Sepertimana kita sedia maklum, usrah bi weekly Al-Khor bersama Ustaz Hasnol akan diteruskan lagi pada minggu ini. Butir-butir majlis adalah berikut:
Tarikh dan Masa: Jumaat, 18th Jun 2010 jam 7.30 malam.
Tempat: Villa A-32 Street 44, Al-Khor Community.
Tajuk: Kupasan daripada buku 'Spiritual Desease and It's Cure' oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah ( 751 Hijrah) - Penyakit Jiwa dan Cara Rawatannya.
Bagi pihak semua AJK KAFA dan Usrah Al-Khor, saya ingin menjemput semua kaum muslimin dan muslimat menghadiri ke majlis pengisian agama ini dan semoga Allah swt memudahkan kehadiran kita.
Mohon tuan-tuan khasnya AJK-AJK menyampaikan kepada muslimin dan muslimat yang lain.
Jazakallahukhayr,
Mohd Fouzi Abd Rahman
No comments:
Post a Comment