

“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang dizalimi.”
HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396. 

Sekian
Jazakallah Khair
Bagi Pihak MAK & Usrah Al-Khor


Tuesday, 10 March 2015

Siri Ceramah Dakwah oleh Ustaz Nicholas Sylvester (12hb~13hb Mac 2015)




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan-puan sekeluarga dijemput menghadiri siri ceramah berteraskan latihan dakwah oleh Ustaz Nicholas Sylvester (Hidayah Centre Foundation) pada 12hb ~ 13hb Mar 2015, anjuran Usrah Ali dan Usrah Al-Khor.

Jadual ceramah adalah seperti berikut;

TARIKHMASATEMPATTAJUK
12/03/2015
(Khamis)
Selepas Isyak (07.30pm - 10.00pm)AL KHOR
Al Dhakira Club, Al Khor Community
GPS:25°42´48.16"N, 51°31´25.92"E
Ceramah Umum
"ISU-ISU SEMASA DAKWAH DI MALAYSIA"
13/03/2015
(Jumaat)
Sesi Pagi (08.30am – 03.00pm) DOHA
Party Hall, Al-Bayan Gardens
GPS : 25.269247N, 51.482657E
Kursus  Sehari Bersama Ust.Nicholas
"KAEDAH DAKWAH CARA MUDAH"
Selepas Isya (07.30pm - 10.00pm)DOHA
Party Hall, Al-Bayan Gardens
GPS : 25.269247N, 51.482657E
Ceramah Umum
"MENJADI AGEN SYURGA"

InsyaAllah, disamping dapat menimba ilmu untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat, dapat juga kita mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim dengan wujudnya program-program seperti ini. Semoga kita dapat sama-sama menghadiri dan mendapat manafaat dari majlis-majlis ilmu ini.

Mohon disebarkan majlis ini kepada kawan-kawan yang tidak baca/terima email ini.

Jazakumullah khairan kathira,

b/p Usrah Ali & Usrah Al-Khor

Thursday, 26 February 2015

Majlis Ilmu: Sirah Rasulullah SAW - 27hb Feb 2015



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Muslimin/Muslimat yang dikasihi sekalian,

InsyaAllah tuan/puan sekeluarga dijemput ke majlis pengisian ilmu bersiri oleh Ustaz Hj Salman Ali seperti berikut;


Tajuk :  Sirah Rasulullah SAW

Tarikh:  27hb Februari 2015 (Jumaat)

Masa:    7:30mlm hingga 9:30mlm

Lokasi:  Dewan Perbagaiguna-Tingkat                         Atas, Kelab Al-Dakhira, AKC


Mohon disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain.

Jamuan ringan disediakan.


Jzkk,

b/p Usrah Al Khor





Thursday, 12 February 2015

Majlis Ilmu Bersama Ust Amer "Pada Hari Disingkaplah Betis"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Muslimin/muslimat yang dirahmati Allah, majlis ilmu bersama Ustaz Ameer Hassan akan diteruskan seperti berikut;

Tarikh:  13hb Februari 2015 (Jumaat)
Masa:    7:30 mlm hingga 10:00 mlm
Lokasi:  Dewan Pelbagaiguna, Kelab Al Dakhira, AKC
Tajuk:  "Pada Hari Disingkaplah Betis"- ayat 42, Surah Al Qalam

Semoga tuan/puan sekeluarga diberikan kelapangan masa oleh Allah SWT untuk hadir ke majlis ini, insyaAllah. 

Mohon disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain supaya sama-sama mendapat manafaat dan keberkatan.

Jamuan ringan disediakan.

Jazakumullah khairan kathira
b/p Usrah Al-Khor

Wednesday, 14 January 2015

Majlis Ilmu: Sirah Rasulullah SAW -16hb Jan 2015


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ





Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Muslimin/Muslimat yang dikasihi semua,

InsyaAllah tuan/puan sekeluarga dijemput ke pengisian bersiri oleh Ustaz Salman Ali seperti berikut;


Tajuk :  Sirah Rasulullah SAW

Tarikh:  16hb Januari 2015 (Jumaat)

Masa:    7:30mlm hingga 9:30mlm

Lokasi:  Bilik Perbagaiguna-Tingkat Atas, Kelab Al-Dakhira, AKC



  

Mohon disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain.


