Cari Maklumat Yang Berkaitan



Wednesday, 3 August 2011

MAQ Grand Iftar bersama MOI & Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation (Sabtu - 6 Ogos 2011)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli MAQ dan rakyat Malaysia di Qatar,

Program Iftar ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta keluarga samada beragama Islam ataupun bukan beragama Islam.

MAQ dengan segala hormatnya menjemput SEMUA WARGA MALAYSIA di Qatar untuk menghadiri program di atas. Program ini adalah program tahunan (sempena Ramadhan) yang dianjurkan oleh "Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation" dengan kerjasama Ministry of Interior (MOI) Qatar yang mana mereka akan meraikan komuniti dari pelbagai negara di Qatar termasuk Malaysia. Tempat dan makanan (iftar) adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak "Foundation".

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sedikit perubahan pada tarikh program. Program akan diadakan pada hari SABTU, 6 Ogos 2011.


Butiran program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 6 Ogos 2011 / 6 Ramadhan 1432H (Sabtu)
Tempat : Tariq Bin Ziyad School, New Salata (Sila lihat peta)
Kordinat GPS :
25°15'35"N 51°30'32"E (Google Maps di sini)


Aturcara Majlis
5.30-6.15 petang : Kehadiran para tetamu
6.00 petang : Ketibaan Duta Besar Malaysia
6.20 petang : Iftar diikuti Solat Maghrib
6.45 petang : Jamuan Makan
7.30 malam : Taklimat oleh MOI Qatar & Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation
7.55 malam : Tetamu bukan Islam meninggalkan majlis

8.00 malam : Solat Isyak & Terawih
8.45 malam : Ceramah oleh Penceramah Jemputan Khas dari Malaysia

10.30 malam : Bersurai

InsyaAllah, Penceramah Jemputan khas yang dibawa dari Malaysia akan bersama kita pada kali ini, iaitu YBhg Dato' Dr Johari Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [Biodata beliau dilampirkan]

Harap dapat nyatakan HADIR (berserta jumlah peserta ie dewasa dan kanak-kanak) melalui "RSVP" ke [email protected] selewat-lewatnya 4 Ogos 2011 (Khamis) untuk MAQmembuat persiapan bagi mengelakkan kekurangan atau pembaziran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke [email protected] atau hubungi urusetia - Saudara Anis Ahmad (66962545) atau Saudara Nuriman (66923772).

Akhir kata, kehadiran Tuan/Puan dan keluarga amatlah diharapkan . Marilah kita manfaatkan peluang ni, di samping kenal-mengenal sesama kita. Juga, harap dapat disebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain.

Terima kasih.



Jawatankuasa MAQ 2011/12

Biodata YBhg Dato' Dr Johari Mat.pdf

Direction to Tariq Bin Ziyad School.pdf

No comments:

Post a Comment