Cari Maklumat Yang Berkaitan



Wednesday, 18 August 2010

Majlis Iftar, Infak, Solat Maghrib, Isyak & Tarawih Berjemaah

Assalamualaikum,

Sekali lagi penduduk Malaysia di blok baru menganjurkan majlis berbuka puasa, infak, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Blok C208, Al Khor Community. Semua penduduk Malaysia seisi keluarga yang tinggal di Al Khor Community, Al Mergab, Al Haya, La Palace dan rakan-rakan di sekitarnya dijemput hadir.

Tarikh: 20hb Ogos 2010 / 10 Ramadhan 1431H (Jumaat)
Masa: 5.30petang - 10.00malam
Lokasi: Kawasan Parking Blok C208

Objektif program ini adalah;
  • Mengeratkan silaturahim antara jemaah Malaysia Muslim di Al‐Khor Komuniti
  • Menghidupkan Ramadan dengan iftar, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah
  • Memupuk diri dan keluarga dengan amalan bersedekah dan menghulurkan bantuan dan sumbangan
  • Memupuk diri dan keluarga dengan keharmonian dan kemuafakatan hubungan ukhuwah masyarakat
  • Mendoakan Kesyukuran kita kepada Allah diatas semua yang telah di kurniakan kepada kita
  • Mendoakan kesejahteraan kepada anak‐anak yang baru lahir

Aturcara Majlis :
1600 ‐ 1730hrs Gotong‐royong persiapan makanan, penyediaan tempat solat
1730 ‐ 1800hrs Ketibaan semua jemputan
1806 ‐ 1830hrs Berbuka puasa & Solat Maghrib berjemaah
1845 ‐ 1930hrs Jamuan makan
1940 ‐ 2100hrs Solat Isya' berjemaah, Tarawih berjemaah & Tazkirah
2115 ‐ 2130hrs Moreh
2130 ‐ 2245hrs Gotong‐royong pembersihan kawasan dan bersurai


Aktiviti gotong-royong memasak oleh kaum ibu(hubungi Puan Samsiah untuk maklumat lanjut) bermula jam 7.00pagi 20hb Ogos 2010 di Blok 207. Maklumat penuh keseluruhan program seperti di lampiran (Kg Malaysia Alkhor.pdf).

Sama-sama kita menjaya majlis ini untuk kebaikan semua.
Wassalam.



b/p Kampung Malaysia Al Khor Community

No comments:

Post a Comment