Cari Maklumat Yang Berkaitan
Saturday, 21 May 2016
Program Bersama Ustaz Dr Mohd Shauqi Di Qatar
Monday, 18 April 2016
MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ SALMAN ALI - "TANDA-TANDA KIAMAT" (sambungan)
Assalamualaikum warahmatullah,
Muslimin muslimat yang dihormati,
InsyaAllah satu sesi pengkongsian ilmu bersama Ustaz Salman Ali bersambung hujung minggu ini dengan topik "TANDA-TANDA KIAMAT" (sambungan).
Dijemput semua ke "taman syurga" tersebut.
Tarikh : 22hb April 2016 (Jumaat)
Masa : 7.45 - 9.30 malam
Tempat : Al Dakhira Club, AKC
Jamuan ringan akan disediakan.
Semoga diberikan kelapangan masa untuk hadir insyaAllah.
b/p Usrah Al Khor
Sunday, 27 March 2016
Program Bersama Hospital Beyond Boundaries (HBB) di Qatar
Thursday, 25 February 2016
Majlis Ilmu Bersiri - Sirah Rasulullah SAW, 26hb Feb 2016
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
InsyaAllah muslimin/muslimat dijemput ke sesi pengkongsian ilmu akan diadakan seperti berikut;
Majlis Ilmu Bersiri - Sirah Rasulullah SAW
Tarikh: 26hb Februari 2016 / 17hb Jamadilawal 1437H (Jumaat)
Masa: 7:45pm ~ 9:30pm
Lokasi: Tingkat Atas, Kelab Al Dakhira, AKC
Penceramah: Ustaz Salman Mohd Ali
Jamuan ringan disediakan. Semoga semua diberikan kelapangan masa untuk hadir, insyaAllah.
Jzkk
b/p Usrah Al Khor
Monday, 25 January 2016
Sunday, 17 January 2016
SESI PERKONGSIAN & PELANCARAN 3RD FORCE QATAR BERSAMA RAJA SHAMRI
Siapa tidak kenal Raja Shamri, insan istimewa, seorang OKU yang telah mencetuskan satu fenomena di Malaysia masakini. Nama beliau meniti bibir di ketika Kelantan dilanda banjir besar di akhir tahun 2014 yang lalu. Usaha beliau mengajak masyarakat untuk sama-sama membantu telah berjaya membina lebih dari 200 buah rumah kepada mangsa bencana banjir tersebut. FB beliau kini diikuti oleh lebih dari 650,000 orang. Segala aktiviti yang dijalankan dikongsi di laman FB beliau.
Sehingga kini usaha murni beliau tak terhenti dan terus mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Di bawah payung "The 3rd FORCE" beliau telah menanam dan suburkan benih kasing sayang di kalangan masyarakat Malaysia agar sama-sama dapat "memberi". Pelbagai jenis bantuan telah berjaya diberikan kepada golongan yang memerlukan yang kini telah meluas ke serata tanah air.
Alhamdulillah beliau akan berada di Al Khor hujung minggu ini dan bersedia berkongsi pengalaman beliau bersama team 3rd Force. Beliau mahu mengajak kita semua masyarakat Malaysia di Qatar untuk bersama beliau membantu saudara kita yang susah, fakir miskin dan pelbagai dugaan kesusahan.
Satu sesi khas telah dirancang seperti poster yang disertakan. Sama-sama kita jayakan majlis yang baik ini insyaAllah.
"Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat." (HR Muslim)