
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli MAQ dan rakyat Malaysia di Qatar,
RAMADHAN yang mulia kini kembali membawa rahmat dan keberkatan Illahi. Marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malam-malam di sepanjang bulan ini dengan pelbagai ibadah.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yayang terdahulu". - Riwayat Bukhari.
Ramadhan tahun ini bermula di Qatar pada hariIsnin, 1 Ogos 2011 berdasarkan pengumuman dari Kerajaan Qatar.
Jawatankuasa MAQ telah merancang beberapa aktiviti sempena Ramadhan tahun ini :
1. MAQ Umrah Awal Ramadhan (28 Jul - 7 Ogos 2011)
Rombongan umrah seramai 28 jemaah yang diketuai oleh Tuan Hj Mansor telah bertolak ke Madinah dan seterusnya ke Mekah pada hari Khamis lalu (28 Jul). Jemaah dijangka tiba di Qatar pada 7 Ogos 2011. Marilah kita semua doakan rombongan kita diberikan kesihatan yang baik dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta mendapat umrah yang mabrur, InsyaAllah.
2. MAQ Grand Iftar bersama MOI & Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation (Khamis - 4 Ogos 2011)
Program tahunan, dengan kerjasama Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation kali ini akan diadakan seperti tahun sebelumya. Walaubagaimanapun, tempat masih belum ditetapkan. MAQ serta beberapa individual merancang untuk membawa penceramah jemputan khas dari Malaysia iaitu YBhg Dato' Dr Johari Mat, Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
3. MAQ Bazar Ramadhan (Jumaat – 5 & 12 Ogos 2011)
Sekali lagi, bertempat di Hyatt Plaza, Bazaar Ramadhan ini bertujuan mempromosikan masakan Malaysia dan barangan. Diharapakan Bazar Ramadhan ini dapat membangkitkan suasana Ramadhan di Malaysia di samping berjumpa dan berkenalan sesama kita.
Pengumuman rasmi program MAQ Grand Iftar di atas akan disebarkan dalam jangka masa terdekat.
Akhir kata, kami Jawatankuasa MAQ 2011/2012 ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli-ahli MAQ dan rakyat Malaysia di Qatar yang beragama Islam dan semoga segala amalan-amalan kita diterima Allah SWT.
Ramadhan Kareem!
Jawatankuasa MAQ 2011/2012
'Bringing Malaysians Together'