Assalamualaikum Bakal Tetamu Allah,
InsyaAllah, MAQ bersama Sekretariat Umrah sekali lagi akan menganjurkan
perjalanan Umrah Awal Ramadhan pada tahun ini. Perjalanan yang
dirancangkan adalah seperti di bawah :
Khamis, 28 Jul 2011 Bertolak dari Doha
29 July - 2 Aug 2011 Madinah
2 - 6 Aug 2011 Mekah
Sabtu, 6 Aug 2011 Bertolak dari Mekah
Ahad, 7 Aug 2011 Tiba di Doha
Sila ambil perhatian :
1. Sekretariat Umrah akan menyewa sebuah bas SAPTCO untuk perjalanan
dengan bas, maka jumlah jemaaah dihadkan kepada 40 orang sahaja. Setakat
ini seramai 14 jemaah sudah mendaftar untuk menunaikan umrah. Masih ada
kekosongan untuk 26 tempat duduk lagi. Jika kita tidak mendapat 40 jemaah,
Sekretariat akan menyewa bas 28 tempat duduk sahaja.
2. Mengikut Hamlah Bader setiap Hamlah akan diberi kuota untuk visa umrah
bulan Ramadhan (seperti tahun sebelumnya). Setelah kuota penuh, visa umrah
tambahan terpaksa "diBELI" (oleh Hamlah) dengan bayaran yang lebih tinggi.
Kami galakkan semua bakal-bakal jemaah untuk mendaftar dengan segera untuk
mengelakkan sebarang kerumitan mendapatkan visa.
3. Tahun lalu, visa QR300.00 untuk setiap passport tetapi bagi yang
mendaftar lewat - dikenakan bayaran QR550 setiap passport.
4. Bagi jemaah yang ingin menaiki pesawat atau memandu kenderaan sendiri,
boleh juga menghubungi Sekretriat Umrah. InsyaAllah, pihak Sekretaria akan
cuba membantu.
5. Kos sebenar umrah akan ditentukan berdasarkan faktor harga bas & hotel
penginapan
Majlis-majlis taklimat umrah serta Kelas Bimbingan Umrah juga akan
diadakan sebagai persiapan untuk para jemaah, InsyaAllah.
Bagi bakal-bakal tetamu Allah yang ingin menyertai program Umrah Awal
Ramadhan Bersama MAQ, sila sediakan salinan muka depan passport serta 2
keping gambar berukuran passport (latar belakang putih) kepada Tuan Haji
Mansor atau Jawatankuasa MAQ.
Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila emel ke umrah@malqatar,com atau
hubungi Tuan Haji Mansor ( 55176875). Tarikh tutup pendaftaran pada atau
sebelum 1 Julai 2011.
Terima kasih.
Jawatankuasa MAQ
b/p Sekretariat Umrah

No comments:
Post a Comment