Cari Maklumat Yang Berkaitan



Wednesday, 19 November 2014

Pendaftaran Hari Keluarga Malaysia Al Khor

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan/puan warga Malaysia di Al-Khor dan sekitarnya, program “Hari Keluarga Malaysia Al Khor” datang lagi tahun ini.
Semoga program ini akan lebih meriah, dapat mengeratkan lagi silatulrahim, berkenal-kenalan serta beramah mesra sesama warga Malaysia yang tinggal Al Khor dan sekitarnya.


Berikut adalah beberapa maklumat ringkas program Hari Keluarga ini yang telah dipersetujui oleh Sukarelawan & Exco MAK 2014/16;

Tarikh:  13hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa:    07:00 pagi hingga 03:00 petang
Lokasi: Padang Lama, AKIS, Al Khor Community
Tema: Warna Warni Keluarga Al Khor

Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan beberapa permainan rakyat, sarapan pagi & makan tengahari untuk Hari Keluarga MAK kali ini.  
Tuan/puan akan dikenakan QR100/keluarga atau QR50/bujang. Setiap ahli keluarga akan disediakan sehelai t-shirt mengikut warna rumah kumpulan.   

Kami berharap tuan/puan dapat mengisi borang pendaftaran yang disediakan dengan segera untuk tempahan t-shirt, makanan/minuman pagi & tengahari .

Tarikh tutup penyerahan borang pendaftaran ialah pada;  5hb Disember 2014(Khamis). Borang yang lengkap berserta wang pendaftar hendaklah diserahkan kepada Exco MAK 2014/16 atau melalui email kepada hk2014@malaysiaqatar.net atau diserahkan kepada Sukarelawan seperti di bawah ;
·         En Jamal tel: 66794241 C126-01, AKC
·         En Hasnan tel: 66816628 D4-01, AKC
·         En Asrul tel: 33477836 Villa 33, Dakhira
·         En Yusmizar tel: 55400642 C207-12, AKC
·         YM Tengku  Zainal tel: 33268914 A35, AKC
·         Pn Faezah tel: 66469205 B469, AKC
·         Pn Sathiarani tel: 77479674 Shell Community
·         Dr Zubaidah tel: 55164296 No.19, Al Khor

Mohon disebarkan email ini kepada kawan-kawan yang tinggal di Al Khor dan sekitarnya.


Terima kasih.

b/p Sukarelawan Hari Keluarga MAK 2014



No comments:

Post a Comment