Cari Maklumat Yang Berkaitan



Thursday, 29 December 2011

Aktiviti Esok 30hb Disember 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peringatan untuk kawan-kawan yang tiada Facebook, sila rujuk gambar-gambar yang disertakan.

Jom meriahkan aktiviti Malaysian Al Khor...  


Terima kasih




Friday, 23 December 2011

Usrah Al-Khor: Kelas Tafsir (Surah Al-Baqarah) bersama Ustaz Salman



Assalamualaikum ,
Insya'allah kita akan sambung Usrah Al-Khor dan kelas Tafsir (Surah Al-Baqarah), semua dijemput hadir pada tarikh dan tempat seperti berikut:
    Program Usrah Al-Khor bersama Ustaz Salman
    Tarikh    :    23hb Disember 2011 
    Hari       :    Jumaat
    Waktu    :   Selepas Solat Isya' (1920)
    Tempat  :   C-11602 ( Rumah Noor Hisham Abdul. Tel: 4472 4362 HP: 5563 4435)               
(Note: Sila bawa bersama Tafsir Al-Quran sebagai rujukan utama. Jamuan ringan konsep pot luck di alu-alukan)
Mohon disampaikan kepada rakan-rakan yang lain .Jazakallah Khairan Khathira.
"Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" Al-Baqarah 1-2.

Tuesday, 29 November 2011

Talk entitled "A Mukmin's Journey to Paradise" by Brother Nabegh

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Dear All,

May this email find you all in the best of health and under the guidance and protection of ALLAH always.

Recently whilst some of us were in Saudi performing our Hajj Pilgrimage, our fellow Malaysian, Tuan Haji Salihin had a sudden heart attack whilst playing hockey and by Qadar of ALLAH died not long after, leaving behind a wife and his four children to survive on their own.

Many of our fellow countrymen joined together in his Janazah Prayer as well as the burial rites at the Abu Hamour Graveyard wishing, making doa and bidding our last farewell to him. May ALLAH bless him and grant HIS mercy to him by admitting him to Jannah, AMEEN.

How many of us would have our hearts and minds still lingering with the memory of Haji Salihin up till now. Perhaps his family and closed friends…

How many of us would still be thinking about him and his fate one day after the burial or even a few hours after that, before we start busy ourselves with our worldly matters, oblivious to his fate or in the contemplation of our own future fate of our journey in the grave and beyond.

Those Hajis who have just return from their pilgrimage would remember the two ihram pieces of clothes they wore which symbolically represent how we would be wrapped up in the grave in the future when our time comes.

In view of the above it has been proposed to organized a series of talks on such matter related to our journey beyond our lives in this world so as to provide us with a timely reminder on how are we supposed to conduct our lives following the Quran and Sunnah and that we are fully responsible for all our actions in this dunia, good, bad or insignificant.

We have invited Brother Nabegh to give our community the talk on the subject and Alhamdulillah he has agreed and his chosen topic is entitled "A Mukmin's Journey to Paradise".

Some of you may have recognized Brother Nabegh from the regular Friday Khutbah in English series that he would regularly give either at Al Fanar Mosque or at Aspire Mosque near Villaggio.

Therefore the program series will start with a two part talk with details as follows;

Talk on "A Mukmin's Journey to Paradise" by Brother Nabegh

Part One

Date -        Friday 2nd December 2011
Time -        5 to 8.30pm - start after Solat Maghrib around 5.15pm with break for Solat Isyak (it would be recommended to pray maghrib at the nearby mosque to ensure a timely start of the program)
Venue -       Colloseum Compound Club House (See Attached Map/Link)
Food -        Some food to be provided however we would welcome any pot luck contributions in terms of food and drinks


Part Two

Date -        Friday 9th December 2011
Time -        5 to 8.30pm - start after Solat Maghrib around 5.15pm with break for Solat Isyak (it would be recommended to pray maghrib at the nearby AL Bayyan mosque to ensure a timely start of the program)
Venue -       Al Bayyan Garden Compound Ladies Club House (See Attached Map Link)
Food -        Some food to be provided however we would welcome any pot luck contributions in terms of food and drinks

We wish to invite all of you to this talk with a hope that we could all gained some invaluable reminders and knowledge for our future and may ALLAH make it easy for us to follow his rightful guidance.

Jazakallahukhairan katheeran wa Barakallahufikum

Fatah

On Behalf of the Organizing Committee

Thursday, 24 November 2011

Kejohanan Futsal Remaja/Kanak2 Malaysian Al-Khor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada anak-anak/remaja yang berminat, satu Kejohanan Futsal Remaja Malaysian Al-Khor akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh         :               Jumaat 2hb Disember 2011
Masa           :               1:30 petang hingga 8.00 malam
Tempat       :               Futsal Court sebelah Masjid Al-Huda.

