Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/puan, sepertimana email dari Hj Jamal di bawah, semua warga Malaysia di Al Khor dan sekitarnya dikehendaki mendaftar semula seperti borang yang disertakan.
Tuan/puan boleh serahkan borang yang telah diisi kepada AJK MAK yang sedia ada atau dihantar melalui email kepada register@malaysiaqatar.net .
Kaunter pendaftaran juga dibuka pada sesi Bazaar & Car Boot Sale hari ini 14hb Nov 2014.
Kami akan padam semua email yang ada dalam mailing list alkhor@malaysiaqatar.net dan diganti semula dengan email yang telah didaftar melalui borang yang disediakan. Sila pastikan tuan dan puan memasukkan email yang betul.
Terima kasih,
b/p EXCO MAK 2014/16
---------- Forwarded message ----------
From: Sulaiman, Jamal M
Date: 2014-11-13 14:59 GMT+03:00
Subject: EXCO MALAYSIA AL-KHOR 2014/2016
To: alkhor@malaysiaqatar.net
Salam sejahtera,
From: Sulaiman, Jamal M
Date: 2014-11-13 14:59 GMT+03:00
Subject: EXCO MALAYSIA AL-KHOR 2014/2016
To: alkhor@malaysiaqatar.net
Salam sejahtera,
Kepada semua warga Malaysia Al-Khor. dengan sukacita mengumumkan senarai exco/jawatan kuasa baru Malaysia Al-Khor bagi sesi 2014-2016.
Tujuan/matlamat jawatankuasa ini adalah menyatu padukan semua masyarakat Malaysia yang menetap di kawasan Al-Khor (Al-Khor Komuniti, luar Al-Khor Komuniti, kawasan dari Ras Laffan hingga Simaisma) tanpa mengira bangsa, negeri asal dan syarikat bekerja melalui aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, bazaar Malaysia, pendidikan dan sebagainya.
Untuk pengetahuan semua ahli jawatan kuasa yang menyertai barisan exco kali ini adalah secara sukarela demi perpaduan masyarakat Malaysia di al-khor khasnya dan Qatar umumnya.
Kami berharap supaya anda semua memberi kerjasama, bantuan, sumbangan dan sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang akan diadakan.
Kami juga menjadi mediator antara pengurusan Al-Khor komuniti dan sekolah di dalam Al-Khor komuniti.
Kami berharap anda mengemaskinikan data anda semua supaya kami dapat berkomunikasi dengan anda tentang aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang telah dirancang serta pemberitahuan informasi tertentu.
Juga kami meminta bayaran sumbangan sebanyak QR100 sekeluarga atau individu bagi membantu menjalankan aktiviti-aktiviti dan juga menghulur sumbangan bantuan kecemasan kepada sahabat kita yang memerlukan setelah disaring oleh para ahli jawatan kuasa (exco).
Sila lihat lampiran barisan exco MAK (Malaysian Al-Khor) dan borang data penduduk.
Sekian,
bagi pihak Exco MAK 2014/2016
Jamal Mohamed bin Sulaiman
No comments:
Post a Comment