Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, pendaftaran KAFA untuk anak-anak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua ibubapa di Al-Khor/Dakhira. Kami mulakan dengan ucapan jazakallahu khairan khatira kepada semua yang terlibat.
Walau bagaimanapun pendaftaran masih dibuka kepada sesiapa yang tidak berpeluang hadir pada minggu lepas, sama ada hadir pada hari-hari kelas KAFA dijalankan atau boleh dibuat melalui email kafa @malaysiaqatar.net
InsyaALLAH kelas akan diadakan pada setiap Jumaat antara pukul 8.00 pagi hingga 10.00pagi. Bertempat di Dar al-Arqam, al-Khor Community. Yuran sebanyak Qr20/sebulan akan dikenakan kepada setiap pelajar.
Oleh kerana masalah kekurangan tenaga pengajar, kelas hanya dibuka untuk para pelajar berumur 7 tahun ke atas sahaja buat masa ini. Kami sangat memerlukan sukarela tenaga pengajar bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak berumur 5-6 tahun
Sebarang cadangan atau masalah bolehlah diutarakan melalui email di atas.
Terima kasih,
Makluman kepada semua ibubapa,
Sukacita dimaklumkan kelas KAFA minggu ini 22hb Oktober 2010(Jumaat) hanya untuk anak-anak 7 - 8 tahun sahaja seperti email di bawah.
____________________________________________________________________________________________________________________________
From: Al-Khor Malaysian On Behalf Of Mohd Bahrin
Sent: 20 October 2010 21:09
To: Amir Bin Ali
Subject: [Al-Khor_Malaysian] Kelas KAFA Al-Khor (7-8 thn bermula Jumaat 22-October-10 @ 8:00AM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sukacita dimaklumkan sekali lagi bahawa kelas KAFA bagi anak-anak 7-8 tahun akan bermula pada hari Jumaat ini 22-October-2010 pada jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. Walaubagaimanapun kelas KAFA bagi anak-anak 9 tahun keatas hanya akan bermula pada hari Jumaat minggu hadapan 29-October-2010. Sementara kelas KAFA bagi anak-anak 5-6 tahun dijadualkan bermula selepas Eid Al-Adha/Haji (tentative: 3-December-10). Pada waktu yang sama, kepada ibu-ibu yang berkelapangan bolehlah seterusnya hadir dlm satu majlis pengisian di Darul Al-Arqam bersama seorang Ustazah yang di datangkan khas dari Malaysia.
Wassalam, Mohd Bahrin Asmawi |
No comments:
Post a Comment