Cari Maklumat Yang Berkaitan



Friday, 2 October 2015

PENCALONAN AJK USRAH AL KHOR

Assalamualaikum warahmatullah,

Warga Muslim Al Khor yang dihormati,

Alhamdulillah, atas inisiatif beberapa individu serta berbekal beberapa orang "AJK tangkap muat", Usrah Al Khor telah berjaya menganjurkan siri ceramah dan aktiviti keagamaan dengan agak aktif dengan pengendalian yang baik dalam masa setahun dua yang lepas.

Untuk mengatur dan mengendali aktiviti usrah dengan lebih baik dan teratur, pihak AJK sekarang berpendapat ada baiknya jika satu jawatankuasa baru dibentuk dengan cara perlantikan secara rasmi sebagaimana contoh baik yang telah ditunjukkan oleh Usrah Ali Doha di mana AJK usrah bersilih ganti setiap 2 tahun.

Untuk tujuan itu, kami mengalu-alukan tuan-tuan untuk membuat pencalonan bagi jawatan utama Usrah Al Khor berikut:
1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. AJK (4 orang)

Untuk pengetahuan, AJK sekarang ialah:
Hj M Fouzi Abd Rahman (Pengerusi)
Hj Zamri Abu Bakar
Hj Bahrin Asmawi
Hj Amir Ali
Hj Asrulefendi Ibrahim
Hj Marodzi Abd Rahman
Hj Mustafirin Ali
Hj Yusmizar Yob
Hj Wan Ahmad Kamal
Hj Zamri Daud

Dengan adanya AJK baru ini, diharapkan agar komuniti muslim Al Khor akan lebih aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaaan bagi menjadikan kita semua sebagai mukmin professional yang lebih mantap insya Allah.

Bagi tujuan pencalonan, tuan-tuan boleh menghantar senarai calon ajak ke email [email protected]

Individu yang tercalon akan dihubungi bagi mendapatkan persetujuan bagi memegang jawatan yang dicalonkan (sekiranya menang pengundian nanti). Selepas semua senarai calon yang bersetuju sudah lengkap, sesi pengundian akan diadakan. AJK sekarang juga boleh dicalonkan untuk semua jawatan di atas.

Untuk masa ini, kami amat berharap agar tuan-tuan dapat menghantar senarai pencalonan bagi semua jawatan di atas selewat-lewatnya pada hari Khamis 8 Oktober 2015. 

Sama-samalah kita ambil tangungjawab ini demi kebaikan kita semua insya Allah.

Sekian, terima kasih.


b/p Usrah Al Khor
ASRUL

No comments:

Post a Comment