Cari Maklumat Yang Berkaitan



Tuesday, 23 January 2018

Lawatan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Februari 2018

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Bersempena dengan lawatan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato' Prof Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Dr. MAZA) merangkap Mufti Negeri Perlis, Jawatankuasa Usrah Ali dengan sukacitanya akan menganjurkan satu Forum Perdana yang akan mengupas persoalan yang bertajuk "Reformis Dan Tradisional - Dimanakah Kesudahannya?"

1)  Program forum tersebut adalah seperti berikut:

FORUM PERDANA 2018

Tarikh            : 10hb Februari 2018    
Tempat          : Emerald Room, Holiday Villa Doha (akan dimaklumkan jika berlaku perubahan tempat)

MASA AGENDA
8.00 AM Pendaftaran peserta dan minuman ringan
9.00 AM Kata-kata aluan daripada Tn Hj Abd. Rahman Munajat, Naqib Usrah Ali dan sepatah dua kata daripada YBhg Dato' Ahmad Fadil  Shamsuddin,  Duta Besar Malaysia ke Qatar.
9.30 AM Forum Perdana 2018 "Reformist Dan Tradisional - Dimanakah Kesudahannya?" oleh YBhg Dato' Dr. MAZA dan Ustaz Salman Ali, sebagai Moderator.
11.00 AM Rehat dan jamuan ringan
11.30 AM Forum bersambung  dan Q & A (1/2 jam)
12.30 PM Solat Zohor dan makan tengahari
2.00 PM Majlis bersurai

2)  Setiap peserta akan akan dikenakan sedikit bayaran bagi menampung kos penceramah, lojistik, catering dan perkara-perkara berkaitan dengan program tersebut di atas. Setiap peserta akan di kenakan yuran penyertaan QAR 100.00 untuk Dewasa (12 ke atas) dan QAR50.00 untuk anak-anak (4-11 tahun, 3 tahun ke bawah percuma). Tempat adalah terhad kepada 200 orang sahaja.

3)   Untuk makluman tuan-tuan serta puan-puan, yuran penyertaan di atas   adalah sebahagiannya di tanggung oleh Usrah Ali dan kos ini  merangkumi makan tengahari, minuman ringan serta kemudahan lain seperti tempat letak kereta (parking).

4) Penyertaan adalah terbuka kepada Muslimin/Muslimat Warga Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia di Qatar.

5)   Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada berikut:

Hj. Sunarwan Sulaiman – 33408670, email: [email protected]
Hj Abdul Basit Sulaiman – 33409272, e-mail: [email protected]
Hj Abd Rahman Bin Munajat – 55934931, e-mail: [email protected]
Hj Azhari Rizal – 3306787, email: [email protected]

6)   Untuk penyertaan dan pengesahan melalui online sila respon MELALUI LINK BERIKUT:


ATAU melalui e-mail atau message/ Aplikasi WhatsApp dengan menyatakan perkara berikut kepada nama-nama di atas.

A – Nama:

B – Umur :

C – Nomber telefon dan email untuk di hubungi

7)   Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27hb January 2018

8)  Tuan-tuan serta puan-puan juga boleh mengesahkan penyertaan ketika sessi Usrah Ali akan datang (19:30-21:00hrs, 11hb Januari 2018 di Beverly Hills Garden 16, Al Waab, Doha) dan program-program Usrah seterusnya.

Semoga usaha dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan di rahmati Allah dan kami mengharapkan sokongan dari semua pihak dalam menjayakan program ini.

InshaAllah.

JazakaAllahukhair,

b/p Usrah Ali

#usrahaliqatar

No comments:

Post a Comment