Cari Maklumat Yang Berkaitan


Wednesday, 24 August 2011

Fwd: JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 DAN HARI KEBANGSAAN KE-54

Makluman kepada semua.

From: Embassy Malaysia, Doha
Sent: Wednesday, August 24, 2011 03:35 PM
To:
Subject: JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 DAN HARI KEBANGSAAN KE-54

Tarikh : 24 Ogos 2011

No. Email : MWDOHA/KC/0100-11/MYREG2009

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 DAN HARI KEBANGSAAN KE-54

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas dan bersama-sama ini ingin memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011 dan Hari Kebangsaan ke-54 pada 1 Syawal 1432 (tarikh berdasarkan pengumumuan oleh Kerajaan Qatar kelak) di Al Resala Independent Secondary School for Girls, West Bay. Maklumat lanjut berkenaan tempat, masa, aturcara dan peta dilampirkan bersama-sama ini.

2. Sehubungan dengan ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia dengan berbesar hati ingin menjemput Tuan/Puan dan keluarga untuk sama-sama menghadirkan diri dan seterusnya memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan tersebut. Kerjasama Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada teman-teman senegara yang tidak pulang bercuti juga amatlah kami hargai.


Akhir kata, Salam Hormat dan Selamat Menyambut Hari Raya 2011 dan Hari Kemerdekaan ke-54!

Mohd Afandi Abu Bakar

Setiausaha Kedua

Kedutaan Besar Malaysia

Doha, Qatar

Wednesday, 17 August 2011

Program Iftar & Usrah Ramadhan bersama Ustaz Salman 19hb Ogos 2011

Assalamualaikum,

Tuan/puan sekeluarga dijemput ke majlis iftar dan usrah Ramadhan bersama Ustaz Salman sperti di bawah;

Program Iftar & Usrah Ramadhan bersama Ustaz Salman

 

Tarikh        :    19hb Ogos 2011 (Jumaat)

Tempat      :    Ballroom 1 & 2, Al-Waha

Masa         :    0600 ptg - 1000 mlm

Konsep      :    Buffet - Amwaj  & potluck - semua jemputan

  

Aturcara Majlis:

 

0530 - 0600 ptg         Ketibaan semua jemputan

0600 - 0611 ptg         Bacaan doa (Ustaz Abdullah)

0611 - 0630 ptg         Iftar ringkas

0630 - 0645 ptg         Solat Maghrib berjemaah (Sila bawa sejadah)

0645 - 0730 ptg         Jamuan makan

0730 - 0830 mlm       Usrah Ramadhan - Ustaz Salman (Tajuk Cadangan: Kebesaran Malam Lailatul Qadar)

0830 - 0930 mlm       Solat Isya' & Terawih berjemaah (Imam Ust Abdullah & Ustaz Salman)

1000 mlm                  Majlis bersurai         

 

Tabung untuk sumbangan yang disediakan;

  • Sumbangan ikhlas Tabung Aman Palestin
  • Sumbangan ikhlas Masjid Lama Kg Sura, Dungun
  • Sumbangan ikhlas Madrasah Ahmadiah Islamiah, Sik Kedah
  • Sumbangan ikhlas Tabung Aisyah (mualaf Amerika - rawatan hernia)
  • Sumbangan ikhlas Tabung Somalia


Mohon menjemput dan sebarkan kepada kawan-kawan yang lain.


Wassalam

Tuesday, 9 August 2011

Rakaman ceramah Ustaz Dato' Dr Johari Bin Mat di Al-Khor - 6 Ramadhan 1432H.

Assalamualaikum,

Tajuk: "Shahadatain: Pengertian dan tuntutannya."
Oleh: Ustaz Dato' Dr Johari Bin Mat.

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3



Bahagian 4 (akhir)



Jazakallahukhairankathira...
Semoga dapat manfaat daripada ceramah di atas...



Thursday, 4 August 2011

Program Iftar Bersama Dr Johari Bin Mat Di Al Khor



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan sekeluarga dijemput ke majlis Program Iftar Bersama Dr Johari Bin Mat di Al Khor pada 5hb dan 6hb Ogos 2011.

