From: Embassy Malaysia, Doha
Sent: Wednesday, August 24, 2011 03:35 PM
To:
Subject: JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 DAN HARI KEBANGSAAN KE-54
Tarikh : 24 Ogos 2011
No. Email : MWDOHA/KC/0100-11/MYREG2009
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 DAN HARI KEBANGSAAN KE-54
Adalah saya merujuk kepada perkara di atas dan bersama-sama ini ingin memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011 dan Hari Kebangsaan ke-54 pada 1 Syawal 1432 (tarikh berdasarkan pengumumuan oleh Kerajaan Qatar kelak) di Al Resala Independent Secondary School for Girls, West Bay. Maklumat lanjut berkenaan tempat, masa, aturcara dan peta dilampirkan bersama-sama ini.
2. Sehubungan dengan ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia dengan berbesar hati ingin menjemput Tuan/Puan dan keluarga untuk sama-sama menghadirkan diri dan seterusnya memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan tersebut. Kerjasama Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada teman-teman senegara yang tidak pulang bercuti juga amatlah kami hargai.
Akhir kata, Salam Hormat dan Selamat Menyambut Hari Raya 2011 dan Hari Kemerdekaan ke-54!
Mohd Afandi Abu Bakar
Setiausaha Kedua
Kedutaan Besar Malaysia
Doha, Qatar