Cari Maklumat Yang Berkaitan



Sunday, 27 March 2016

Program Bersama Hospital Beyond Boundaries (HBB) di Qatar

Assalamualaikum wrt wbt.

Untuk makluman semua, Malaysian Youth Qatar (Doha) menganjurkan satu program Motivasi untuk anak-anak remaja 13tahun ke atas dan akan diadakan seiringan dengan program Hospital Beyond Boundaries (HBB). Antaranya bertujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak remaja kita mengenai kerjaya dan kerja-kerja kemasyarakatan apabila mereka dewasa kelak.

Program ini antara lain akan memaparkan kerja-kerja kebajikan yang telah dan sedang dijalankan oleh HBB di Kemboja di samping perkongsian pengalaman teknik belajar, persediaan peperiksaan dan kerjaya dari beberapa tetamu undangan. 

Harapan semoga program ini sedikit sebanyak mampu membuka minda dan hati anak-anak untuk minat melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan disamping dapat menimba pengalaman dari abang & kakak yang senior.

Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh: 1 April 2016
Hari :  Jumaat
Masa: 8:00 - 11:00 pagi.
Tempat:  Al Bayan Ladies  Club , Doha. GPS: 25°16'10.5"N, 51°28'56.7"E


* InsyaAllah pengangkutan akan disediakan dan merancang bertolak dari AKC pada jam 6.40 pagi.
* Berkumpul di depan masjid Al Huda pada 6.30 pagi.
*Sedikit yuran ( Qr 15 ) akan dikenakan untuk penyediaan sarapan ringan, air dan tips untuk driver.

# Program motivasi adalah percuma #.

Kepada yang berminat untuk menyertai, sila hantarkan nama melalui PM kepada:-

1. Pn.Engku Nana (6681 6632) / Hj Yem (5509 2813)
2. Pn.Azra (33177459) / Hj Zamri Abu Bakar (5528 3042)

sebelum 28hb Mac 2016 bagi tujuan pelarasan dan persediaan maklumat selanjutnya.

Kami bagi pihak penganjur amat mengharap dan mengalu-alukan penglibatan ibu atau bapa untuk bertindak sebagai pengiring anak-anak ketika program ini berlangsung.

Semoga Allah memberi kemudahan dan ruang kepada kita semua untuk turut sama menjayakan majlis yang penuh ilmu ini, untuk masa depan anak-anak remaja kita dan semoga Allah memberkati usaha kecil kita ini, InsyaAllah.


Pendaftaran untuk program motivasi remaja masih dibuka. Selain dari perkongsian pengalaman dari tetamu undangan HBB, inshaa Allah dua orang pelajar cemerlang Malaysia yang tamat persekolahan di sini akan turut serta berkongsi teknik belajar dan persediaan peperiksaan.

💐💐 Info terbaru dari pihak penganjur, atas permintaan ibubapa & persetujuan dari tetamu undangan, anak-anak berusia 12 tahun dialu-alukan juga ke program ni.💐💐 


Sekian.Terima kasih.

p/p penganjur HBB.