Syarat-syarat Penyertaan:-
1. Terbuka kepada Remaja Lelaki berumur 9 Tahun Ke-atas.
2. Yuran penyertaan QR10 seorang untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman pemain.
3. Penyertaan adalah secara individu dan akan dibahagikan kepada kumpulan/pasukan oleh pihak penganjur.


Berminat? Sila hubungi kami dengan memaklumkan nama penuh dan umur berserta Yuran Penyertaan kepada;
1. ASLIM 66598918 (rumah C20811) atau
2. ISKANDAR (Anak En.K'LOT) - 77160553 (rumah C20613)


Tarikh tutup penyertaan: Selasa 29 Nov 2011.

Peringatan : Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan kepada pemain sekiranya berlaku.


Sekian,  terima kasih,

Bagi Pihak Penganjur.

Thursday, 6 October 2011

Program / Agenda Sukaneka Malaysian A-Khor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan, berikut adalah program/agenda untuk Hari Keluarga dan Sukaneka Malaysian Al Khor pada 08hb Oktober 2011 (Sabtu) :-

7:30 - 8:00 pagi         Ketibaan Peserta dan Pembahagian Kumpulan. Sarapan pagi secara potluck.

8:00 - 11:00 pagi       Acara sukaneka bermula

11:30 – 1:00 t/hari     Makan tengahari disediakan dan solat Zohor (Sila bawa sejadah masing-masing)

1:30 - 3:00 petang     Acara Sukaneka

3:00 – 3:30 petang    Minum petang disediakan dan solat Asar

3:30 – 5:00 petang    Acara Sukaneka

5:15 petang              Bersurai – Tamat


Peringatan:-

  1. Semua kenderaan hendak diletak di Parking yang sedia ada:-
    1. Parking sebelah Padang Bola AKIS
    2. Parking di hadapan/sebelah AKIS Baru (New AKIS BS).
    3. Parking di hadapan Al Waha Club.
  2. Kehadiran mengikut masa yang ditetapkan amatlah dihargai bagi melancarkan perjalananan program ini.
  3. Sila bawa sejadah masing-masing untuk solat

Terima kasih

Saturday, 1 October 2011

Susulan Taklimat Kelas Bimbingan Bahasa Malaysia


 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah setakat ini ada seramai 61 pelajar sudah mendaftar untuk memasuki kelas bimbingan Bahasa Malaysia yang akan bermula pada hari Ahad, 2 Oktober 2011 ini.

Terima Kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang memberi  sokongan untuk menjayakan rancangan ini supaya anak-anak kita mendapat peluang yang lebih  baik untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia, Insha Allah.

 

Jadual Kelas

Tarikh Mula

Hari

Masa

Tempat

Umur

02 Oktober

Ahad & Rabu

5.00 – 6.30 Petang

Video Arcade, Al Waha Club

6 hingga 9 Tahun

02 Oktober

Ahad & Rabu

7.00 – 8.30 Malam

Video Arcade, Al Waha Club

13 Tahun dan   ke atas

04 Oktober

Selasa & Rabu

7.00 – 8.30 Malam

Video Arcade, Al Waha Club Function Room, Al Nakhel Club

10 hingga 12 Tahun

 

Pendaftaran

Al Waha Club Reception

 

Yuran

QR100 sebulan seorang

 

Saya mewakili komiti dan tenaga pengajar ingin berkongsi maklumat serba sedikit mengenai kelas bimbingan Bahasa Malaysia ini supaya ibu bapa lebih jelas objektif yang ingin di capai, Insha Allah.

 

Objektif

GOAL:  " Anak-Anak Malaysia di Qatar Lulus dengan minima kredit 6 atau lebih baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia-Kertas Bahasa Malaysia"

 

        Membimbing pelajar lepasan GCSE/ IGCSE (O-Level) & GCA (A-Level) menduduki peperiksaan SPM subjek Bahasa  Malaysia, bagi memberi  peluang  memasuki  IPTA atau IPTS yang di iktiraf  di Malaysia.

        Mendapat peluang memohon PTPTN atau lain-lain bantuan kewangan daripada MARA, JPA atau badan-badan swasta yang lain.

 

Cara-cara menduduki peperiksaan SPM – Bahasa Malaysia (bulan November)

        Pendaftaran di buka bermula pada bulan Mac setiap tahun di Malaysia

        Kelayakan calon berumur 17  tahun ke atas

        Berdaftar sebagai calon persendirian di Pejabat Pendidikan Negeri atas pilihan sendiri.

        Peperiksaan lisan antara bulan Mei hingga Julai setiap tahun di Malaysia.

        Peperiksaan bertulis pada bulan November  setiap tahun di Malaysia

        Calon yang gagal mendapat kepujian  C6 masih berpeluang mengulangi  peperiksaan subjek Bahasa Malaysia pada bulan Julai setiap tahun sebagai calon persendirian di Malaysia. Kelayakan umur 18   tahun ke atas.