Program Pertama : Iftar, Ceramah & Solat Tarawih bersama Dr Johari
Tarikh : 05/08/2011 (Jumaat)
Lokasi : Dewan Al-Waha, Al Khor Community

Program Iftar ini terbuka kepada semua warga Malaysia serta keluarga samada beragama Islam ataupun bukan beragama Islam.

Aturcara adalah seperti berikut;
05.30pm : Kedatangan para jemputan
06.00pm : Ucapan aluan oleh Wakil Al-Khor
06.05pm : Bacaan doa sebelum berbuka puasa
06.19pm : Berbuka puasa
06.30pm : Solat Maghrib berjemaah - imam Ustaz Salman
06.45pm : Majlis makan
07.30pm : Ceramah oleh Dr Johari - "Shahadatain: Pengertian & Tuntutannya"
08.45pm : Solat Isyak, Solat Tarawih berjemaah
10.00pm : Majlis Tamat


Program Kedua: Ceramah oleh Dr Johari - "Menjadi Insan Al Muttaqin"
Tarikh : 06/08/2011 (Sabtu)
Lokasi : Di Masjid Al Huda – QG (Sebelah Al-Meera), Al-Khor Community

Aturcara adalah seperti berikut;
08.30pagi : Ceramah Oleh Dr Johari dan dipengerusikan oleh Ustaz Salman
10.30pagi : Majlis Tamat


Mohon maklum kepada kawan-kawan yang lain.
Terima kasih,

b/p Malaysian Al Khor

Wednesday, 3 August 2011

MAQ Grand Iftar bersama MOI & Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation (Sabtu - 6 Ogos 2011)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli MAQ dan rakyat Malaysia di Qatar,

Program Iftar ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta keluarga samada beragama Islam ataupun bukan beragama Islam.

MAQ dengan segala hormatnya menjemput SEMUA WARGA MALAYSIA di Qatar untuk menghadiri program di atas. Program ini adalah program tahunan (sempena Ramadhan) yang dianjurkan oleh "Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation" dengan kerjasama Ministry of Interior (MOI) Qatar yang mana mereka akan meraikan komuniti dari pelbagai negara di Qatar termasuk Malaysia. Tempat dan makanan (iftar) adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak "Foundation".

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sedikit perubahan pada tarikh program. Program akan diadakan pada hari SABTU, 6 Ogos 2011.


Butiran program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 6 Ogos 2011 / 6 Ramadhan 1432H (Sabtu)
Tempat : Tariq Bin Ziyad School, New Salata (Sila lihat peta)
Kordinat GPS :
25°15'35"N 51°30'32"E (Google Maps di sini)


Aturcara Majlis
5.30-6.15 petang : Kehadiran para tetamu
6.00 petang : Ketibaan Duta Besar Malaysia
6.20 petang : Iftar diikuti Solat Maghrib
6.45 petang : Jamuan Makan
7.30 malam : Taklimat oleh MOI Qatar & Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation
7.55 malam : Tetamu bukan Islam meninggalkan majlis

8.00 malam : Solat Isyak & Terawih
8.45 malam : Ceramah oleh Penceramah Jemputan Khas dari Malaysia

10.30 malam : Bersurai

InsyaAllah, Penceramah Jemputan khas yang dibawa dari Malaysia akan bersama kita pada kali ini, iaitu YBhg Dato' Dr Johari Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [Biodata beliau dilampirkan]

Harap dapat nyatakan HADIR (berserta jumlah peserta ie dewasa dan kanak-kanak) melalui "RSVP" ke rsvp@malqatar.com selewat-lewatnya 4 Ogos 2011 (Khamis) untuk MAQmembuat persiapan bagi mengelakkan kekurangan atau pembaziran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke event@malqatar.com atau hubungi urusetia - Saudara Anis Ahmad (66962545) atau Saudara Nuriman (66923772).

Akhir kata, kehadiran Tuan/Puan dan keluarga amatlah diharapkan . Marilah kita manfaatkan peluang ni, di samping kenal-mengenal sesama kita. Juga, harap dapat disebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain.

Terima kasih.



Jawatankuasa MAQ 2011/12

Biodata YBhg Dato' Dr Johari Mat.pdf

Direction to Tariq Bin Ziyad School.pdf