Assalamualaykum,
Kepada semua penduduk Malaysia Di Al-Khor
Jika Anda berminat belajar bahasa Arab dengan guru berbahasa Malaysia.
Butiran adalah seperti berikut:
1. Guru : Haji Abdullah Muhammad bekerja sebagai penterjemah dengan Muhibbah Eng.Kelayakan beliau adalah pelajar universiti di Yeman jurusan bahasa Arab.
2. Kelas ; tempoh kelas selama 24 minggu, pada hari Selasa dan Ahad(Jika banyak penyertaan)2 sesi 07.30 malam sehingga 08.30 malam bagi kaum ibu atau wanita, 08.30 malam sehingga 09.30 malam bagi bapa atau lelaki yang buat masa ini cuma bagi dewasa dan dibuka kepada kanak-kanak bila ada kekosongan.Jumlah murid setiap kelas dihadkan kepada 20 orang sahaja.Oleh sebab itu kita buka untuk dewasa dahulu dan 2 sesi tambahan jika perlu (Ahad).Lokasi kelas di Darul Arqam.
3. Yuran : QR350.00 pada hari penyertaan untuk seluruh pengajian 24 minggu ini.Sesudah kelas ini bermula yuran tidak akan dikembalikan tetapi anda boleh mengantikan diri anda dengan murid yang lain.
4. Bahan rujukan atau bahan bacaan: Guru telah mengenal pasti bahan rujukan dan pembeliannya akan dijelaskan pada hari pertama pembelajaran.Sila bawa buku nota dan alatulis ke kelas pembelajaran.
5. Syarat-syarat: Pelajar mesti ada asas atau kenal dengan huruf-huruf atau kerekter Arab dan sekurang-kurangnya boleh membaca dan mengeja.
6.Pendaftaran : Sila daftarkan diri anda di Darul Arqam Puan Engku Nana dengan e-mail [email protected] atau telefon 44725670 (08.00 pg sehingga 12.00 tgh hari ahad sehingga khamis) Tarikh pendaftaran adalah 09.10.10 (sabtu)
Sekian
Jamal Mohamed Bin Sulaiman
66794241
[email protected]
Cari Maklumat Yang Berkaitan
Friday, 1 October 2010
Kelas Bahasa Arab Di Darul Arqam - Tahap Awal (Permulaan)
__,_._,___
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment