Cari Maklumat Yang Berkaitan



Sunday, 30 January 2011

Malam Kebudayaan Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua Malaysian Al-Khor,

Persatuan Ibu Ibu Malaysia Qatar akan mengadakan program Malam Kebudayaan Malaysia seperti berikut;

Tarikh: 10hb Mac 2011 (Khamis)
Masa: 6.30pm
Lokasi: Dewan Sekolah AKIS

Tiket-tiket berharga QR15/seorang akan dijual mulai pertengahan Februari ini.
Untuk makluman, tiket hanya dikenakan kepada yang berumur 7 tahun ke atas sahaja (anak-anak 6 tahun ke bawah adalah percuma).

Persatuan juga memohon sumbangan minimum QR50(akan diberi resit) dari anda semua untuk menampung perbelajaan makanan pada malam tersebut serta pelbagai acara kebudayaan, dan pendidikan anak-anak Malaysia di Qatar.

Kami sangat memerlukan sokongan dan kerjasama dari anda semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

Terima kasih,


b/p Persatuan Ibu Ibu Malaysia Qatar

Saturday, 29 January 2011

Rakaman Video: Bola Sepak Anak2 U10 Separuh Akhir

AFC Dream Asia School Challenge, 27hb Jan 2011







Atau klik di sini (Facebook)

Wednesday, 19 January 2011

Tazkirah “Bahaya Ghurur – Penyakit Hati” Oleh Ustaz Amir (Rakaman Video)

Tarikh: 13 Jan 2011 (Khamis)

Masa: 7.00 pm

Tempat: Street 44, Villa A-35 (rumah En.Megat)




Klik butang "Play" untuk menonton.

Atau muat turun video dari sini.

Sunday, 16 January 2011

Umrah Musim Bunga MAQ 2011


Assalamu'alaikum ikhwanul muslimin,

Pihak MAQ bersama Sekretariat Umrah 2011 ingin berkongsi maklumat mengenai
permohonan Visa Umrah untuk tahun ini. Permohonan visa umrah akan dibuka
seawal hujung bulan Januari 2011.

Perjalanan Umrah ini akan dibahagi kepada 2 bahagian :

1. Menaiki bas diketuai oleh Tuan Haji Mansor dan
2. Menaiki kenderaan sendiri diketuai oleh Tuan Haji Wan Harris

Untuk kedua-dua perjalanan, butiran dokumen-dokumen adalah sama.

Sila rujuk paduan pendaftaran/ permohonan umrah di bawah sebelum tuan/puan
menyerahkan dokumen kepada seketariat :

a) Sila isi borang permohonan, seperti dalam lampiran dan serahkan
kepada sekretariat sebelum tarikh tutup*
b) Dokumen yang perlu diserahkan untuk setiap jemaah – gambar 4
keping (latar belakang putih), Salinan pasport (Muka hadapan).
c) Dinasihatkan pasport jemaah, sahlaku 6 bulan tempohnya, dari
tarikh perjalanan.
d) Bagi jemaah yang ingin membawa pembantu rumah (Indonesia dan
Filipino). Tiada masalah, serahkan dokumen seperti diperlukan.

Bagi ahli keluarga yang datang dengan VISIT VISA dan ingin mendaftar untuk
ibadah umrah, sila harap ambil perhatian prosedur dinyatakan dibawah :

1. Permohonan visa hanya untuk perjalanan umrah sahaja. TRANSIT
Visa tidak boleh boleh dipohon.
2. Dokumen perlu diserahkan untuk setiap jemaah – gambar 4 keping
(latar belakang putih), Salinan passport (Muka hadapan). Sila hantar
dokumen diperlukan sebelum tarikh tutup*
3. Ahli keluarga / Jemaah dari Malaysia perlu berada di Qatar
selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh perjalanan kerana pasport asal
perlu dikumpul dan diserahkan ke Kedutaan Saudi untuk tujuan visa.

Kos visa umrah dianggarkan :
QR230.00 seorang (QR160.00 seorang pada April tahun lalu),
QR150.00 seorang bagi kanak2 dibawah 10 tahun (QR100.00 seorang pada tahun
lalu).

Khas Untuk Jemaah Menaiki Bas :

Taklimat perjalanan Umrah serta Kelas Bimbingan / Menasik Umrah akan
diadakan pada 11hb dan 25hb Feb 2011.

Jumlah kos perjalanan dengan bas serta tarikh menyerahkan bayaran akan
diberitahu kelak.

Harga sewa Bas SAPTCO belum diketahui. Walau bagaimanana pun, SAPTCO
bersedia menawarkan bas baru (model 2010/2011) VIP 49 seater dan VIP 28
seater.

Penginapan di Mekah belum dapat dipastikan - buat masa ini Hotel DAR
AL-FIRDOUS (hotel 'Tabung Haji' bersebelahan bas station SAPTCO). Tempahan
hotel adalah melalui Hamlah Bader.

Penginapan di Madinah belum dapat dipastikan - buat masa ini Hotel
Dallah Taibah (tempahan hotel melalui Ustaz Abdullah, pelajar Universiti
Islam Madinah).

Cadangan jadual perjalanan adalah seperti yang dilampirkan.

*Tarikh tutup : Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja jumlah jemaah
mencapai 90 orang (untuk 2 buah bas 49 seater). Bas no. 3 hanya akan
ditempah sekiranya jumlah jemaah mencukupi 120 orang atau selewat-lewatnya
20 Februari 2011


Khas untuk jemaah yang menaiki kenderaan sendiri:

Rancang perjalanan tuan/puan, Visa Umrah yang telah diluluskan hanya
mempunyai sahlaku 30 hari sahaja. Bermakna tuan/ puan perlu merancang
perjalanan dan menyatakan tarikh yang tuan/puan rancang semasa berdaftar
nanti.

Bagi jemaah yang memerlukan perkhidmatan ground di Saudi atau ingin
membuat tempahan pakej lengkap (hotel, Makanan dan program ziarah), mereka
boleh menghubungi terus sahabat/syarikat2 yang mengusahakan 'perkhidmatan
ground' di Saudi :

· BahrulMazi Travel c/o Hj Issyam Ismail ([email protected]) ·
Andalusia Travel c/o Hj Amir Hamzah +974 5564 0294
([email protected])

*Tarikh tutup : Permohonan visa akan diterima hanya sehingga 15 Mac 2011.

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, sila emel ke [email protected]
atau hubungi wakil-wakil sekretariat :

- Tuan Hj Wan Harris (55812186) – Doha
- Tuan Hj Mansor - Perjalanan dengan Bas (55176875) – Al Wakra -
- Tuan Hj Ahmad Hasnan (66816628) – Al Khor
- Tuan Hj Khairil (55899273) – Dukhan

Terima kasih.

Jawatankuasa MAQ 2010/2011
b/p Sekretariat Umrah

Borang pendaftaran di bawah ini (klik untuk muat turun borang);
Borang Pendaftaran Untuk Menaiki Bas

Monday, 10 January 2011

Heath Cards Must For Emergency Treatment

Parents seeking medical treatment for their children at Hamad Medical Corporation's Paediatric Emergency Clinics must present a valid health card  from February 1st, officials said. Critical cases will still be exempted in order to ensure prompt registration. The new procedure will be in place at Paediatrics Emergency Centres at Al Saad, Rayyan, Al Matar, Al Wakrah and Al Shamal.
 
- Gulf Times 10th Jan 2011

Menonton TV3 Malaysia Di Internet



Click Here!

Sunday, 9 January 2011

Rakaman Perlawanan Akhir Antara Indo Invitation Lwn Rot 28


KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KOMUNITI MALAYSIA QATAR

Tarikh : 1hb Jan 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pagi – 5.00petang
Lokasi: Padang Bola Sepak AKIS, Al Khor


Klik butang "Play" untuk menonton.
Atau muat turun video dari sini.