Cari Maklumat Yang Berkaitan



Friday, 29 June 2012

Keputusan Pengundian AJK Baru MAK 2012/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah keputusan pengundian untuk Ahli Jawatankuasa baru Malaysia Al Khor 2012/2014 yang dijalankan hari ini;

1. Pengerusi : En Johadey Bin Hashim 

2. Timbalan Pengerusi : En Noor Hisham Abdul

3. Setiausaha : En Amir Bin Ali

4. Bendahari : En Yusmizar Bin Yob

5. AJK Lelaki : 
a) En Azmanshah Bin Jamaludin
b) En Marodzi Bin Abd Rahman
c) En Ahmad Hasnan Bin Mohd Zaki
d) En Zulkhairi Bin Abdul Rahman
e) En Muhamad Hafi Bin Abu Bakar
f) En Leozarin Bin Morshidi
g) En Che Wan Mohd Ramli Bin Che Wan Ismail
h) En Mohd Rushaidi Bin Rahman
i) En Mustafirin Bin Ali
j) En Affendi Bin Ahmad
k) En Khairul Amir Bin A Rashidi
l) En Noorazman Bin Roslani 
m) En Zamri Bin Abu Bakar 

6. AJK Wanita :
a) Pn Nor Azilawati Binti Alias
b) Pn Shazwany Binti Shamsudin
c) Pn Samsiah Binti Samsudin
d) Pn Nur Azra Binti Abdullah  

Kami sertakan fail lampiran untuk rujukan tuan/puan. Kami terima banyak pencalonan tetapi ianya telah ditolak oleh calon berkenaan kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada semua pengundi hari ini, pencadang serta calon-calon yang menang dan belum menang. 


b/p Malaysian Al Khor 2012/2014

Friday, 22 June 2012

Bazaar Amal, Perlantikan AJK MAK, Majlis Tahnik anak Mohd Khairulniza, Jamuan Meraikan Pengantin Baru Ust. Salman & Ust. Abdullah dan Ceramah Agama Dato' Dr MAZA

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, kami amat berbesar hati ingin menjemput hadirin-hadirat seisi keluarga ke Bazaar Amal (Aneka Selera Malaysia-Indonesia), Perlantikan AJK Baru Malaysia Al-Khor (Tertutup), Majlis Tahnik anak Mohd Khairulniza, Jamuan Meraikan Pengantin Baru Ust. Salman & Ust. Abdullah dan Ceramah Agama Dato' Dr MAZA. Berikut adalah aturcara Majlis.

Tarikh  : 29 Jun 2012 ( Jumaat)

Tempat : AKIS Sport Hall (Depan Medical Center – Rujuk lampiran)


Aturcara Majlis:

1300 – 1700    Bazaar Amal, Aneka Selera Malaysia-Indonesia (Terbuka kepada semua) dan Perlantikan AJK Baru Malaysia Al-Khor (Tertutup).
Note: Tempat solat disediakan.

1800 – 1830    Ketibaan semua hadirin & Penceramah jemputan

1830 – 1900    Solat Maghrib berjemaah di AKIS Sport Hall

1900 – 1915    Majlis Tahnik anak En Khairulniza oleh Dato' Dr. MAZA

1915 – 2000    Jamuan makan meraikan Pengantin baru (Ustaz Salman & Ustaz Abdullah)

2000 – 2100    Ceramah dan sesi soal jawab oleh Dato' Dr MAZA yang dipengerusikan oleh Ustaz Salman Ali  
"Keperluan Kehidupan Muslim yang memenuhi tuntutan Sunnah Nabi Muhammad SAW"

2100 – 2115    Solat Isyak berjemaah & Majlis bersurai.


Semua Muslim Malaysia di Qatar dijemput hadir. Mohon sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Jazakallah Khairan Khathira.

P/S: Untuk semua jemputan luar dari Community, sila guna Gate 2, beritahu security untuk pergi ke AKIS Sport Hall.
Mohon supaya datang lebih awal kerana Gate 2 biasanya sesak di waktu Maghrib.



Jazakallah Khairan Khathira.

Noor Hisham Abdul
HP:55634435

Tuesday, 12 June 2012

Pencalonan Ahli Jawatan Kuasa Baru Malaysian Al Khor 2012/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/puan yang dihormati,

Untuk meneruskan kerja-kerja berpersatuan, Komuniti Malaysia Al Khor akan mengadakan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa yang baru untuk sesi tahun 2012/2014. Tuan/puan dijemput untuk memberikan senarai cadangan calon-calon yang dijangka mampu meneruskan kerja-kerja sukarela ini. Senarai jawatan yang akan dipilih nanti adalah seperti dalam borang pencalonan "Borang Pencalonan AJK Malaysia Al Khor 2012 2014.doc".  Tuan/puan dikehendaki mengisi borang pencalonan tersebut dan hantar kepada wakil-wakil AJK yang lama seperti lampiran "AJK Lama 2010 2012.pdf" ATAU dihantar melalui email ke alamat [email protected] sebelum 24hb Jun 2012 jam 5.00petang. Kami sertakan senarai nama Komuniti Malaysia di Al Khor seperti dalam lampiran "Malaysian Al Khor.xls" untuk rujukan. Setiap warganegara Malaysia yang tinggal di Al Khor adalah layak untuk dicalonkan sebagai ahli jawatan kuasa yang baru walaupun TIADA dalam senarai "Malaysia Al Khor.xls". Tuan/puan juga layak untuk mencalonkan diri sendiri. Penglibatan tuan/puan dalam menyenaraikan calon-calon yang berpotensi diucapkan ribuan terima kasih.

Sesi pemilihan dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru akan diadakan pada 29hb Jun 2012 selepas waktu solat Jumaat. Tuan/puan dijemput hadir pada hari tersebut untuk buat pengundian. Maklumat lanjut dan aturcara penuh majlis akan diberitahu kemudian.

Kami berharap tuan/puan boleh sebarkan maklumat ini kepada teman-teman yang tinggal di Al Khor.
Sekian, terima kasih.

b/p AJK Pemilihan 2012/2014