Cari Maklumat Yang Berkaitan



Sunday, 29 August 2010

Zakat Fitrah dan Iktikaf hari-hari akhir Ramadan

Assalamualaykum kepada semua Muslimin dan Muslimat Malaysia Di Al-Khor.
zakatfitrah.jpg
1. Zakat Fitrah Di Al-Khor Community,
a. Pengerusi Darul Arqam Saudara Izzedine Abu Khattab mengumumkan bahawa kutipan zakat akan dijalankan di Al-Khor Community melalui Darul Arqam.
b. Jabatan Agama Islam Qatar mengistiharkan kutipan sebanyak QR15.00 bagi seorang.
c. Bayaran boleh dibuat kepada Imam Mesjid bersebelahan Al-Nakhael Club, Imam Mesjid di Dakhira atau terus kepada
   saudara Izzedine Abu Khatab yang biasanya menjadi imam kedua solah Taraweh di Mesjid bersebelahan Al-Nakhael
   Club.
2. Tahajud dan Iktikaf di mesjid-mesjid Al-Khor Community pada 10 malam akhir.
a. Iktikaf akan bermula pada kedua-dua mesjid di Al-Khor Community pada 31.08.2010 yakni pada malam 21 Ramadan (Selasa malam Rabu)
b. Waktu sembahyang Tahajud di mesjid bersebelahan Al-Nakhael Club adalah antara 01.00 pagi sehingga 03.00 pagi.
    Waktu sembahyang Tahajud di mesjid Dakhira adaklah antara 12.00 tengah malam sehingga 02.00 pagi.
c. Anda boleh beriktikaf di mesjid-mesjid dengan membawa peralatan tidur ke mesjid jika anda memerlukan
   makanan untuk sahur juga akan disediakan.
Untuk tujuan iktikaf dan bertahajud saya syorkan penduduk Malaysia melakukannya di mesjid bersebelahan Al-Nakhael Club.
 
Sekian
Jazakkallah Khair
HAJI JAMAL MOHAMED BIN SULAIMAN
RAS GAS,
SUPPLY DEPARTMENT
24200 DOHA QATAR
 

(

+974-4473 8762

È

+974-6679 4241


 
Proud Muslim & Malaysian & Ras Gas

No comments:

Post a Comment