
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Warga Malaysia Al Khor,
Sambutan yang amat menggalakan untuk Hari Keluarga Malaysia Al Khor 2013. Sebanyak 83 keluarga telah mendaftar untuk menyertai program pada Hari Keluarga Malaysia Al Khor kali ini.
Kami sertakan beberapa panduan untuk kelancaran program tersebut ;-
- Sila letak kenderaan masing-masing di padang yang telah ditanda seperti dalam fail "Lokasi HKM 2013.jpg".
- Tuan/puan sekeluarga telah dibahagi kepada kumpulan/rumah/warna seperti dalam fail "Penyertaan HKM2013.xls".
- Tuan/puan sekeluarga perlu pakai baju yang sesuai dan digalakkan mengikut tema kumpulan/rumah masing-masing.
- Setiap keluarga perlu mendaftar di meja urussetia sebelum pergi ke khemah masing-masing.
- Sila berkumpul di khemah/rumah masing-masing di sepanjang program. Tuan/puan digalakkan melantik Ketua Kumpulan/Rumah.
- Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang akan disediakan untuk semua peserta. Sila jaga kebersihan padang dan buang sampah ke dalam tong yang telah disediakan.
- Tuan/puan galakkan untuk solat Zuhur dan Asar secara berjemaah di lokasi HKM 2013.
- Pihak AKC/AKIS telah membenarkan penggunaan tandas di AKIS BS (Baru). Sila guna kemudahan tersebut sebaik mungkin. Dilarang buat bising atau merosakkan harta benda AKIS.
Informasi : Kami akan pasang khemah pada hari Jumaat 1hb Mac 2013 jam 7.45pm. Kaum bapa yang free boleh bantu kami pada hari tersebut.
Kami juga perlu bantuan tuan/puan untuk menyimpan segala peralatan dan khemah di akhir program tersebut.
Terima kasih,
b/p AJK MAK & HKM 2013