Cari Maklumat Yang Berkaitan


Sunday, 6 June 2010

Apply Visit Visa VS An Arrival Visit Visa

Assalamuálaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga2 Malaysia khasnya diQatar,

Berikut adalah info. yang mungkin sebahagian dari kita yang telah sedia maklum dan mungkin masih ada  lagi yang 'blurr' dengan procedure berkaitan dengan visit visa ini. Saya ringkaskan seperti dibawah bagi mengelakan kepada yang mungkin terpaksa bayar 'penalty''just for nothing! Dah ada dah kawan kita diQatar terpaksa habiskan QR1,500 hanya kerana nak 'extent one of his family member visit visa just for another 2 weeks.

Secara ringkasnya,  terdapat 2 visit visa; (a)'Apply visit visa'  (b) 'On arrival visit visa'  

Apply visit visa
- Permohonan dibuat melalui syarikat yang anda bekerja atau membuat permohonan sendiri dengan Qatar Immigration (moi.gov.qa).
- Ambil masa antara 2 minggu hingga lebih dari sebulan baru visa dikeluarkan. bergantung kepada keadaan i.e. public holiday, etc.
- Fee kalau bayar sendiri lebih kurang QR100.00 tapi kalau melalui syarikat anda bekerja dan visa untuk closed family biasanya free tak payah bayar apa2.
- Apabila visa dikeluarkan, ia akan luput selepas 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.
- Visa ini valid hanya untuk sebulan dari tarikh arrived kat Qatar. (tarikh arrived yang di'stamp' dalam passport.
- Kalau ada perancangan untuk tinggal lebih dari sebulan, maka selepas seminggu/dua minggu arrived kat Qatar, terus kena pergi buat medical check-up di Hospital kerajaan i.e. Al Khor heath centre, Ras Abu Abouit, etc. bayar QR 100 untuk medical dan QR10 upah typist taip borang dalam arabic.
- Result medical check-up akan ambil masa 5 hingga 10 hari. (bergantung kepada public holiday, etc.)
- Setelah dapat medical check-up baru lah boleh pergi ke immigration office (main Al Ghraffa/branch Al Khor) untuk extent 'apply visit visa'. Sebaiknya seminggu sebelum visa expire.
- Boleh di extent 1,2,3 hingga maksimum 6 bulan. QR100 + berapa bulan nak extent. *lebih kurang macam tulah figure nya. 
 

On arrival visit visa

- Kemudahan ini telah dilanjutkan kepada 33 buah negara termasuklah Malaysia, Brunei, Singapura, etc.
- Bayar QR100 dikaunter 'on arrival visa'.  Kad credit visa/Master card, QR, GCC, USD, Euro diterima. Lain2 matawang tak sure!
- Visa valid untuk satu bulan sahaja.
- Boleh extend for another one month. - Seminggu sebelum visa expire, just pergi ke Immigration kat Airport. Bayar guna kad QR100. Sungguh mudah!
- Selepas tamat visa untuk bulan kedua, maka bolehlah balik. Kalau masih nak tinggal diqatar, boleh lah keluar sekejab ke Baharin, Dubai, Abu Dhabi, etc. dan kemudian masuk semula keQatar. Refresh semula. Boleh buat macam ni sampai bila2. (Duduk diqatar 1+1 bulan kemudian keluar, kemudian masuk semula,...................... Tak ada jangkamasa yang dihadkan.)


Wassalam/salam hormat.
Marod
B-463, Sub street 10, Al Khor Community.

No comments:

Post a Comment