 

 

Rumusan

        Kelas bimibingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar Malaysia dan  tiada kaitan dengan pembelajaran Bahasa Malaysia yand sedia ada di AKIS, dari segi objectif  dan pengurusannya.  Kelas bimbingan ini bergantung penuh kepada keperluan anak anak Malaysia dan sokongan dari pihak ibubapa.

        Memberi pelajaran asas yang kukuh kepada calon sebagai persediaan menduduki subjek Bahasa Malaysia peringkat SPM walaupun tidak menduduki peperiksaan  semasa berada di Qatar atau pada masa terdekat.

        Silibus yang dipakai guna adalah selari dengan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia di Malaysia. Walaupun sukatan pelajaran dalam bahasa klasik akan menggunakan sukatan pelajaran dari satu zon sahaja, ini tidak akan menjejaskan calon untuk menghadapi peperiksaan kerana soalan SPM Bahasa Malaysia merangkumi sukatan pelajaran seluruh Malaysia. Calon masih boleh memilih soalan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang dipelajari.

        Menempatkan anak-anak yang berumur 16, 17 & 18 tahun di dalam satu kumpulan, di mana mereka akan mendapat tunjuk ajar dari seorang tenaga pengajar yang berpengalaman menjawab soalan-soalan peperiksaan Bahasa Malaysia peringkat SPM.

        Anak anak yang masih belajar diperingkat bawahan akan didedahkan dengan pengetahunan asas supaya bersedia menduduki SPM Bahasa Malaysia bilamana mancapai umur yang ditetapkan.

 

Perancangan Komiti

        Mendaftar secara berkumpulan untuk peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia bagi calon-calon yang layak mendaftar untuk tahun 2012.

        Mendapatkan kelulusan supaya peperiksaan lisan dan penulisan dapat di adakan di Qatar, sebagai perancangan masa panjang.

 

Seperti yang sudah sedia maklum, anak-anak yang sudah berumur 17 tahun ke atas mempunyai masa yang singkat untuk menghadapi peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia untuk tahun hadapan 2012. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha yang ikhlas ini akan dimakbulkan Allah. Semoga dengan kemampuan tenaga pengajar dan sokongan ibubapa, anak-anak ini akan berjaya mendapatkan keputusan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Insha Allah.

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada komiti - En Asri, En Wahab, Pn Rosini, Pn Abidah dan Pn. Sathia. Atau kepada tenaga pengajar  Pn. Fauzana, Pn. Wan Mahfuzah, Pn Khairul Aini dan  Pn. Nurain.

Terima kasih.


Tuesday, 27 September 2011

Hari Keluarga Dan Sukan Rakyat Malaysian Al-Khor 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semua warga Malaysian Al Khor dijemput untuk menyertai "Hari Keluarga Dan Sukan Rakyat Malaysian Al-Khor 2011".


Butiran lanjut adalah seperti berikut :-


Tarikh : 08hb Oktober 2011 (Sabtu)

Masa : 08:00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Padang Bola AKIS - British

Penyertaan : Dijemput semua Warga & Keluarga Malaysia di Al-Khor Community dan kawasan sekitarnya.


Rasai suasana muhibbah antara masyarakat seperti di Malaysia dengan pelbagai aktiviti "Sukan Rakyat".

Nota : Kepada ketua keluarga yang bekerja pada hari tersebut, penyertaan ahli keluarga (isteri dan anak-anak) amatlah di alu-alukan.


Bayaran QR50 per Keluarga diperlukan bagi menampung kos makan tengahari yang akan disediakan oleh Al-Waha Club.

Borang pendaftaran boleh diserahkan kepada penama berikut selewat-lewatnya hari Isnin malam, 3hb Oktober 2011.


1. Aslim -66598918

2. Amir Ali -33225904

3. Elmi -33614822

4. Hj Hasnan -66816628

5. M Hikmi -55141226

6. Hafi -66559084

7. Jasmin -66631514

8. Intai -55593181

9. Jamal - 66794241


Pelbagai Acara Sukaneka akan diadakan seperti:-

1. Sepak raga bulat.

2. Tolak Tali

3. Lari Dalam guni

4. Sumpit beracun

5. Balin belon berisi Air

6. Kepit bola.

7. Terompah panjang

8. Tendangan panalti

9. Tiub belon

10. Bawa bola ping pong.

11. Dan pelbagai lagi.


Agenda :

8.00 pagi -8.30 pagi > Ketibaan / persiapan.

8.30 pagi hingga 11:30 > Acara Sukaneka bermula

11:30 hingga 1:30 tghari > Lunch dan solat Zuhor

1:30 hingga 04 : 30 petang > Acara Sukaneka

4:30 petang > Penyampaian hadiah & Bersurai


Sebarkan kepada kawan-kawan yang tiada dalam mailing list Malaysian Al Khor.


Borang Penyertaan


Terima kasih