Jamuan ringan disediakan.


Jzkk,


b/p Usrah Al Khor




Sunday, 11 January 2015

Tabung Akhirat Kaum Ibu MAK: Kutipan Pakaian Terpakai Untuk Penduduk Syria

Assalamualaikum,

Tuan/puan, kaum Ibu MAK melancarkan "Tabung Akhirat" untuk membantu penduduk Syria yang amat memerlukan bantuan dalam musim sejuk ini.
Mereka mengutip pakaian, barang keperluan & wang sumbangan seperti email di bawah.

Sila hubungi wakil berikut untuk hulurkan barangan/pakaian tersebut;

* Sham (Moped).
* Ct Ha(Hadzrin).
* Ayu (Habibor).
* Engku Nana(Engku Nasri).
* Jun Jinggo.
* Azie(Amir).
* Liza (Fadzli).
* Wanie (Mat Yuih).
* Faez(Shahrizal).
* Azra(Hj Zamri A Bakar).
* Mas Ishak(M Nizar).
* Nadia (Khairi).


Jzkk.

b/p Tabung Akhirat

From: Amir bin Ali
Sent: Sunday, January 11, 2015 1:08 PM
Subject: Kutipan Pakaian Terpakai Untuk Penduduk Syria
Assalamualaikum wrt.
Utk makluman, group Tabung Akhirat sedang melancarkan misi membantu penduduk  Syria yg memerlukan bantuan dlm musim sejuk ini.
Kami ingin mengutip brg keperluan yg disebut di bawah ni utk mereka(Brg terpakai yg masih dlm keadaan baik atau yg baru & sesuai utk semua peringkat umur).
* Selimut
* Baju sejuk
* Kasut boot
* Topi
* Stokin
* Sarung tangan.
Selain dari brg terpakai atau yg masih baru, kami mengalu alukan wang sumbangan juga utk misi Syria ini.
Kpd yg ingin membantu & menginfaq, sila hubungi focal person di bawah ini.
* Sham Moped.
* Ct ha(mak lang).
* Ayu Habeed.
* Engku Nana.
* Jun Jinggo.
* Azie.
* Liza Awang.
* Wanie Mat Yuih.
* Faes.
* Azra.
* Mas Ishak.
* Nadia.
Kpd yg tidak dpt htr brg ke rumah focal person tersebut, sila hubungi focal person di bawah ini, insyaAllah mereka boleh dtg kutip di rumah.
* Engku Nana.
* Azie.
* Liza Awang.
* Wanie Mat Yuih.
* Faez.
* Azra.
Kutipan dimulai dari hari ini sehingga tengahari hari Selasa insyaAllah.

Didahului dgn Jazakumullah khairan kathira dari pihak group Tabung Akhirat, wakil utk penduduk Syria dlm misi bantuan ini.
b/p Tabung Akhirat.

Thursday, 8 January 2015

Majlis Ilmu "Jiwa Manusia" - Ustaz Ameer Hassan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Muslimin/muslimat yang dirahmati Allah, majlis ilmu bersama Ustaz Ameer Hassan akan diteruskan seperti berikut;

        Tarikh:  10hb Januari 2015 (Sabtu)
Masa:    7:30 mlm hingga 10:00 mlm
Lokasi:  Dewan Utama, Kelab Al Waha, AKC
Tajuk:  "Jiwa Manusia"

Semoga Allah SWT memberikan tuan/puan sekeluarga kelapangan masa untuk hadir ke majlis ini, insyaAllah. 

Mohon disebarkan kepada rakan-rakan muslim yang lain supaya kita sama-sama mendapat manafaat dan keberkatan.

Jamuan ringan disediakan.

Jazakumullah khairan kathira.


b/p Usrah Al-Khor